Semoga Islam Terus Berkembang..Insya Allah

Dah lama tak mengupdate, blog pun dah penuh sawang. Hari ini aku nak buat upacara pembersihan blog, lepas ni nak pi jalan-jalan blog rakan-rakan... rindu rasanya. 

Cerita ni pun dah lama, tapi nak juga aku kongsi dengan pembaca sekelian (ada ke yang nak baca...hehe). Alhamdulillah, kita telah mendapat seorang lagi saudara baru di muka bumi ini. Penghijrahan saudara Logan yang kini bertukar nama kepada Faris dari agama nenek moyangnya kepada agama Islam. Ketika aku mengupload gambar-gambar perkahwinannya dengan Puteri, hati rasa tersentuh, semoga ramai lagi yang akan diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam...ameeeeeeeeennnnn.

Inilah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana sehari sebelum majlis pernikahan, aku dan beberapa orang rakan bertungkus lumus menyediakan bunga telur. Sini bukan macam Malaysia, banyak kedai yang jual bunga telur... so apa yang ada je ler di depan mata kami gubah.. maklumlah sumber sangat terhad.

 Kami bersama pasangan mempelai.

Upacara membuat bunga telur.

Nur yang terpancar di wajah Faris

  Kebahagiaan terpancar di wajah mereka..


Upacara menyarungkan cincin

Keluarga sebelah pengantin perempuan

Keluarga sebelah pengantin lelaki

Sini tiada nasi minyak atau beriani pengantin... cuma makanan Barat menjadi santapan..:)


Antara tetamu yang hadir.


Cerita seterusnya ialah mengenai aktiviti anak-anak Malaysia di Albany ini. Alhamdulillah Ahad yang lepas kami sempat mengadakan Kem Solat buat anak-anak di sini. Terima kasih buat Saudara Anas kerana sudi menjadi fasilitator pada hari tersebut. Seronok sungguh aku lihat anak-anakku kerana selepas pulang dari kem tersebut, si Anislah orang pertama yang mengambil wuduk di rumah walaupun waktu solat belum masuk lagi..hehe... :)

Anak-anak yang tekun mendengar...:)

Bakal pejuang agama..

Saudara Anas menerangkan cara mengambil wuduk yang betul

Amali mengambil wuduk



p/s: Namun satu berita sedih telah kami dengar daripada Puteri melalui FBnya. Sekembalinya mereka ke tanah air setelah selesai majlis pernikahan di sini (NZ), alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati rumah mereka di Malaysia telah dimasuki pencuri. Diberitakan banyak juga barang berharga yang hilang. Semoga puteri dan keluarga tabah menerima ujian ini....:(



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

16 comments:

terokai seni said...

alhamdulillah ada nur islam untuk saudara kita dan moga bahagia membawa ke syurga

Anonymous said...

alhamdulillah... bertambah umat Muhammad

♥MAMASYAZA♥ said...

sronok tengok anak2, happy nak blajar

~~**ieta azri**~~ said...

alhamdulilah...bertambah lg saudara kita....tahniah wat pengantin baru tu...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

alhamdulillah...
kite yg sedia ade islam....
jgn leka kan akak...
:)

Anonymous said...

amek wudhu nape x pakey air paip kakk.. uhuhu

CuTeMiUt78 said...

alhamdulilah... semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

Nur Asna said...

tahniah buat Puteri & Faris...tak sempat nak hadir majlis diaorg tapi tetap merasa kemeriahan dari jauh...tengok kem solat teringat ajar Mizah, Azie & Zahin ambil wuduk & solat berjemaah...Arif jadi imam :-)

Zaitun said...

Alhamdulillah semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Melentur buluh biar dari rebungnya.

zue said...

walaupun jauh diperantuan..adat resam dan ajaran islam tak dilupakan.

syukur dan alhamdulillah brtambah umat islam dimuka bumi ni.

al-lavendari said...

tetapi sayangnya semakin ramai remaja islam/melayu di negara kita yang hanyut dan rosak !

Mas said...

so sweet...moga bercinta hingga ke syurga...=)

Hamizah said...

excited betul bdk2 belajar solat,kan?

Imanisa riana @ sarimah said...

Lama tak menjenguk ke sini... ada kenduri kahwin rupanya. Alhamdulillah. Tahniah utk kedua2 mempelai dan juga yg lainnya krn berjaya memeriahkan majlis..

Unknown said...

salam Nida...

semoga Puteri dan Faris bahagia hingga ke akhir hayat.

Nisa Greennnpanda said...

Salam Kak Nida..

Wah, syukur la ade org pluk agam Islam. Yeah, mmg couple tue nmpk hepi. Moge diorg akn trus bahgia brsame.. Psl kecurian tue, moge diorg dpt hadapi dugaan tue ngan baik..

Wah, bgus la anak2 akak, msti dh reti solat dh now.. ^_^