Katak Oh Katak

Sudah sebulan 9 Oktober berlalu.. rasa baru semalam berada di KLIA. Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar usia semakin bertambah.. kedut pun dah semakin banyak, untungnya kalau dapat jadi macam Anita Sarawak, muka awet muda sokmo....

Tiga bulan berada di tanah air macam tiga minggu je rasanya. Banyak kenangan yang tercipta dalam tempoh itu. Kadang-kadang bila fikir semula, macam mimpi pula aku berkesempatan mengajar di SMK Benut tempoh hari (guru ganti). Namun setiap sesuatu perkara yang berlaku datang bersamanya hikmah yang tersembunyi.

Alkisahnya aku sempatlah berkenalan dengan salah seorang guru praktikum dari Alor Setar (Nur Hafizoh). Nak dijadikan cerita adik aku dapat tawaran sebagai Kaunselor di Kolej Politech MARA di Alor Setar ketika itu, secara kebetulan pula ibu kawan aku itu sedang mencari penyewa@peneman yang boleh duduk bersama beliau. Itulah hikmahnya setiap kejadian yang berlaku, maka duduklah adik aku itu bersama ibunya di Alor Setar dengan hati yang sangat gembira kerana ibunya melayan dan menjaga adik aku seperti anaknya sendiri.

Inilah rakan baikku semasa di SMK Benut, Susan dan Nur Hafizoh

Di SMK Benut juga aku dapat ramai anak-anak baru@pelajar-pelajar. Antara pengalaman yang aku tidak boleh lupa ialah bersama-sama mereka membelah katak dan ikan. Pada awalnya mereka hanya membawa ikan, jadi agak sedikit terkilanlah aku ketika itu kerana tidak ada seekor katak pun yang dibawa oleh pelajar-pelajar. Tapi apabila waktu p&pku bermula alangkah terkejutnya aku kerana ada 5 ekor katak di depan mata. Rupa-rupanya pada waktu Pendidikan Jasmani mereka beramai-ramai mengejar dan mencari katak..hahahaha... (mesti meriah di padang ketika itu).

Inilah wajah-wajah katak... (tidak termasuk makhluk yang berbaju di atas)
Katak yang telah dipengsankan
Bermulalah siri CSI
Jangan tenung lama-lama.. nanti ada yang 2 minggu tak lalu makan.... uwekkkkk
Ini pula pembedahan ke atas ikan
Cikgu yang cute (hahahaha... sesekali berperasaan perasan) bersama pelajar-pelajar yang sporting..... PEACE!!!!!!!



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

17 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

owhhh..
aku xmampu melihat katak itu...
hehehe...

ardinihumaira said...

whoaaaaaa...
teringat subjek bio! ;D

terokai seni said...

huuu lepas ni acara goreng katak pulakkkk

Mario said...

aku penah belah katak...mmg best... apa yg best pun aku tak tau...haha

Unknown said...

cantik katak2 tu hee..
Tapi sayang...pasai tak de yg nak bedah..mentarang..haa

Murni Alfathunnisa said...

alamak..bab bedah membedah ni yang den lomah ni...huhu

Unknown said...

salam Nida...

heeeee geli tengok katak tu ...

Oyis said...

rasanya kalo buat di UK ni harus la dah kena charge dgn animal cruelty dek RSPCA huhu...!

al-lavendari said...

salam.

kesian kat katak tu .. terpaksa berkorban. Ada juga gunanya Allah jadikan katak bagi membolehkan manusia belajar melaluinya !

Zaitun said...

Mesti rindu dengan kerjaya yang dah lama ditinggalkan,bila ada peluang tentu seronokkan.
Blog baru kak Zai
mamasya2.blogspot.com

Wasatiah Gurlzz said...

huaaaa, rindu subjek bio yg telah ditinggalkan 9 thn yg lalu..huuuu

Chik Na said...

x sanggup tgk katak yg dibedah tu...

Hamizah said...

boleh pula jd cgu ganti ye..
dl saya tnya PK kat sek lama, xboleh..

CuTeMiUt78 said...

oh..oh... memang tak lalu mkn tgk belah katak

Nurimo said...

Selamat aidiadha orang jauh,

Entah macam mana tergerak hati raya-raya layari blog Nida.

he..he..tajuk katak,tahu tak katak juga dikenali sebagai 'burung terbang duduk',
macam mana nama itu wujud fikirlah macam katak melompak.

Kata2 manis buat Nida,
Jangan kita merasa tua sebelum usia

en_me said...

xde pown citer pasal balik masai.. ihiks

ummu said...

salam Nida
begitulah hikmah setiap kejadian yang Allah aturkan,kan Nida.
syukurlah adik Nida mendapat layanan yang baik dari ibu kawan Nida.
Hidup merantau mengajar kita erti berdikari dan berkasih sayang, itulah antara yang akak dapat sepanjang pernah ebrsekolah jauh di utara sedangkan keluarga nun di selatan.