Dah lama tak cerita mengenai persekolahan anak-anak di sini. Semasa menyaksikan cross country anakku tempohari, sempat juga aku tour sekolah Oteha Valley tu. Ada beberapa part yang sungguh menarik untuk diceritakan, tentang budaya persekolahan mereka di sini... sebelum tu meh layan apa yang aku berjaya tangkap..
Lihatlah gambar di atas, agak-agak ada tak pemandangan begini di Malaysia ek. Rasanya pada entry yang lepas aku ada terangkan tentang penggunaan scooter di sini. Kalau nak tahu, scooter ini merupakan salah satu kenderaan utama mereka ke sekolah, dan lihatlah tak payah nak berkunci pun scooter ni.. takde yang nak merembatnya.
Aku rasa aku tahu kenapa di Malaysia tak berapa sesuai bawa scooter ke sekolah, sebabnya kalau di sini (NZ) di kiri dan kanan bahu jalan ada kawasan untuk pejalan kaki merangkap untuk yang menunggang scooter sekali, jadi keselamatan mereka Insya Allah terjamin.
Kawasan pejalan kaki... (cewahhhh Anis... macam model tiang..kuikuikui)
Kemudian di sekolah Oteha juga ada kawsan rak kasut.. bilik darjah di sini semuanya berkarpet, dan pelajar-pelajar ini bebas sama ada nak berkasut ke atau nak berkaki ayam ke, ikut keselesaan masing-masing. Di New Zealand ni bolehlah berkaki ayam sebab negaranya bersih.....
Lihatlah dengan tersenyum sambil berkaki ayam... punyalah bersih negara NZ ni...:)
Bila bab persekolahan anak-anak aku memang salute pada budaya barat ni, pelajar-pelajar juga di ajar "survival skill" seperti menunggang basikal dengan cara yang betul (siap berhelmet), jadi tiadalah bila besar nanti naik motor pun tak berhelmet!, belajar berenang, memasak, menjual dan macam-macam lagilah..
Semalam sekolah anakku ada buat Market Day sempena minggu Sains dan Teknologi, macam-macam bebudak ni buat untuk jual... ada yang buat aiskrim, ada yang buat lilin arometerapi, ada yang buat gelang manik, buat sabun.. dan yang "amazing"nya, budak-budak ni buat semua barang-barang untuk dijual.... awesome! Bayangkan anak aku yang baru berumur 8 tahun dan pandai buat aiskrim dan yang si kakaknya pula (10 tahun) dan pandai buat Lilin Kulit Kayu Manis (cinnamon candle)... Nanti aku akan ulas lebih lanjut cerita Oteha Valley School Market Day ni pada entry akan datang.. tungggggggguuuuuuuuu :)
Mana yang baik kita ikut..
Semalam sekolah anakku ada buat Market Day sempena minggu Sains dan Teknologi, macam-macam bebudak ni buat untuk jual... ada yang buat aiskrim, ada yang buat lilin arometerapi, ada yang buat gelang manik, buat sabun.. dan yang "amazing"nya, budak-budak ni buat semua barang-barang untuk dijual.... awesome! Bayangkan anak aku yang baru berumur 8 tahun dan pandai buat aiskrim dan yang si kakaknya pula (10 tahun) dan pandai buat Lilin Kulit Kayu Manis (cinnamon candle)... Nanti aku akan ulas lebih lanjut cerita Oteha Valley School Market Day ni pada entry akan datang.. tungggggggguuuuuuuuu :)
Inilah sedikit catatan pengalaman dari aku sebagai anak rantau.. walau indah bagaimanapun negara orang, Malaysia tetap di hati... namun mana yang baik di negara orang eloklah kita ikut.. tak salahkan kalau kita copy paste mana yang baik dan disesuaikan dengan budaya kita... Insya Allah..
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
17 comments:
Betul tu. Kak Azie masih ingat kisah NIDA tulis tentang pelajar di sana wpun bersekolah rendah, berscooter ke sekolah guna jalan khas yang disediakan.
