Posto..Posto..

Bukan main gigih aku sekarang mencari bahan cerita tentang negara New Zealand ni. Maklumlah bulan Januari ni cuti tanpa gaji aku dah tamat (tapi aku sedang mohon untuk dilanjutkan), dan tak sampai setahun lagi kami tinggal di negara Kiwi ni.. tu yang sekarang ni tukar profession jap jadi penyiasat...hehe.


Jadi cerita aku kali ni ialah tentang posmen di sini. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini dahulu, aku memang sangat kagum dengan depa ni.. ye ler mana taknya dah lah kawasan tempat aku tinggal ni berbukit bukau, mereka boleh dengan selambanya naik basikal menghantar surat dari satu rumah ke rumah yang lain.


Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman aku selama menetap dikawasan Auckland ni... tak tahulah aku bagaimana keadaannya di tempat lain, jadi kalau fakta tu bercanggah dengan tempat lain... ianya bukan salah aku ye... sebab aku berkongsi pengalaman atas apa yang aku nampak dan alami sepanjang hampir tiga tahun aku di bumi Auckland ni.....


Ok berbalik pada tajuk di atas... alkisahnya dah lama sebenarnya aku nak berkongsi cerita ni. Tapi bila jumpa posmen mesti dah terlepas, takpun kami lupa bawa kamera atau handphone untuk snap gambar mereka. Nak dijadikan cerita, kelmarin aku ikut cik hubby pulang CD yang kami sewa.. tuptup nampaklah kereta posmen ni... apalagi senyum memanjang ler aku dengan cik hubby sebab posmen tu parking betul-betul sebelah kami (rezeki....)


Kalau nak tahu posmen di sini akan bawa basikal di belakang kereta mereka, kemudian mereka akan port kereta mereka dimana-mana dan mereka akan memulakan tugas menghantar surat-surat dengan berbasikal. Kalau ler di Malaysia buat lagu ni... mahu sebuah dua rumah dah basah ketiak dengan peluh.....




Inilah basikal posmen NZ





Mereka mula menjalankan tugas... dan inilah pakaian posmen di sini.



Cik hubby menemuramah posmen di sini..hehe (sempat lagi tu)



Seksi tak posmen di sini...hehe. Ni sebab sekarang tengah musim summer, tu yang agak seksi.. kalau musim sejuk takdenya pakai lagu ni.

Kata cik hubby, bila tengok posmen di sini, teringat pula zaman kecil dahulu.... nak tahu kenapa.. jom layan gambar di bawah.




Inilah basikal posmen Malaysia zaman dahulu kala..

(Sumber gambar dari blog ini:  nostalgiabasikaltua.wordpress.com)

Jadi aku rasa sebenarnya beruntung sesangat posmen Malaysia ni.... mereka ada motor, tak perlu nak naik basikal macam dulu-dulu (walaupun sebenarnya naik basikal lebih bagus untuk kesihatan dan tidak memerlukan bahan api yang boleh mencemarkan alam sekitar). Apa-apapun.. untung-untung juga namun keselamatan perlu diutamakan.... jom layan youtube di bawah......



Apa kata anda?

Akhir sekali dari aku buat semua posmen di dunia... setitis keringatmu, selautan jasa yang diberikan.. Terima Kasih.

Maori dan Bebiri.. Inilah New Zealand




Kalau ke New Zealand ni tak lengkap tanpa melihat tarian Maori, terutama tarian Haka. Kalau pembaca nak tahu Orang Maori ini adalah pribumi pribumi di negara New Zealand. Malah anak-anak aku di sekolah pun turut belajar bahasa Maori ni. Haaaaa, jangan tak tahu bahawa ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan kita (contohnya mata, rima [lima] ).


Jadi demi melengkapkan kehidupan kami di sini, maka cik hubby pun belanjalah kami untuk menonton Maori Performance ni di Auckland Museum....




Depa ni kalau tak jelir lidah tak sah....




Haka Dance.. tarian yang selalu digunakan oleh pasukan All Blacks. Memang berdiri bulu roma aku bila mendengarnya... bersemangat sungguh...

Kemudian, pengembaraan kami di bumi Kiwi ini diteruskan lagi. Kali ini kami ke dunia kambing biri-biri pulak (Sheep World). Kalau pembaca nak tahu, jumlah kambing biri-biri di sini empat kali ganda lebih banyak dari jumlah penduduk... kalaulah kambing ni boleh mengundi rasanya penuh kerusi di kabinet tu puak depa je...hehe.



Sesi bermanja dengan kambing..hehe





Sesi menyusukan anak-anak kambing pulak..





Jom ke ladang... bagi makan haiwan ternakan.





Binatang ni siapa tahu apa namanya.. Llama ke????





Anis takut kena patuk..hahahaha



Setelah penat tour satu kawasan di Sheep World tu, perut pun lapar.. maka next destination ialah ke Goat Island. Konon-kononnya anak-anak aku nak mandi laut, tapi punyalah sejuk angin yang bertiup so niat nak mandi terpaksalah dibatalkan... kesiannnnnn anak ibu..huhu.



♥♥♥Kami ♥♥♥



p/s: Baru menerima berita salah seorang kenalan kami Dr. Ahmad (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar) sedang sakit... marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau kembali sembuh... beliau dan isterinya antara insan yang terbaik pernah kami jumpa. Walaupun perkenalan kami singkat namun keserasian antara kami seolah-olah berkurun lamanya.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Posto... Posto

Bukan main gigih aku sekarang mencari bahan cerita tentang negara New Zealand ni. Maklumlah bulan Januari ni cuti tanpa gaji aku dah tamat (tapi aku sedang mohon untuk dilanjutkan), dan tak sampai setahun lagi kami tinggal di negara Kiwi ni.. tu yang sekarang ni tukar profession jap jadi penyiasat...hehe.

Jadi cerita aku kali ni ialah tentang posmen di sini. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini dahulu, aku memang sangat kagum dengan depa ni.. ye ler mana taknya dah lah kawasan tempat aku tinggal ni berbukit bukau, mereka boleh dengan selambanya naik basikal menghantar surat dari satu rumah ke rumah yang lain.

Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman aku selama menetap dikawasan Auckland ni... tak tahulah aku bagaimana keadaannya di tempat lain, jadi kalau fakta tu bercanggah dengan tempat lain... ianya bukan salah aku ye... sebab aku berkongsi pengalaman atas apa yang aku nampak dan alami sepanjang hampir tiga tahun aku di bumi Auckland ni.... :).

Ok berbalik pada tajuk di atas... alkisahnya dah lama sebenarnya aku nak berkongsi cerita ni. Tapi bila jumpa posmen mesti dah terlepas, takpun kami lupa bawa kamera atau handphone untuk snap gambar mereka. Nak dijadikan cerita, kelmarin aku ikut cik hubby pulang CD yang kami sewa.. tuptup nampaklah kereta posmen ni... apalagi senyum memanjang ler aku dengan cik hubby sebab posmen tu parking betul-betul sebelah kami (rezeki....)

Kalau nak tahu posmen di sini akan bawa basikal di belakang kereta mereka, kemudian mereka akan port kereta mereka dimana-mana dan mereka akan memulakan tugas menghantar surat-surat dengan berbasikal.

Kalau ler di Malaysia buat lagu ni... mahu sebuah dua rumah dah basah ketiak dengan peluh.....

Inilah basikal posmen NZ.


Mereka mula menjalankan tugas... dan inilah pakaian posmen di sini.


Cik hubby menemuramah posmen di sini..hehe (sempat lagi tu)


Seksi tak posmen di sini...hehe. Ni sebab sekarang tengah musim summer, tu yang agak seksi.. kalau musim sejuk takdenya pakai lagu ni.

Kata cik hubby, bila tengok posmen di sini, teringat pula zaman kecil dahulu.... nak tahu kenapa.. jom layan gambar di bawah.

Inilah basikal posmen Malaysia zaman dahulu kala.. 
(Sumber gambar dari blog ini:  nostalgiabasikaltua.wordpress.com)

Jadi aku rasa sebenarnya beruntung sesangat posmen Malaysia ni.... mereka ada motor, tak perlu nak naik basikal macam dulu-dulu (walaupun sebenarnya naik basikal lebih bagus untuk kesihatan dan tidak memerlukan bahan api yang boleh mencemarkan alam sekitar). Apa-apapun.. untung-untung juga namun keselamatan perlu diutamakan.... jom layan youtube di bawah...... 

Apa kata anda?

Akhir sekali dari aku buat semua posmen di dunia... setitis keringatmu, selautan jasa yang diberikan.. Terima Kasih. 





