Adeiiiiii, nak tergelak pun ada. Alkisahnya anak-anak aku ni jarang yang amat tidur petang. Mana taknya baru balik dari sekolah tak sampai lima minit pun berehat, nanti ada je ler yang mengetuk pintu ajak main. Masa tu mulalah si ibu jadi tarzan “No main-main, eat and pray first!”. Anak mat salleh ni bukan faham bahasa, depa tak perlu solat Zuhur, makan tengahari pun cuma kentang goreng sahaja, tu yang tak sampai lima minit balik dari sekolah dah mula nak main.
Nak dijadikan cerita petang semalam seharian hujan lebat, jadi anak-anak aku ni terpaksalah berkurung dalam rumah. Agaknya bosan punya pasal, anak kedua aku pun tertidur padahal dialah yang paling liat tidur siang. Bangun je dah petang, lepas tu mulalah gelabah sebab dah lewat…. Nak tahu lewat apa? hahaha, rupa-rupanya dia mengigau “Ibu, kenapa tak kejut Akak Azi, kan dah lewat nak pergi sekolah ni” katanya dengan muka macam nak nangis. Kami suami isteri pun tergelak sakanlah bila melihat aksinya, tapi sebab nak dengki kat anak punya pasal kami pun duk layan ler mamai dia tu “Haaaa, cepat mandi kang lewat pulak pergi sekolah” cik hubby menyakat. Aku pun menambah perisa lagi “Abang nanti ibu nak ikut ek hantar anak-anak ke sekolah”. Muka kami punyalah serius, padahal dalam hati menahan ketawa. Si Kakak Mizah pun sama menyakat “Kakak pun nak bersiap pergi sekolah ni”..hahahaha.
Selesai sahaja Akak Azi mandi, si abahnya pun siap tunggu dalam kereta, kami semua menuju ke sekolah (punyalah dahsyat nak pekenakan Akak Azi..hehe), sampai sekolah Akak Azi terpinga-pinga sebab sekolah lengang. Masa tu nak pecah perut kami gelak, Akak Azi masih lagi dalam keadaan mengigau tak faham, kesian pula aku melihatnya. Aku pun selaku ibu terus peluk dia dan cakap “Akak Azi, Akak Azi mengigau ni… ni petanglah sayang bukan pagi, tulah siapa suruh tidur waktu petang, kan dah mengigau”…. nak tahu apa yang berlaku? Akak Azi terus menangis….. olorrrrr kesiannya anak ibu.
Teringat pula aku masa di tingkatan dua dulu, kes yang sama macam Akak Azi. Bangun-bangun je tengok jam dah pukul 7, apalagi berdesup aku bangun dan terus gosok baju sekolah.. masa tu arwah abah pun sama kenakan aku “Cepat mandi, nanti lambat pergi sekolah”..hahaha. Rupa-rupanya aku bangun pukul 7 malam bukan 7 pagi. Cik hubby lagi teruk bangun je terus nangis sebab dah lewat bangun tak sempat nak ke sekolah…. tapi nasib baik arwah ibu mertua aku tak kenakan dia…hahaha.
Inilah akibatnya kalau tidur waktu petang, aku rasa pasti ramai yang ada pengalaman macam yang aku ceritakan ni. Mehlah share cerita lucu ni bersama…hahahaha (sambung gelak kes Akak Azi semalam….)
Akak Azi yang sering membuat kami ketawa..
p/s: Blog ucualong ini dikongsi oleh aku (Along) dan cik hubby (Ucu), kadang-kadang suamiku yang menulis entri, dan kadang-kadang aku yang menulis. Kami ikut giliran (tapi biasanya aku yang lebih..hehe)…:)
35 comments:
amboi..kakak pun pandai menambah perisa ye! hihi. gigih sangat menyakat sampai hantar sekolah betul-betul :D
nasib sekolah dekat, kalau jauh takdenya nak menyakat sampai gitu sekali...hehehe
Kesian Akak Azi... satu keluarga kenakan dia. ;-)
Kak Azie sendiri pernah menulis entri pasal mamai bangun dari tidur petang. Bukan kata budak, Kak Azie yang tua bangka ni mamai, terlewat nak pegi keja! hahahaha! panik wooooo....!
haha.. panik tu yang tak tahan. Nasib baik anak-anak tak kenakan mak dia masa tu..hehe
Pernah juga terjadi dlm rumah kakak. Belum lama lagi, kita kejut sebab nak maghrib dia terus capai tuala menangis kata dah lambat. Siap kata subuh pun dah habis... Tapi kakak taklah ikut pekena macam Along & Ucu tu.... kakak suruh adik mengucap/istighfar walau dia menangis...