Kalau di Malaysia agak sukar, kerana struktur jalanraya, mentaliti segelintir orang yang bernafsu iblis, nak rompak nak rogol dsb...
Apa yang baik di negara orang, yg boleh diikut sesuai dgn diri dan peribadi kita, bolehlah diikut. Itu suatu pengalaman mahal.
Anak-anak yang biasa dari kecil berada di rantau akan membina suatu jati diri yang teguh dan berani..
Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...
Wah, rs cam nk dok kat NZ lak, hehe.. Mmg M'sia nie kolot sket.. Name je developing country, tp ntah ape yg nk dibangunkn pun xtau la, xnmpak ape hasil pun,kn kak? Aih.. "-_-
Akak..nk gi cuti kat NZ la..hahaha..XP
assalamualaikum dik....
kak chaq masih di sini , masih sihat ( ada ler senak sikit2 , he he he)...
cemburunya lihat suasana cantik dan bersih negara di sana...
cewahhhh Anis , semakin manis dan comel....
kalau kat malaysia lama dah lesap scooter tu kak..huhu. kat sini pun ada ruang pejalan kaki tu. bagus, kan?
salam - sy setuju dengan cara mereka...mana yang baik kita ikut.
(negara yg kurang maju ada gak - ni yah tak ikut la )
seronok nyer duk luar negara kalu tmpt yg aman mcm ni kn..jauh btul beza malaysia dgn nz tu dgn apa yg digambarkan oleh nida tu...
bestnya dpt hidup di perantauan,,ambil yg baik tk salahkan,,tp mana2 ada cara hidup msg2 kan,,,bukan mudh nk ubah cara yg dah lama berakar kan,,,
Betul kata Nida tak salah kalau kita ikut benda yang elok.Kak Zai pun tabik spring tentang kebersihan negara barat terutamanya tandas kalau dibandingkan dengan negara kita masih jauh ketinggalan.
Dulu anak2 kak Zai kalau naik basikal pakai helmet tapi ditertawakan orang sekeliling.
memang xsalah...
ank g sane la merase...
wah..bagusnya mereka nie sis..xthn btl..sgt rilek kaki ayam!hihi
kak nida..scooter kat malaysia ni ada jugak...tapi tak berapa glamer..macam akak kata lah..takde tempat yang sesuai.
cinnamon candle...tau buat sendiri..wah..cayalah..tak payah beli..saya suka tau...:) especially bab2 aromatheraphy ni..untungnya..:)
eemmm bgaus gak budaya diaorg ya..
Nid,
Kat sini pun sama macam kat sana. mana yg baik dan boleh digunapakai di Msia, eloklah ditiru. ^-^
Salam..
Lama x jengah ke blog kawan2..sibuk memanjang. Kadang2 hairan juga kenapa la bangsa melayu yg mengaku Islam tp suka hidup dlm kekotoran.. tak suka bersih, hinggakan perkataan 'bersih' pun org boleh kena tangkap.. he..he..he.
sgt setuju bab sekolahnya diajar mcm2 survival skill and student nya independent. mcm baru2 ni sekolah aisyah buat Summer Fair, antara stalls2 yg ada adalah spt stalls urut tangan (hand massage), henna tattoo, nail polish station, etc. semua stall ni budak2 umur 8-11 tahun yg jaga, mmg kreativiti diorg sendiri la buat khidmat2 gini utk kutip duit utk sekolah. impressed sungguh saya!
ps: NZ nmpknya lebig bersih la kak. sini x leh berkaki ayam tu, kdg2 ada jg kaca or tahi anjing yuck!
Kat Msia, especially taman perumahan area Klang Valley ni Chik Na rasa dah tak berapa selamat untuk anak-anak berbasikal ke sekolah atau bermain tanpa diawasi , nak main area rumah pun selalunya Chik Na teman anak-anak..banyak kes culik budak lately
along..masa tinggak kat ho chi min pun anak2 layan scooter. kemana2 diangkutnya masuk dalam bonet keter. Kat malaysia pun dah start org jual scooter sekaranglah...kat pasar malam pun ada...tapi digunakan utk main je lah..
Post a Comment