Kontest Menang Duit Raya



STICKY POST UNTIL 25 OGOS 2011

Klik header di atas untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://puanbee.com/

 

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Buat Bee ku ingin berkenalan
Meramaikan lagi sahabat dan teman
Bertukar pendapat dan juga pandangan.

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Hadiahnya banyak yang Bee pertaruhkan.

Entriku ku gubah madah selingan
Harap-harap buat Bee tertawan
Doaku moga beroleh kemenangan
Buat keluarga rezeki ku perjuangkan.


http://puanbee.com/ url blognya
Pelbagai kisah turut dikongsinya
Bisnes, contest, kehidupan dan pelbagai lagi yang ada.

KSRS misi utamanya
Kelab Suri Rumah Sedunia nama panjangnya
Peramah dan suka berkawan sifat dan sikapnya
Anak dan suami penyeri hidupnya.


Bila sudah kenal dengan penganjurnya
Kita beralih pada peraturannya
Ikut sahaja garis panduannya
Tidaklah sukar untuk laksanakannya.


Bermacam-macam jenis hadiahnya 
Ramai pula bilangan penajanya
Kita lihat bagaimana penentuan pemenangnya
Pelbagai cara untuk memilihnya.


Produk VCO terhangat di pasaran
Banyak kelebihan dan juga kegunaannya
Makanan tambahan yang perlu didapatkan
Diiktiraf sebagai minyak yang paling sihat di dunia. 









Lihatlah sahaja kelebihan VCO yang ada
100% menggunakan bahan semulajadi
Sesuai untuk lelaki dan wanita
Kebaikan dan khasiatnya kini terbukti.


 Ku sertakan sekali harga pasaran
Dalam bentuk kapsul ia dipasarkan
Di http://puanbee.com/ boleh didapatkan
Ayuh ke sana sila-silakan.


Andai semua ingin menghubunginya
Zaman sekarang senang sahaja
Tempahan boleh dibuat dimana jua
Dengan SMS mudah tentunya.


Carian Hangat :

Post Lain Yang Berkaitan :


Sekian sahaja entriku ini
Buat Bee ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga Bee dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)





3 comments:

CIK PARO! said...

gud luck kak..

Puanbee2 said...

salam kak nida.. kira saya bertuah lah ye .. terima kasih banyak.. heheh saya suka entri dan lagu akk .. mcm sedih lak lagu nih ...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

gd luck akak...