Jangan Dibuang Si Kain Perca

Tajuk di atas tu mengingat aku pada zaman bergelar pelajar dulu, setiap kali masuk pertandingan pantun mesti perkataan "perca" akan ku gunakan sebagai pembayang... uwaaaaa, rindunya nak berada di atas pentas..hehe (tapi kecutnya perut aku masa tu,Tuhan sahaja yang tahu).

Sebenaunya ambo nak habaq mai (apa kes derrr kecek lagu ni..hehe), sekarang ini aku dalam proses mengemas mana-mana pakaian yang dah tak muat lagi. Maklumlah budak-budak ni (merujuk kepada anak-anak aku ler tu) cepat sangat membesaunya, rasa macam baru lagi baju dan seluar tu, sedar-sedar dah tak muat. Nak buang sayang, nak bagi orang tak tahu nak bagi siapa sebabnya mereka sahajalah budak-budak perempuan yang paling besar di Albany (orang Malaysia).

Syoknya duduk New Zealand ni, senang kalau nak buang pakaian sebab mana-mana tempat banyak terdapat clothing bin ni. Rasanya kat Malaysia pun ada tong ni, jadi marilah kita bersama-sama 'utilise' tong ni disamping membuat amal jariah...:)



Kalau nak tahu clothing bin yang di atas letaknya dalam perkarangan sekolah anak-anak aku, pihak sekolah akan dapat imbuhan hasil daripada menyewakan tapak utk letak tong ini.  Hasil jualan daripada baju-baju yang didermakan ini akan digunakan untuk tujuan kebajikan seperti didermakan kepada persatuan kanser, tempat penjagaan binatang-binatang (sebab tu kat NZ ni takde anjing atau kucing bersepah), persatuan autisme dan sebagainya.

Apa-apapun seperti yang aku kata dulu, tak salah kalau nak copy paste mana yang baik.. mana yang tak baik jadikan sempadan... sekadar perkongsian pengalaman dari aku di bumi rantau.


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

32 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

rasanya kat malaysia ni takde tong camtu utk isi pakaian lama, melainkan alternatif kita sendiri, pegi hantar kat umah anak2 yatim atau sedekahkan aje. bestkan kalo ada tong camni. mmg byk baju bebudak ni yg nak kena let go

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

btol2...
kalau benda baek...
ape salah kite ikut...
xsalah...
:)

terokai seni said...

kain perca kalo dilapik-lapik dorang jahit buat kain buruk jual kat kilang je

ummu said...

salam Nida
alangkah bagusnya kalau kat malaysia pun ada tempat cenggini.
alamak,sedih pula dgr lagu kat blog Nida ni,teringat parents di johor.i miss my hometown.

mamawana said...

Assalam Nida,

Yang baik kita teladani. Mwana biasa hantar baju2 and tudung2 lama yg masih elok dipakai ke rumah anak2 yatim aje. Anak2 yatim ini terdiri dari anak2 gol.miskin, ibu tunggal yg tidak berkemampuan, anak2 saudara baru yg terbiar dll. Bagus kan kalu ada org nak kelola dan uruskan hal2 pendermaan ini.

al-lavendari said...

rasanya kat seremban belum ada lagi kemudahan itu. tak tahulah kat tempat lain. kalau nak buang/derma kena hantar sendiri ke NGO yang berkenaan.

en_me said...

besarnyer tong kanns.. ehehe

*from masai with love akak tewww..

Anonymous said...

salam...tuan al-lavendari,

memang tak ada lagi kat seremban..
saya tahu saya pun tinggal seremban

Ena said...

ada ke kak Malaysia ni? rasanya tak de lagi kot.. sennag sikt rasanya kalo ada..

Dewataraya Anumerta said...

wow! bestnyerr......suka la tong tuh...kan bgus kalo Msia ada sistem mcm tu...hehe

Mario said...

susah nak cari tong cenggitu kt sini...alangkah baiknya klu ada ek...

Unknown said...