Cian akak azi..hehe..stakat ni anak dara aku kalau ngigau cuma pukul2 bantal kat sebelah ngan jerit2 nama aku jerk (kes kena marah ngn ibu dia la tu)...laipun dia blom skolah kan..
wak pon penah jugak dulu2 ngigau nak gi sekolah jugakkk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
Pelikkan kenapa mesti nak ke sekolah, kenapa tak ke lombong ke.. atau ke shopping kompleks ke...huhu
adoiii ayah ibu sama pakat mengenakan anak. isk-isk-isk. kita tak ada pun pengalaman macam akak ni, sebab kita duduk asrama, then kawan-kawan sentiasa jadi reminder. Kesian kak Azi, akak buli anak buah kesayangan kita ni.
hahaha.. hari ni dia (Akak Azi) yang gelak sakan bila ingat peristiwa semalam...
salam kak nida...
klakar je baca kisah kak azi ni tido ptg ni. siap dihantar ke sekolah lagi.
sbnrnya inilah bahana tido ptg kan kak. izan pun masa skolah rendah dulu pernah juga jadi camni. cuma mak takdelah kenakan cuma marah kenapa mak tak kejut awal2 dah lmbt nak pegi skolah....haha...
heheheh jahat lah akak n husband... sian akak azi... tp tu lah kan, mmg selalu terjadi macam tu sbb kita tdur nyenyak sgt kot
heeee hihi...cian akak azi ek...mak ayah die pong bleh plak melayankn mamai die tu...tp kelakar la ek...sye x pnh plak mamai nk g sekolah...hikhik
salam kembali...sebenarnya memang kami nak ke kedai dn lalu ke sekolah dia, tu yang sedap mengenakan dia tu..hehehe
sampai pagi ni kitaorg buat lawak pasal ni. tapi azi ni ok, dia pulak boleh gaya2kan mamai dia lagi
alahai..siannya akak azi tu ye..hehe...btw, ayu dulu2 pun pernah kena gak kak... gara2 tidur petang gak la tu...bangun2 je tengok dah malam (time tu ingatkan awal2 pagi), cepat2 la kelam kabut nak mandi..hehe..tapi, mujur gak la mak kata hari dah malam & bukannya awal pagi..^_^
hihihiii siannya kak zi yer... kene sakat... tp tu la... takkan lepas mandi pun dia msh mengigau.. siap dh smpai sekolah plak tu... hihii... plg syok bila hubby kak nida siap tunggu dlm kete.. hahahaaa... mmg betoi2 terkena ni... hahahaa..
lps dh smpai sek tu, k.nida tak bwk kak azi g jln2 ke?.. alang2 dah kuar umah... sian pulak sampai nangis.. hihii
Hehe...cian dia kena nyakat...
Kalau Nida nak tahu peristiwa macam ni berlaku masa hari raya puasa tempohari kami adik beradik kumpul kat rumah anak buah di Ipoh. Ayah kak Zai mungkin tertidur tak siapa yang sedar tau2 dia solat subuh sebab disangkanya pagi. Bila dia angkat tangan nak baca doa kunut adik perasaan,kami semua berpandangan hehehe...
ehihihi...mmg kalau tido ptg mcm tu la jadinya...sedar2 jer kita ingat pagi....anak2 fieda pernah gak kena gitu..mmg nak gelak tgk..mamanya pun masa tim2 sklh dulu pun ada gak terkono...hehehe
hehehe...nampak gaya memang ramai yang pernah terkena bahana tido petang ni
kami pun ingatkan lepas dia mandi dia dah ok, tapi lepas tu dia tanya "mummy, do you have a gold coin?" (rujuk entri pasal uniform sekolah tu...), terus kami gelak..confirm dia tengah mamai lagi
heheh, satu lagi pengakuan ikhlas
Bhaha, hebat betul kak Nida dan suami menyakat anak! Kalau Arol jadi Azi, mogok tak nak pergi sekolah seminggu. Arol selalu bila bangun pagi, berharap sangat2 yang masa tue masih petang. Kes malas pergi sekolah. Lagi2 hari Isnin. Hehe! :D
hehe kelakarlah..sampai mcm tuh sekali..nurul takleh toll tido petang..nnt mengong2 kepala..hikhik..kesian kak azi..terkena sudah=)
cian anak jadi bahan,hehee tapi memang tak baik kan tdo petang2.hehehe selalu kalau penat tu terlajak tdo gak.hehee pandai kenakan anak ye sis.hehehee
#okey la tu sis,suami isteri ada kerjasama..ehhee
www.wooferstorm.com
Bab kenakan orang ni memang mudah nak bekerjasama..hehe. Sebab tu dalam Islam tak digalakkan tidur petang..:)
Hahahaha... memang sungguh pun.. kalau hari Isnin memang kalau boleh celik mata harap petang.. malas nak pi kerja.
sy kalo tido ptg, bgn tue msti rs pening2 aje..xtau la nape..huhu~..
so yg 1st name mizag, yg 2nd name azi..yg 3rd name ape kak? hehe..
yang third tu nama dipanggil Anis. lepas ni, boleh2 lah kita sma2 buang tabiat tido petang hari ye...hehehe
comel anak-anak akak. :)
Thanks Lala...
kesian kat akak azi dikenakan oleh ibu ngan ayah dia..hehe
hehe... sesekali, nanti boleh jadikan kenangan seumur hidup
Post a Comment