Kenapa aku nak menulis tentang tajuk ini? Kelmarin aku menghadiri satu majlis rasmi di sini. Aku sangat tertarik dengan cara pengerusi majlis menguruskan perjalanan majlis tersebut. Sepertimana biasa, bila majlis rasmi tentulah ada ucapan-ucapan dari pembesar-pembesar yang ada.
Semasa mendengar ucapan mereka, ada sesuatu yang mengetuk otak aku untuk berfikir.
Dimanakah sepatutnya kita ucapkan salam semasa memberi ucapan?
Bila difikir kembali, kalau kita memberi salam bila bertemu seseorang, kita akan mendahulukan salam dari namanya:
Assalamualaikum Cikgu...
Assalamualaikum Pak Mat...
Assalamualaikum Ayah...
Tapi bila dalam majlis rasmi, aku perasan ada kecenderungan untuk kita meletakkan salam di hujung alu-aluan kita kepada yang hadir. Mari kita lihat dua contoh dibawah.
nota - Aku tidak mengedit apa-apa ucapan tersebut, aku copy dari hasil yang diperolehi melalui carian google.
Contoh satu - Bacaan bismillah dipangkal dan salam di hujung.
TEKS UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH FRIM,
Y.BHG. DATO’ DR ABD. LATIF MOHMOD
SEMPENA PERASMIAN
“TECHNICAL SEMINAR ON TIMBER IN CONSTRUCTION”
DI HOTEL LEGEND, KUALA LUMPUR.
17 NOVEMBER 2011 (KHAMIS), 9.45 PAGITerima kasih Saudari Pengacara Majlis,
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berhormat Tan Sri Bernard Dompok,
Menteri Komoditi dan Perladangan Industri,
Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang,
Chairman Malaysian Timber Council (MTC)
Yang Berusaha Mr Cheah Kam Huan,
CEO Malaysian Timber Council (MTC)
Dif-Dif Jemputan, Y.Bhg. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.
Assalamualaikum w.b.h., Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana sudi menjemput....
Lihat contoh ni pula, salam di awal serta didahulukan dengan ucapan bismillah...
TEKS UCAPAN
Y.BHG. PROF. DATO' IR. DR. RADIN UMAR BIN
RADIN SOHADI
KETUA PENGARAH, JABATAN PENGAJIAN
TINGGI KPT
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2009
17 JANUARI 2009 /SABTU /10.00 PAGIBismillah-ir Rahman-ir Rahim
Asalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
dan Salam Sejahtera
Yang Dihormati Saudara / i Pengacara Majlis
Y. B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Y. B. Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
Y. B. Datuk Ir. Haji Idris Haji Haron
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Y. B. Datuk Dr. Hou Kok Chung
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Pandangan peribadi aku, sewajarnya kaedah kedua yang digunakan. Aku tidak rasa ianya salah dari segi protokol. Kalau pembaca rajin, cuba google ucapan rasmi yang melibatkan istana. Adakah salam di awal, atau di hujung. Aku pun kejap lagi nak cuba cari, adakah "kedudukan, pangkat dan darjat" lebih tinggi dari memberi salam? atau sebaliknya.
Sekian, wasallam.
nota kaki - majlis yang dihadiri adalah majlis ilmiah anjuran penuntut Malaysia di Auckland.
Gambar terselit...
Ini bukan gambar majlis yang dihadiri kelmarin, tapi gambar diskusi bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi suatu masa dahulu
20 comments:
Post a Comment