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Maori dan Bebiri.. Inilah New Zealand

Kalau ke New Zealand ni tak lengkap tanpa melihat tarian Maori, terutama tarian Haka. Kalau pembaca nak tahu Orang Maori ini adalah pribumi pribumi di negara New Zealand. Malah anak-anak aku di sekolah pun turut belajar bahasa Maori ni. Haaaaa, jangan tak tahu bahawa ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan kita (contohnya mata, rima [lima] ).


Jadi demi melengkapkan kehidupan kami di sini, maka cik hubby pun belanjalah kami untuk menonton Maori Performance ni di Auckland Museum....


Depa ni kalau tak jelir lidah tak sah....

Haka Dance.. tarian yang selalu digunakan oleh pasukan All Blacks. Memang berdiri bulu roma aku bila mendengarnya... bersemangat sungguh...

Kemudian, pengembaraan kami di bumi Kiwi ini diteruskan lagi. Kali ini kami ke dunia kambing biri-biri pulak (Sheep World). Kalau pembaca nak tahu, jumlah kambing biri-biri di sini empat kali ganda lebih banyak dari jumlah penduduk... kalaulah kambing ni boleh mengundi rasanya penuh kerusi di kabinet tu puak depa je...hehe.

Sesi bermanja dengan kambing..hehe

Sesi menyusukan anak-anak kambing pulak..

Jom ke ladang... bagi makan haiwan ternakan.

Binatang ni siapa tahu apa namanya.. Llama ke????


Anis takut kena patuk..hahahaha

Setelah penat tour satu kawasan di Sheep World tu, perut pun lapar.. maka next destination ialah ke Goat Island. Konon-kononnya anak-anak aku nak mandi laut, tapi punyalah sejuk angin yang bertiup so niat nak mandi terpaksalah dibatalkan... kesiannnnnn anak ibu..huhu.

♥♥♥Kami ♥♥♥

p/s: Baru menerima berita salah seorang kenalan kami Dr. Ahmad (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar) sedang sakit... marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau kembali sembuh... beliau dan isterinya antara insan yang terbaik pernah kami jumpa. Walaupun perkenalan kami singkat namun keserasian antara kami seolah-olah berkurun lamanya.


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Senario Yang Jarang Dilihat Di Malaysia

Ini adalah kisah lanjutan dari entri sebelum ini. Dah alang-alang aku keluar mencari bahan kes.. jadi apa yang aku rasa jarang-jarang kelihatan (ke takde langsung) di Malaysia tapi ada di sini, maka aku pun nak kongsi pengalaman di sini. Puas ler aku anak beranak pusing satu Albany bersama kamera yang berat tu tersangkut di leher... layan je ler hasil dari kamera aku ni ye....

Cerita 1

Aku rasa pasti ramai yang punya pengalaman sama dengan aku. Bila masuk rumah baru je, mesti jamban penuh dengan taik pekerja.... uwekkk, geli ler weh. Dulu masa kami masuk rumah baru kami di Kuantan, masuk je bilik air semerbak bau taik yang dah lama terperam kat situ. Rupa-rupanya semua rumah macam tu.. jiran aku tu macam tu, kawan-kawan kami yang beli rumah baru pun punya pengalaman ngeri macam tu.. malah mak aku yang beli rumah baru di Johor tu pun macam tu..... apa punya pengotor daaaa.... Kompeni depa tak sedia tandas ke???? (sila baca dengan nada marah ye).

Kalau di NZ ni, setiap tapak pembinaan mesti ada disediakan beberapa portable loo@toilet ni, jadi takdelah kes pekerja berak bersepah!!!!!! Kalau tak percaya jom layan gambar yang sempat aku snap minggu lepas.



Cerita 2

Rasanya perkara ni dah diceritakan pada entri lepas, tapi tak kira aku nak cerita juga lagi. Di NZ ni, senario tong baju@clothing bin ni biasa dan bersepah dimana-mana. Di tepi jalan, di kawasan tengah bandar, di dalam kampung malah di sekolah pun rata-rata ada tong ni. Bahkan sekolah dapat imbuhan lagi sebab sewa tapak utk letak tong ni. Baju-baju yang dikumpul akan dijual dan duit yang diperolehi akan dihantar ke badan-badan amal seperti persatuan kanser, autisme, pusat pemeliharaan binatang terbiar, talassemia dan macam-macam lagilah. Pendapat aku alangkah bagusnya andai dimulakan dengan meletakkan tong begini di sekolah-sekolah, boleh juga baju tu disedekahkan pada murid-murid yang miskin atau boleh juga sekolah buat jualan lelong... ala-ala fundraising buat sekolah juga..... amacam baguskan idea aku :)

Tong ni di depan sekolah Glamorgan

Tong ni di dalam kawasan dewan orang ramai.

