Kalau ke New Zealand ni tak lengkap tanpa melihat tarian Maori, terutama tarian Haka. Kalau pembaca nak tahu Orang Maori ini adalah pribumi pribumi di negara New Zealand. Malah anak-anak aku di sekolah pun turut belajar bahasa Maori ni. Haaaaa, jangan tak tahu bahawa ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan kita (contohnya mata, rima [lima] ).
Jadi demi melengkapkan kehidupan kami di sini, maka cik hubby pun belanjalah kami untuk menonton Maori Performance ni di Auckland Museum....
Depa ni kalau tak jelir lidah tak sah....
Haka Dance.. tarian yang selalu digunakan oleh pasukan All Blacks. Memang berdiri bulu roma aku bila mendengarnya... bersemangat sungguh...
Kemudian, pengembaraan kami di bumi Kiwi ini diteruskan lagi. Kali ini kami ke dunia kambing biri-biri pulak (Sheep World). Kalau pembaca nak tahu, jumlah kambing biri-biri di sini empat kali ganda lebih banyak dari jumlah penduduk... kalaulah kambing ni boleh mengundi rasanya penuh kerusi di kabinet tu puak depa je...hehe.
Sesi bermanja dengan kambing..hehe
Sesi menyusukan anak-anak kambing pulak..
Jom ke ladang... bagi makan haiwan ternakan.
Binatang ni siapa tahu apa namanya.. Llama ke????
Anis takut kena patuk..hahahaha
Setelah penat tour satu kawasan di Sheep World tu, perut pun lapar.. maka next destination ialah ke Goat Island. Konon-kononnya anak-anak aku nak mandi laut, tapi punyalah sejuk angin yang bertiup so niat nak mandi terpaksalah dibatalkan... kesiannnnnn anak ibu..huhu.
♥♥♥Kami ♥♥♥
p/s: Baru menerima berita salah seorang kenalan kami Dr. Ahmad (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar) sedang sakit... marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau kembali sembuh... beliau dan isterinya antara insan yang terbaik pernah kami jumpa. Walaupun perkenalan kami singkat namun keserasian antara kami seolah-olah berkurun lamanya.
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
21 comments:
salam kak,
seronok tengok biri2 yg bersih mulus tu hehe
semoga kawan akak cepat sembuh dr penyakit yg dihidapi. ameen
insyaallah kalau ada keizinan sy akan ke sana next year. kalau smpt blh la kita jumpa. hehe
hihii mcm syok je bg biri2 minum susu.. hihii
smg kawan akak cpt sembuh..
salam Nida..
tahu kenapa saya suka singgah blog ni?sebabnya..saya sangat suka NZ.
kenangan semasa bercuti kesana masih segar dalam ingatan.kalau sy tensen tentang sesuatu,saya selalu cakap kat suami 'jom kita pindah duk NZ?kita bina hidup baru kat sana'.kata suami 'tidak semudah itu.bukan senang nak keje kat NZ'
kat sana amannnnnnnnnnn je.suka tengok ladang..bebiri ..suka sgt2.
insya Allah..pjg umur nak pegi lagi sbb seminggu kat sana banyak tpt tak pegi
moga kawan Nida back to normal.
insya Allah
bestnyala kalau duk kat ladang kambing kan...
hehe...lagi adik dia takut...lagi kakak2 dia dia mengusik eh...
semoga dr ahmad akan cepat sembuh
alahai..cute aje ..
wah bestnya susukan kambing tue..... comel jer....
Semoga Dr Ahmad dan keluarganya tabah menghadapi ujian dan beliau segera diberikan kesembuhan. Amin.
Nida, ini alamat kakcik :
7, Jalan Kencana 36/2
Taman Kencana
56100 Cheras
Kuala Lumpur.
:)
assalam nida, bestnya dpt tgk biri2 bulu tebal gitu
Seronoknya dapat jalan2 ke muzium dan ladang biri2.
Semoga kawan Nida (Dr Ahmad) cepat sembuh.
uish... banyak betul biri-biri kat sana :-)
ejaan dia bukan maori ke?
Masa Rugbi World Cup dulu, Kak Azie tak sabar nak tengok All Blacks menari Haka nih. Best jerrrr..
Semoga Dr. Ahmad segera sembuh. Aminnnn...
salam...
kak. dah berapa tahun kah kak tinggal di NZ ni..??
Dr. Ahmad dan Isterinya Dr. Siti adalah doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah. Kami kenal mereka semasa mereka menghadiri conference di Auckland. Walau baru kenal, mereka sangat baik dan mesra. Kami tidak kekok bersama mereka walaupun mereka adalah "somebody". Mereka cukup "humble", malah sudi menerima perlawaan kami untuk tidur di rumah kami yang serba kekurangan ini.
Semoga Dr. Ahmad dan keluarga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian Allah dan moga beliau cepat sembuh.
bestnyeee kak nida..bilelahhh dapt pegi sane heheh
tak bau kambing ke?
besaunya orang maori tuh
seronoknya nida...happy anak2 nida kan...kite takut la tgk org2 moari ni...mcm nak puja hantu jer tarian dorang..aritu ada tgk kt tv3..
owh...org Maori mmg suke jelir lidah eh? hehe...
sukanya bab bagi susu kat kambing2.hehe
jenjalan NZ.. tgk biri2... seronok betul
Post a Comment