Bingkisan Semalam

Ramadan datang lagi membawa bersama pelbagai kenangan suka dan duka. Tatkala papan kekunci ini ditekan, hatiku sayu mengenang pada yang telah pergi.

Pada bulan inilah segalanya berlaku, kisah yang tidak akan aku lupakan selagi nyawa dikandung badan. Tahun ini genap tujuh tahun kami kehilangan insan yang kami amat sayangi, allahyarham Muhammadon bin Juhari. 

21 Ramadan (Khamis):
8.00 malam, dari Kuantan aku menelefon emak, abah yang mengangkat gagang telefon, sempat abah bergurau denganku dengan bercakap ala-ala telo Cina. Kami ketawa, abah memberitahu aku bahawa beliau tak sabar menanti kepulangan kami, terutama cucu-cucunya.

2.00 pagi (Jumaat), aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh adikku menyatakan abah pengsan, hatiku mula resah, aku menelefon emak, ketika itu abah dah sedar. Sempat abah meninggalkan pesan pada emak agar tidak memberi kami balik kerana beliau sudah semakin pulih, "taknak menyusahkan anak-anak katanya"

4.00 pagi, hatiku mula rasa risau dan resah, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Kami melencong ke Muadzam Shah untuk mengambil adikku yang belajar di MRSM sana. Entah kenapa hatiku dapat rasakan sesuatu kerana ketika mengemas pakaian untuk dibawa pulang, aku telah tercapai baju kurung, dalam kepalaku bahawa akan berlaku sesuatu perkara.

6.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Pak Jang (bapa saudara) yang berada di kampung acapkali menefon aku bertanyakan dimana aku berada. Hatiku mula tak tenang, apabila ku bertanya tentang keadaan abah pasti Pak Jang akan kata "ok".

Namun telah tertulis takdir bahawa insan yang aku amat sayang ini, akan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Perginya mengejut, meninggalkan emak yang hidupnya banyak bergantung pada abah, meninggalkan  tujuh orang anak yang masih bersekolah, meninggalkan seorang anak istimewa (Aishah), meninggalkan anak-anak yang masih belum puas bermanja dengannya, ketika abah pergi adik bongsuku baru berumur 6 tahun.

Arwah abah seorang guru besar, namun beliau tidak pernah menganggap dirinya sebagai "boss", semua staff amat menyenanginya. Beliau suka ke laut mencari ikan bersama rakan-rakan nelayannya, beliau suka ke hutan pergi memburu dengan rakan-rakan pemburunya, beliau berkawan dengan semua lapisan masyarakat. Malah ketika abah telah tiada, apabila kami beraya di rumah rakan abah yang merupakan seorang tukang kebun di sekolahnya dulu,  rakannya pasti menangis "Takde guru besar yang sebaik abah kau Along, tak pernah anggap kami sebagai orang bawahan". Tukang kebun inilah yang selalu diajaknya memburu, tukang kantin sekolahnyalah yang selalu diajaknya ngeteh di luar, kerani di sekolahnyalah yang selalu diajaknya ke laut menjala ikan, guru-guru di sekolahnyalah yang diajaknya bersukan... abah terlalu istimewa.

Walau sudah tujuh tahun peristiwa ini berlalu, namun kurasakan ia seolah-olah baru berlaku semalam. Masih ku ingat kata-kata adikku Aisyah yang merupakan seorang anak istimewa (Down Syndrome) tatkala mayat abah hendak disemadikan.. "Iam (diam), abah akit (sakit)". Setiap yang berlaku datang bersamanya hikmah yang tersembunyi, semoga roh abah damai di 'sana'. 

Abah duduk di tengah.
Kami sayangmu dik...
Kami terlalu merinduimu abah...
Pada bulan ini juga, lima hari setelah umat Islam berpuasa, ayah mertuaku menyambut panggilan Ilahi. Kini sudah tiga tahun kami kehilangannya. Kisah kehidupannya sebagai polis membangkitkan rasa kagum kami pada keberaniannya, itulah ayah mertuaku, Haji Ahmad bin. Endut.


Aku amat mengagumi dirinya, membesarkan sebelas orang anak yang berjaya semuanya. Malah kisah kejayaan mereka mendidik anak-anak telah dimuatkan dalam surut khabar Utusan suatu masa dahulu. Namun walaupun ayah mertuaku berjaya membesarkan anak-anak sehingga berjaya, tidak sedikitpun beliau riak atau membesar diri, sikapnya yang merendah diri amat disenangi oleh penduduk kampung, moga jasanya sebagai imam menitipkan banyak pahala buat bekalan di'sana'... ameeeenn.

