Maori dan Bebiri.. Inilah New Zealand




Kalau ke New Zealand ni tak lengkap tanpa melihat tarian Maori, terutama tarian Haka. Kalau pembaca nak tahu Orang Maori ini adalah pribumi pribumi di negara New Zealand. Malah anak-anak aku di sekolah pun turut belajar bahasa Maori ni. Haaaaa, jangan tak tahu bahawa ada beberapa perkataan Maori yang sama dengan kita (contohnya mata, rima [lima] ).


Jadi demi melengkapkan kehidupan kami di sini, maka cik hubby pun belanjalah kami untuk menonton Maori Performance ni di Auckland Museum....




Depa ni kalau tak jelir lidah tak sah....




Haka Dance.. tarian yang selalu digunakan oleh pasukan All Blacks. Memang berdiri bulu roma aku bila mendengarnya... bersemangat sungguh...

Kemudian, pengembaraan kami di bumi Kiwi ini diteruskan lagi. Kali ini kami ke dunia kambing biri-biri pulak (Sheep World). Kalau pembaca nak tahu, jumlah kambing biri-biri di sini empat kali ganda lebih banyak dari jumlah penduduk... kalaulah kambing ni boleh mengundi rasanya penuh kerusi di kabinet tu puak depa je...hehe.



Sesi bermanja dengan kambing..hehe





Sesi menyusukan anak-anak kambing pulak..





Jom ke ladang... bagi makan haiwan ternakan.





Binatang ni siapa tahu apa namanya.. Llama ke????





Anis takut kena patuk..hahahaha



Setelah penat tour satu kawasan di Sheep World tu, perut pun lapar.. maka next destination ialah ke Goat Island. Konon-kononnya anak-anak aku nak mandi laut, tapi punyalah sejuk angin yang bertiup so niat nak mandi terpaksalah dibatalkan... kesiannnnnn anak ibu..huhu.



♥♥♥Kami ♥♥♥



p/s: Baru menerima berita salah seorang kenalan kami Dr. Ahmad (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar) sedang sakit... marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau kembali sembuh... beliau dan isterinya antara insan yang terbaik pernah kami jumpa. Walaupun perkenalan kami singkat namun keserasian antara kami seolah-olah berkurun lamanya.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut