Puas aku tergolek, terlentang fikir tajuk apa nak buat, last-last tajuk ini juga yang keluar.. Walaupun entry ni agak keluar tajuk, tapi buat-buat faham@ tak tahu je ler ye. Maklumlah penulis@aku ler tu tengah mood tak berapa nak betul sekarang ni...hehe.
Siapa penggemar tegar buah strawberry? Sebelum cerita panjang, jom layan dulu gambar-gambar yang tak berapa nak cun di bawah...
Posing dulu sebelum bedak kat muka cair, maklumlah berpeluh... :)
Memetik buah waktu matahari tegak.. adeiiiiii.. basah ketiakku
Tekunnya Akak Azi.... @ model topi.. :)
Anak-anak daraku yang dipaksa berposing olehku... huahuahua (gelak dengki)
Aik... sebiji je ke bagi kat abah????
Bukannya orang yang tak cun (cun-cun belako), tapi kualiti gambaunya... sebab snap waktu tengah hari (pantang ambil gambar waktu matahari atas kepala). Tahun ni pun buahnya tak sebanyak tahun lepas, jadi kami pun petik sekadar buat syarat je. Tapi yang syoknya masuk adalah free dan boleh makan seberapa banyak (sampai kembung perut aku..hehe), yang dibawa balik je kena bayar, sekilo $8... (terfikir macam mana gayanya strawberry di Cameron Highland, kerana aku tak pernah lagi sampai ke sana...uwaaaaaaaa).
Disebabkan tenaga masih banyak, petang tu aku jalan lagi...yeeeehhhhhhaaaaaaa. Tapi sekali lagi cik abang tak dapat ikut (ada hal), makanya dengan muka yang tak berapa nak malu tapi cun (kuang kuang kuang.. masuk bakul angkat sendiri sehhh), aku pun menumpang Kak Jun dan abang Syukor buat kesekian kalinya.. thanks ye Kak Jun. Kali ini kami pergi kutip scallop pula (thanks Biha dan Zack sebab jadi penunjuk arah).... :)
Inilah bentuk kulit scallop (macam lambang pada pam minyak Shell)
Tapi malangnya hanya kulit-kulit scallop yang kami temui, puas mencari dan mengorek, mencari semula dan korek lagi tapi masih tak jumpa (atau kami yang tak pandai korek..hehe). Akhirnya inilah hasil yang aku dapat.. apalagi kalau bukan gambar-gambar yang ntah apa-apa ni, tapi mereka yang arif dalam bidang fotografi ni memanggilnya sebagai silhoutte (ala-ala bayang hitam gitu), hentam sahajalah labu nak panggil apa pun . Layannnnnnn......
Anis dan Kakak Mizah... Akak Azi (anak kedua) tengah merajuk masa ni... hmmm
Ni gambau tunggul kayu....
Siapa tahu gambar siapakah ini????
Watchhhhaaaaaa.......
Inilah Kak Jun..hehe (nampak tak mukanya????)
Gambar sesudah mentari terbenam... Subhanallah indah dan tertibnya aturan alam...
Anis dan Kakak Mizah lagi...
Sesekali berjiwang dengan cik abang.. (pssst.... kanda, bila nak buat surprise kat dinda pulak....hehe)
Sebelum balik sempat lagi aku snap gambau bulan...
p/s: tajuk di atas tu konon-kononnya sesuai untuk gambar-gambar silhoutte yang ntah apa-apa aku ni... maklumlah senja kan mendung..hahahaha (suka hati aku jer)
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
24 comments:
wowww...cantik2 gambar yg kak nieda ambik ni...
**maaf kak...lama rasanya izan tak komen2 kat sini~akak n famili sihat semuanya?
taktahan tengok hasil gambar akak,membuatkan hati pon tak tahan nak dapatkan DSLR
NIDA, best nya dapat masuk kebun strawberi, makan puas dan petik terus dari pokok. Pengalaman mahal nih.
Gambar-gambar tu, pada Kak Azie dasat tul dah tu. Kak Azie pun guna hp jer, asal leh masuk blog. :)
Tentulah tak adil nak banding dgn pakar fotography yang expert dgn macam2 jenis lense.
Bagi NIDA yang ada kamera canggih, tapi belum mahir (baru amatur), dapat hasil gitu, sebenarnya suatu kejayaan dah.
Memang indahhhh...
Nak teka. Gambar itu adalah gambar anak Nida yang bongsu.
SubhanAllah... cantiknya gambar2 tu tapi kak Zai paling suka gambar matahari terbenam tu.
Best kalau dapat petik strawberry.
nida sgt talented in photography :) pics kat pantai tu semua sgt lawa :)
naper nida dh tak aktif join blog contest? me tertanya2..
cntik le gambar2 ni, bleh wat header ni ;)
salam kak nida...
apa khabar org di sana?
harapnya sihat dan bahagia selalu..
waahh...cantiklah gambar2 penangan DSLR ni kan..isshh teringin pulak nak DSLR gak...hehehehe
nakkk strawberry jugakk...hehe
Salam Kak Nida..
cantiklah gambar2 silhoutte kak nida tuh!
Saya suka gambar tunggul kayu tu..pengertian saya - SEPI
& gambar Anis & Kakak Mizah berlari tu...serius cantik.
Good work kak nida...:)
assalamualaikum dik Nida...
kak chaq dok dengki nie coz jeles tengok gambar2 siput tuuu, heeeee geraammmmm... he he he
harapnya tahun ni dpt la gi petik strawberi..bukan minat sgt pun..saje nak petik je
cantik la kak gmbr2 silhouette tu
stroberi... ooo masamnyaaaa
cantek nye pic....
bestnta stoberi..kita suka sgt-sgt-sgt..all nice pics nida!
cantiknye semua gambar2 tu, bilala dptbeli DLSR lak ni
cantiknya gmbr2 silhouette tu.. sah2 la i eruja nak buat juga, tunggu spring!
salam nida,
mmg cantik gambo2 yg di amik nak2 tang matahari trbenam...
strawberi cecah coklat..ahaks.
cantiknyer gambar yang nieda ambik...macam photographer profesional...
Maksu gambaq ni semuanya superb !
Jika nak pinjam bagi gambar cantik, nak pinjam apa yer kamera atau tangan?
hehe
muqay...bagi pinjam duit jer kat pro photographer... sure terus jadi cantik...hehehe
Paknep, gambar ni maksu atau paknep yang ambil atau seperti paknep cakap, photograper pro yang ambil.
Muqay..untuk entri ni, semua gambar maksu yg ambil.
Gambar senja dan scallop tu semua pun dia punya kerja. Paknep tak pergi ikut pun.
caNTIK kak semua gambar2 tu.....
Post a Comment