Kami Blogger Seberang Laut

Entri Khas...





Segmen ini dianjurkan oleh http://www.hasrulhassan.com/.  Bagi mereka yang baru mengenali kami di alam maya ini, dan masih belum mengetahui sedikit sebanyak tentang latarbelakang kami, di sini kami coretkan serba sedikit kisah kami dan blog ini, moga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah sesama kita..Insya Allah.

Sebelum kami berpindah ke domain sendiri, kisah kehidupan kami sebagai anak rantau banyak tercatat di blog http://radinsah.blogspot.com/ dan http://hanafiah-ahmad.blogspot.com/, kami juga punya blog yang menghimpunkan hasil fotografi kami di New Zealand ini di http://ucualong.blogspot.com/.  Pada bulan November 2011, kami  secara rasminya telah berhijrah ke dot com (hadiah kemenangan kontes dari Saudara Mohd Zaid).

Blog ini dimiliki oleh kami suami isteri iaitu Ucu (suami) dan Along (isteri). Pelbagai kisah catatan pengalaman di bumi New Zealand ini telah kami kongsikan di sini (dan juga di radinsah.blogspot.com) buat para pembaca di luar sana. Bulan Februari depan genaplah tiga tahun kami berada di bumi Auckland, New Zealand ini.

Ucu kini sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD, manakala Along pula merupakan seorang guru yang kini sedang dalam cuti tanpa gaji.  Insya Allah andai segalanya berjalan dengan lancar, bulan Julai tahun ini kami akan pulang ke tanah air for good. Mohon rakan-rakan doakan segalanya lancar di sini..amin

Untuk pengetahuan semua, kami suami isteri berasal dari negeri yang sama iaitu Johor, Ucu dari Pontian manakala Along dari Kota Tinggi dan kami menaburkan khidmat di negeri Pahang Darul Makmur. Alhamdulillah pada tahun ini genaplah 12 tahun usia perkahwinan kami. Syukur kepadaNYA kerana rumahtangga kami diserikan lagi dengan tiga orang mutiara hati yang menemani kami di sini iaitu Nur Hamizah, Nur Hazirah dan yang kecil buat masa ini Nur Hanisah :-)

 



Gambar kami di Queenstown






Gambar anak-anak di Invercargill