Sudah agak lama kami tak membawa anak-anak berholiday@berlibur. Dulu semasa pulang ke Malaysia pun tak sempat nak ajak anak-anak pi bercuti. Hubby sibuk, anak pada masa itu pun bersekolah, kemudian diriku pula yang menjadi guru ganti ketika itu membuatkan masa yang ada memanglah amat terhadnya (alasan je tu.. hendak seribu daya taknak seribu dalih..hehe).
Kebetulan Isnin lepas (25 Oktober), sini cuti Hari Buruh, jadi kami pun mengambillah kesempatan bawa anak-anak kenal perbezaan singa dan harimau. Orang yang berkunjung boleh tahan ramai, cuaca pun molek tak sejuk sangat (tapi masa baru sampai Anis merengek kesejukan). Paling seronok anak-anaklah, maklumlah dah lama tak tengok binatang-binatang, tapi tengok tarzan selalu (aku ler tu, maklumlah asyik menjerit je pagi-pagi..hahaha).
Masa ni minta orang Fiji tolong snapkan gambau.. (dialek Melaka ler pulok)
Jinak-jinak Kasawari
Eeeeiiiiiiiiiiiii gelinya... berbulu-bulu
Elehhhh... kat gambar berani ler... cuba betul-betul mahu cabut langkah berjuta
Amboi...... sedapnya beradu....
Apa tengok-tengok??????
"Orang ni pun satu, ada ke buat jambatan kecik macam ni... aku ni dah ler besau, mana ler lepasnya." kata harimau melepaskan kemarahannya di dalam hati.
Olorrrr kesiannya takde partner...
Dilarang berdua-duaan antara bukan muhrim dikawasan ini ye.. nanti kena tangkap...hehe
Bukan muhrim yang dah nikah dibenarkan berdua-duaan selagi aksi tak menjolok mata (mat salleh dengan minah salleh di sini bukan kira... tak kira tempat kalau nak bercium :-/ )
Sebenarnya tak banyak beza pun antara zoo sini dan Zoo Negara atau Zoo Melaka. Cuma yang mungkin berbeza binatangnya, kalau di sini ada kanggaroo dan anjing laut serta burung kiwi. Di tengah-tengah kawasan zoo pula ada tempat untuk berkelah dan bentang tikar (menarikkan?).
Kebetulan sekarang ini musim spring, maka bermekarlah bunga-bunga di sini... sangat cantik! Jom lihat hasil keras tangan aku mengambil gambar bunga-bunga....
Inilah silver ferns, kalau nak tengok rupa bila ia dah kembang silalah lihat di jersi All Blacks ye..
Sekian sahaja dari saya yang melaporkan dari Auckland Zoo, New Zealand. Bak kata pepatah "Jinak-jinak merpati, senang didekat ditangkap lari".... hehe.
16 comments:
bestnya kak...
teringin dni nak ke sana :)
salam Nida...
ambooooiii berdua2an plak dia naper sorang diujung bucu sana n sorang lagi mengelak jauh jer , nie adegan merajuk n pujuk memujuk ker ? he he he.
teringin kak chaq nk pi sana , tp apakan daya sayap lemah , tak mampu terbang jauh...
baru je nak ajak mrABi p zoo.
wah!jln2 sronoknya..
suka tgk bunga2 mekar. best nya nak spring, makin lama makin panas. contrast ngan sini, tp itu lah hukum alam :)
Kak Zai lebih terpesona dengan bunga2 tu,dah memang gila bunga pantang nampak hehehe....
kak Zai.
cantiknya gambar!
Dah lama betul kakcik tak melawat Zoo.. entah manalah rupanya kat dalam Zoo Negara tu sekarang. :)
dah lama tak pergi zoo....padahal bukan jauh benar zoo melaka dengan rumah !!! biasa gitu la....yg depan mata tak pergi...yg jauh semua dah sampai ! alasan...nantilah ...ade masa pergi jua...tak adenya pong!!!
Salam kak Nida,
Saya baru nak buat entri pasal Zoo. Hari tu saya cari haiwan comel macam dalam FB kalau main Farmville sure jumpa namanya Llama. Pencarian saya tidak sia2 kerana Llama ni ada di negara kita. Comel je.
Wakakakaka NIDA.
suka dan seronok baca dialog binatang tu.
Amboiii mentang2 pegi Zoo, tetiba leh faham bahasa haiwan plak yerrr..
hikhikhik!
Salam Nida,
Entahlah tergerak tangan malam ni nak klik link blog Albany.Rupa2nya ada cerita zoo.Ana dah lama tak gi zoo negara,rasanya dah hampir 10 tahun ,anak rimau yang masa ana kujung dulu baru umur 3 bulan, mungkin dah besar ko.
Maklumlah dalam kesibukkan lepas2 tanguh nak gi zoo.
Ana suka tengok gambar yang singa sedang tidur tu,nampak jinak namum ia tetap haiwan ganas.
Nida dah tengok gambar anak gajah dalam blog ana?
salam...bestnyer gi zoo. anak2 memang suka kalu gi zoo.
bestnyaaaaa...
boleh berkelah kat tengah2 zoo mesti sonotkan nieda, kiri kanan depan belakang boleh tengok telatah haiwan....
mmg best pg zoo nikan...errr...tmpt penggambaran LOTR tak pergi ke?
semua pics comel tp yg paling best pic family tu..comel jer susun gitu :)
Post a Comment