Dua bulan sebelum arwah ayah mertua meninggalkan kami, sempat aku sekeluarga pulang ke kampung. Ketika itu musim buah, dapat ku lihat kegembiraan yang terpancar diwajahnya apabila melihat kami pulang, puas diajaknya suami mengutip segala buah-buah yang ada di dusun. Terlalu banyak yang dikutip kerana ketika itu hanya kami sekeluarga yang balik, "takpe, untuk anak cucu makan" katanya. Sebelum kami pulang  anak keduaku sempat bergambar dengan atuknya kerana sepanjang kami berada di kampung, anak keduaku itu terlalu manja dengan atuknya, dipimpin tangan atuknya. Paling menyentuh hatiku apabila aku bersalaman dengan ayah mertuaku, beliau sempat berkata "Terima kasih Ida sebab balik dan ambil buah-buah tu", aku musykil, "Ayah, patutnya kami yang berterima kasih kerana banyak sangat buah-buah tu yang ayah bagi", beliau hanya tersenyum. Aku terus musykil dengan jawapannya.

Semangatmu tetap ada bersama kami...





Gambar-gambar yang sempat suami rakam pada tahun terakhir suamiku bersama-sama ke dusun bersama dengan ayah mertuaku

Pada bulan inilah, Nur Hanisah anak ketigaku lahir ke dunia, 23 Ramadan.... sehari lewat pada tarikh ulang tahun pemergian arwah abah.... segala-galanya pada bulan ini, bulan yang penuh berkat dan rahmat.

Anis beberapa jam selepas dilahirkan

Akhir sekali, selamat berpuasa buat semua umat Islam.... Al-Fatihah buat yang tiada...



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

27 comments:

Ena said...

Al-fatihah biat mereka..
Semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat.. amin


sama mcm anis, anak sy tu kak.. lahir pada bulan ramadan juga.. :)

Nida n' Hanafi said...

ameeeeeenn

Nama pun sama, bulan pun sama..:)

Anonymous said...

banyak kenangan pahit manis di bulan ramadhan...
Selamat berpuasa Nida

Kakcik Seroja said...

Al Fatihah. Semoga roh mereka yang mendahului kita, aman dan damai di sana. Amin.

hazeleyed lady said...

Al-Fatihah buat ayahanda...
Semuga rohnya dicucuri rahmat sentiasa...

NajiHa said...

al-Fatihah buat mereka..
semoga rohnya dicucuri rahmat..:)

Zue AnnaLeeya said...

Al-Fatihah buat mereka yg tlh tiada...
smoga roh mereka dicucuri rahmat...
aminnn...

terokai seni said...

pergi dalam bulan yang berkah, moga keberkatan daripada Allah sentiasa mengiring mereka dan kita yang masih berkesempatan menghirup nafas

♥MAMASYAZA♥ said...

yup setiap kali tiba bulan ramadhan, hati ni slalu teringat pada insan yg dah tiada. alfatihah utk yang dah pegi meninggalkan kita

ieda =.= said...

Al-Fatihah..

akak bila nak lik Malaysia..hihihi..^_^

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

al-fatihah...

nuyui a.k.a miss YUI said...

al-fatihah buat mereka yer sis..

kt yg idup kena teruskan perjalanan..

Unknown said...

menitis air mata yu baca entri nie.. semoga roh mereka dicucuri rahmat allah .. rindu kat abah ..... alfatihah

Nisa Greennnpanda said...

Takziah wat Kak Nida n famly. Xsgka akak leh kehilangan dua ayah pd bln yg same, bln yg mulia n pnuh berkat. Moge mereka akn ditmpatkn di kalangan org2 b'iman. Al-Fatihah.. Amin..

Comel la anak akak.. Kak Nida ade 3 anak, sumer girls eh?

Oyis said...

sedih entry kak nida ni. tp untungnya dijemput Ilahi pada bulan yg mulia. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat, amin

Dewataraya Anumerta said...

Al-Fatihah utk sumer yg telah 'pergi' menemui ilahi...moga mereka sumer ditempatkan dlm kalangan org yg beriman dan dikasihi ALLAH S.W.T..

en_me said...

salam ramadhan akak nida tewww..

LadyNur -<-<@ said...

salam perkenalan & slaam ramadahan..

Mario said...

salam Ramadhan...pernah juga kehilangan abang dibulan Ramadhan...

Al-fatihah buat mereka ..
Semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat.. amin

zaidah said...

al-fatihah untuk arwah abah n FIL....

Zaitun said...

Al-Fatihah buat orang yang telah tiada.
Bulan yang memberikan kita erti kesabaran.

zue said...

bulan yg byk kenangan buat nida...al-fatihah buat mereka.

selamat berpuasa.

nuyui a.k.a miss YUI said...

p/s: terima kasih sis..

Izan Ishak said...

alFatihah buat insan2 kesayangan yang telah tiada...

Chik Na said...

alfatihah buat yang dah pergi... dan selamat berpuasa buat Nida sekeluarga ..maaf zahir batin

ummu said...

assalam Nida
alfatihah buat muslimin muslimat ...yg telah pergi dulu sblm kita.
jasa seorang ayah terlalu besar nilainya,kan Nida

Zura Tahir said...

byk peristiwa berlaku dlm keluarga akak d bln pose nie...al fatihah..