Berita kehilangan ibu saudara tercinta sebelah suami (arwah Mak Ngah) masih lagi sukar diterima.. kini pada petang tadi meyusul pula satu berita yang menyayat hati, pemergian kakak ipar sulung suamiku, arwah Normah binti Ngah. Berita ini sangat memeranjatkan kami kerana pemergiannya secara tiba-tiba. Menurut berita yang kami terima, arwah terjatuh dan berlaku pendarahan dalam kepala. Setelah dibedah, beliau telah koma selama beberapa hari, dan akhirnya Allah lebih menyayangi dirinya... pada hari semalam, Allah telah meminta balik apa yang menjadi miliknya.... Sesungguhnya tiada yang kekal di atas muka bumi ini, segalanya adalah pinjaman.
Buat kekanda Rahmad (suami arwah) dan anak-anaknya, kami ucapkan takziah atas kehilangan isteri dan ummi tercinta.... semoga tabah kerana setiap yang bernyawa akan pergi kepada penciptaNya... dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...ameeeeeennnn
"Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan.. Ujian yang melemahkan.. Dugaan yang menyusahkan.... Bahkan semua itu dijadikan batu loncatan untuk lebih menyintai Allah.. Mereka tepu dengan dugaan.. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba berdepan dengan 'Belaian Pencipta' sebagai tanda ingatannya.."
(sumber dari http://suhaila-annur.blogspot.com/)
Di sini aku selitkan video kenangan.... ada diantaranya yang telah lama meninggalkan kami..
Al-Fatihah buat mereka...
Ku rindukan apa yang telah ditinggalkan..
namun masa terus berlalu,
meninggalkan musim-musim yang lalu,
yang pernah ku lewati suatu masa dahulu....
Kenangan ini tidak akan aku lupakan
selagi nyawa dikandung badan,
selagi nadi masih berdenyut..
Kerana ku yakin
kita pasti bersua
apabila masanya tiba....
Insya Allah..
-nida-
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
9 comments:
Takziah kepada ahli keluarga Nida. Semoga Allah swt mencucuri RahmatNya ke atas mereka.Al-Fatihah.
Al-Fatihah buat kedua2 arwah semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
Takziah buat keluarga Nida.
Salam takziah buat keluarga Makngah...
“This is the best moment of my life”...
salam takziah buat nida dan keluarga... smoga roh arwah dicucuri rahmat... amin...
Al-Fatihah...
takziah buat Ida sekeluarga...entahlah kenapa hari ni tiba2 akak rasa sedih je...tiba2 terkenangkan Ida...banyak rasanya yg nak akak share bersama Ida...tak sabar nak jumpa semula macam dulu2
takziah untuk keluarga Cikgu Rahmad. Semoga roh arwah dicucuri rahmat tuhan. aminn
takziah, Allah lebih sygkan mereka
al-fatihah buat arwah mak ngah dan arwah normah binti ngah.
semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.
Salam takziah wat Kak Nida sekeluarga ye.. Al-fatihah...
Post a Comment