Indahnya bumi NZ...itulah yang sering dikatakan dan itulah yang kami rasakan. Indahnya bukan sahaja kerana keindahan alam ciptaan Allah, tapi juga dengan sikap masyarakat mereka yang begitu menjaga kebersihan sekitar rumah, taman-taman bunga (dan juga permainan), jalan raya, dan lain-lain.
Indahnya NZ juga kerana sikap mereka ketika berbicara dengan kita. Walaupun ada kes-kes terpencil seperti perkauman, tapi ianya terlalu sedikit. Bukan aku sahaja yang rasa begitu, tetapi juga rakan-rakan dari Malaysia yang datang melawat kami.
Indahnya bumi New Zealand, lantaran itu ia digelar "Gifted Land". Semasa cuti-cuti NZ musim summer yang lepas, sempat kami melawat salah satu kawasan yang menjadi tempat pengambaran Lord Of The Ring, Milford Sound. Sangat indah...seolah-olah, ianya merumuskan segala keindahan NZ yang kami hayati selama ini. Kawasan fiord ini dikelilingi bukit-bukau yang memang memukau mata dengan air terjun dikelilingnya, serta dolphin yang berlumba-lumba..dan sea lion beristirehat... owh.... ibarat syurga dunia..
Jom kita layan pemandangan di sekitar Milford Sound...
Salji yang masih melitupi puncak walaupun ketika musim summer.
Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di tepi jalan untuk mengambil gambar.. terpegun melihat kebiruan airnya...
Kami bersama kenangan... :)
Labah-labah dan sarangnya....
olorrrr... tomelnya dia tidoooo
Anak-anakku bukan main teruja tengok dolphin ni...
Inilah kapal yang kami naiki..
Ketika di dalam kapal... sarapan pagi turut disediakan
Bergambar bersama nakhoda kapal....
Masa ni habis baju basah kena percikan air terjun... syok bangat dong
Kenangan indah yang tetap lestari dalam ingatan sampai bila-bila..
19 comments:
memang indah kak....
kami mmg teruja dgn milford sound....kalau bole nk pi lagi...apakan daya, poket x terisi...
cuma sempat pi tekapo & chrisctchurch summer & winter...
cantik sangat pemandangan kat sana :)
assalam nida...cantiknya pemandangn..mcm tgk kat tv pula...best nida n famili marasa semua ni
wow bestnye kak nida....suke tgk air sungai tue..pastue gambar 1st tue..
kenangan sgt best...
nak g gak...
hehehe..
best nya kak...
tompang nengok kat sini je la kan.. hihi..
cantiknya
wow memang cantikkkkannn
wow, breathtaking! k nida dan husband masing2 ada satu DSLR ek? wow jgk tu! ;)
Yang indah elok dikenang, yang jelek jauh2 dibuang.. :)
subhanallah...... hanya DIA yang mampu menciptakan keindahan ini....
cantiknya, tak puas mata memandang... bila la nak sampai sana pulak
uiii jelesnya... macam photoshop la pulak... cantikkkk
bestnye....cantiknya....
Tanda kebesaran dan kekuasaan Allah...cantik sangat..:) untung kak nida.....berpeluang ke sana..
subhanallah..cantiknye ciptaan Allah..bertuah kak nida..dapt pegnalaman kat tempat org..:-)
Subhanallah..Cantiknya ciptaan Allah. Bayangkan, kalu di syurga lebih indah dan cantik taman2nya.. tak terbayang dek fikiran
aaaaaaaaaa ada binatang tu???!!! bestnyerrrrr!
Post a Comment