Kat Kuantan 3 tahun dulu ada. Sekarang saya tak pasti. Lokasi antara belakang hotel MS Garden dan belakang Kuantan Mega Mall. Orang2 Kuantan boleh cuba check. Sejauh mana utilise tu tak pasti.

Oyis said...

hmmm.. kalo kat msia la, kita letak baju utk tujuan derma, satgi adalah tu gi korek tong nak curi, pastu jual kat org jual benda. sohih kak!

Oyis said...

benda = bundle. emo plak, tersalah taip terus :P

Zaitun said...

Cerita pasal baju yang tak muat memang banyak kalau tak disedekahkan masaalahnya kat negara kita tak ada tempat macam ni.Terpaksa menunggu masa yang ada baru boleh dihantar kerumah anak2 yatim atau sebagainya.

Nisa Greennnpanda said...

kat M'sia jarang ade tong nie.. sy penah nmpk skali aje, tp xigt kat mane, huhu~.. bestnye kalo ade byk tong nie kat sini..leh wat amal jariah kn?

Nisa Greennnpanda said...

kat M'sia jarang ade tong nie.. sy penah nmpk skali aje, tp xigt kat mane, huhu~.. bestnye kalo ade byk tong nie kat sini..leh wat amal jariah kn?

Unknown said...

kena cari jalan buat ketupat kat NZ sana bila hari lembaran nanti..
tak kan nak makan roti sadin je..maksu?
kesian lak rasanya bila terbaca komen maksu kat ruang pakngah tu..
sabo ye..

zue said...

di tmpt kzue ada lori dtg dari prsatuan amitahba(buddha) dtg mintak suratkhabar lama/baju lama dsbnya. kzue akan bagikan pd mereka. dia org ni ada letak tong baju kat IOI MALL (KULAI)

ada skali tu kzue bagikan pd rumah kebajikan di kulai.

Zue AnnaLeeya said...

yerlah kan... pd membazir buang gitu jer...
baik kita bg pd yg memerlukan...

Unknown said...

Assalamualaikum Nida...
salam Ramadhan, salam rinduuuuuu.

kat umah kak chaq beberapa bulan lepas ,pernah jadi "clothing bin" , tapi sekejap ajer la .kami kumpul untuk dihantar ke Kemboja....

CT said...

O..oooo camtu ya...rumah kita banyak...hehehe.. Jauhlah!

Izan Ishak said...

kalau ada kat mesia tong cam ni best lah kak nida...

Zura Tahir said...

wow...smartnye kak ade bin cam tue..

EmbunRosaliza said...

Assalam nida, selamat berpuasa, senang kalo ada tempat mana nak tuju baju2 yg mengecil tu, akk kat Kl ni tak jumpa lak bin recycle gitu, kalo ada best je, nak bagi org, tak tau nak bagi sapa, nak buang gitu sayang pulak.

Selamat berbuka nida

lady lavender said...

salam ramadhan buat nida sekeluarga :-)

Anonymous said...

kat Uk pun banyak bin ni, kalau tak nak buang kat bin pun nanti setiap minggu ada jer charity shop dtg kutip baju, kasut, toys dan macam2.

Oyis said...

Nmpk salam perantau kak nida kat harian metro online hihihi
http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/index_html?idg=SalamPerantau

Chik Na said...

biasanya baju yg still nampak baru chik na akan bagi kat anak buah tapi kalu tak berapa baru normally letak kat tong recycle kat Jusco or tong recycle untuk anak yatim yg depa letak tepi jalan dlm perumahan kami

Unknown said...

Akhirnya ada juga yg jumpa tong ni kat Malaysia...(merujuk pada Chik Na)

Night Time in Dunedin

azieazah said...

Salam.

Pic Hamizah di sini:
Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...

Ann Huda (Ate) said...

Salam Perkenalan.
Ate menyinggah dari blog 'AA' dan follow.

Pengalaman di bumi rantau mmg sangat berharga kerana itu ada pepatah jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak yang boleh kita pelajari. Terima kasih atas perkongsian di sini.