Seribu Kali Maaf

Dalam keadaan internet sudah semakin lambat dan internet ni agak "mengong" dua tiga hari ni, dah macam biskut kejap ada kejap takde... (nasib baik bulan puasa. kalau tak habis dah modem tu aku makan), aku nak mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata sama ada secara sengaja atau pun tidak buat semua rakan-rakan sama ada di alam nyata atau maya ini.

Buat rakan-rakan di Malaysia, andai makan lemang atau ketupat atau lepat atau burasak atau lontong atau segala jenis makanan (yang tiada di NZ ni) yang agak-agak boleh membuatkan aku rasa nak terbang balik ke Malaysia tu, ingat-ingatlah kami di Albany, Auckland ni ye..... :(.

Buat saudara-maraku dengarlah ucapan khas dari kami untuk kalian....

"uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... nak balik! nak balik! takde ke yg nak sponsor ke sedekah ke kat kami tambang flight?..... uwaaaaaaa"

Terkenang semasa dulu...


Persiapan Menyambut Syawal


Ingatan Buat Yang Tiada


Riang Ria Di AidilFitri


Keluarga Bahagia Di Hari Raya


Kemaafan Dendam Yang Terindah


One Big Family





Kad ini ku tujukan khas buat semua rakan-rakan blogger sekelian alam semesta..:)






Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

14 comments:

EmbunRosaliza said...

assalam nida....selamat hari raya buat nida n famili, mesti best juga raya dirantau...maaf dipinta andai terkasar bahasa ya nida.

nnt akk ambil ya

EmbunRosaliza said...

Nida..abis terbako tangan akk ni, takleh nak amik2 lagi, besar sangat kayu api tu n api marak je nyala..heheh. Tak boleh nak ambil lah nida, agaknya nida melindungi pic tu dari di copy

Nisa Greennnpanda said...

Kak Nida..sedih lak sy, ngan lagu kat blog akak nie n bile bc entry akak.. Slamat ari raye Aidilfitri wat Kak Nida & famly ye..

INNANIE ARIFFIN said...

Salam kak nida...

Nun jauh kak Nida di perantauan,
Namun Malaysia tetap di hati,
Salam Aidilfitri Saya Hulurkan,
Biar Jauh Di Mata Tapi Dekat Di Hati.

Kadang-kadang kejauhan itu lebih merapatkan sillaturahmi... semoga Kak Nida selamat di negara orang dan salam peluk cium dari kita buat akak dan 3 orang puteri akak yang comel lagi bijaksana tu...

terokai seni said...

slamat braya di perantauan, mahaf zahir batin dari kitorang juga

Anonymous said...

salam...

selamat menyambut Aidilfitri buat puan sekeluarga..

Dewataraya Anumerta said...

aduii..pasal apa rs sebak sgt niii...mohon maaf slh silap juga yer akak..jgn sedey2..thn dpn maybe dh bole balik sini..:-)

Chik Na said...

selamat hari raya buat Nida sekeluarga... mohon maaf dan ampun jika ada terkasar bahasa sepanjang di alam cyber ni :)

ieda =.= said...

salam akak...

selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin andai pernah terkasar bahasa..^_^

nanti raya jgan lupakan syieda ye?hihihi

♥MAMASYAZA♥ said...

selamat hari raya jugak dari akak sekeluarga

azieazah said...

Terimakasih atas ingatan dan ucapan NIDA. Terharu kak Azie baca.

Seronoknya dapat tengok gambar-gambar kenangan begitu. Tentulah nostalgia itu sangat seronok untuk ditatap dan dikenang saban masa.

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Nida. Terima kasih atas ucapan.

Selamat hari raya juga dari kakcik buat Nida sekeluarga di sana. :)

aNiM said...

Salam Aidilfitri kak Nida..
Maaf zahir dan batin.
gembira dapat kenal kak Nida.

Bee said...

selamat hari raya kak nidar ,m baru sempet telek2 entri nih heheh.. rupanya duk jauh dr malaysia .. anak dara 3 org ye ? sama dengan bee lah ni