Tong ni di tengah pekan Torbay.

Tong ni dalam sekolah anakku (Oteha Valley School)

Bukannya susah pun nak laksanakan, sama ada nak atau taknak je. Tepuk dada tanya selera.... tapi yang lemahnya, banyak sangat birokrasinya kalau nak dilaksanakan...  tu yang perkara mudah jadi susah...hmmmm (sekadar pendapat peribadi aku).. berkata memang mudah :)





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Sekadar Perkongsian - Mana Yang Baik Ambillah (Sistem Sekolah)

"Ibu jom kita ronda ambil gambar kawasan sekolah " Kata cik hubby di suatu pagi.. "jom, boleh juga dikongsikan dalam blog nanti", aku membalas.

Selepas siap sarapan aku pun apalagi terus capai kamera, kalau nak diikutkan pada hari tu (ahad lepas) aku masih demam, tapi sebab excited punya pasal nak cari bahan kes (ceh.... macam CSI pulok), aku pun menggagahkanlah diri yang tak seberapa nak gagah ni.

Kadang-kadang risau juga takut ada yang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni, tapi ini sekadar perkongsian pengalaman aku di sini, terpulanglah pada pendapat masing-masing, bak kata aku dulu tak salah kalau nak copy paste budaya yang baik di sini.

Oklah puas dah membebel, tekak pun naik kering ni, jadi meh aku nak tunjuk hasil tangkapan aku ni.... layannnnnnnn.

Oteha Valley School

Glamorgan School

Torbay School

Sherwood School

Northcross Intermediate School

Pinehill School

Kalau nak tahu semua gambar di atas aku snap di pintu utama sekolah. Semua sekolah yang berkenaan tak jauh dengan rumah kami, tu yang boleh snap sampai 6 keping gambar di sekolah yang berbeza.

Apa yang aku nak share di sini ialah, sepanjang pengalaman aku sebagai seorang guru di Malaysia dahulu, setiap kali sambutan apa-apa majlis mesti banner tak tinggal, yang sedihnya banner berkenaan kebiasaannya hanya sah laku untuk majlis tersebut sahaja.. tak boleh recycle semula sebabnya biasanya tarikh dan perasmi dah tertulis di dalamnya. Di sini pembaziran telah berlaku, akhirnya banner tersebut ke tong sampah ler jawabnya :(... (mood sedih) 

Kalau semua nak tahu, sekolah di NZ ni beginilah rupa bannernya (dalam istilah lain mereka tidak menggunakan banner)... papan tanda yang boleh digunakan bertahun-tahun lamanya, huruf yang boleh dikitar semula bertahun-tahun lamanya pada tak kira apa jua majlis atau makluman yang ingin disampaikan. Tiada pembaziran berlaku, malah aku rasa ia lebih efektif kerana tempat letak papan tanda ini di pintu utama dan para penjaga sudah sedia maklum letaknya, jadi apabila mereka hantar anak ke sekolah pasti perkataan yang tertera di papan tanda ini dibaca dahulu.

Kadang-kadang apabila sekolah berkenaan memenangi sesuatu pertandingan (tak kiralah peringkat apa sekalipun), pasti ayat tahniah beserta nama pelajar yang berjaya tertera di situ. Bagi aku secara tak langsung ia akan menaikkan nama sekolah berkenaan disamping menghargai usaha pemenang tersebut (kalau aku ler jadi keluarga pelajar tersebut, mesti bangga dengan pencapaian anak aku).

Seperkara lagi, seperti semua sudah sedia maklum bahawa dua minggu lepas pasukan All Blacks ke final, pada masa itu rata-rata ayat wish good luck tertampal pada setiap papan tanda di sekolah-sekolah NZ ni. Barulah semangat kesukanan dapat dipupuk sedari bangku sekolah lagi.

Jadi kesimpulannya, pendapat peribadi aku... alangkah baiknya andai sekolah-sekolah di Malaysia dapat meniru sistem ini. Bahkan bukan sekolah sahaja boleh mempraktikkan sistem ini, mungkin di jabatan-jabatan kerajaan, swasta atau apa-apa je ler yang rasanya selepas ini tak perlulah buat banner lagi.

p/s: sori ler karangan aku ni skema sikit.. maklumlah pegawai CSI kan... kihkihkih






Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut