Yang Lepas dan Yang Belum Lepas... :)

Lagi 2 jam kami akan bertolak ke Auckland Airport, dan Insya Allah kalau tiada aral pukul 2.25 am waktu NZ (11.25 pm waktu Malaysia) kami akan menaiki pesawat Royal Brunei Airlines ke Malaysia (transit di Brunei).. Doakan kami agar segalanya berjalan lancar, dan Insya Allah kalau ada ruang dan peluang hendak juga berjumpa dengan rakan-rakan bloggers di luar sana.. :)

Itu cerita yang belum lepas, ini daku nak cerita yang dah lepas. Sebelum itu aku minta maaf sesangat sebab lama tak jengah blog rakan-rakan, lepas ni pun tak tahulah bila nak jengah, kalau ada kemudahan internet di kampung nanti, Insya Allah aku akan jenguk blog rakan-rakan ye....

Alkisahnya aku nak share gambar-gambar percutian kami haritu.. selain ke Mount Ruapehu, kami juga sempat ke Huka Falls, Taupo Lake dan ke Trout Center (tempat ternak ikan trout), jom layan dulu gambar-gambar di Huka Falls.....zasssss

Inilah adalah gambar model-model yang telah pencen... tapi gaya masih menyengat tauuuu...hehe
Ini pula gambar supir-supir kepada model-model... kahkahkah (gelak jahat)
Inilah anggota rombongan kami....

Bang!!!!!!!! You jump, I jump (macam Titanic ler pulok)

Bunyi deruan air Huka Falls memang sangat kuat.... airnya jernih, alirnya deras.. pendek kata memang gayat ler duk atas jambatan tu. Dari air yang deras kita ke air yang tenang pula.. jom ke Taupo Lake pula (kawasan tasik yang terbesar, bekas dari letupan gunung berapi)

Tengok air deras sudah, air tenang pun sudah... macam tidak lengkap pulak kalau tengok air tapi tak tengok ikan-ikan di dalam air... so aku nak bawa kawan-kawan ke Trout Center pula..


Inilah ikan trout...
Chewaaaahhhh....
Sempat solat di sini....

Selama tiga hari dua malam kami berholiday.... kenangan yang telah dicipta memang sangat indah.... apatah kami sempat berbarbecue pada malam kedua...
Ini adalah lakonan semata-mata.. tiada kaitan dengan yang masih mati tapi ada kaitan dengan yang masih hidup.... pening daaa

Inilah rumah penginapan kami...

Malaysia!!!!!! Tunggu kepulangan kami, mohon jasa baik rakan-rakan mendoakan urusan penyelidikan cik hubby di Malaysia nanti berjalan lancar (sementara je di Malaysia, Insya Allah Oktober nanti pulang semula ke Auckland)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

22 comments:

ardinihumaira said...

bestnya akak!

nak itooot ;)

a kl citizen said...

semoga selamat tiba ke malaysia


Jom baca entri terbaru saya : saya pencuri...2?

Ena said...

SElaamt Kembali ke Malaysia kak Nida.. heheh.. sy pulak rasa seronok.. ;D

cantik gambar2 tu.. tapi gambo air tu.. wat sy kecut perut pulak.. aiyakkk!!

kemain lagi posing kan!.. heheh

Nurdiana said...

selamat pulang ke malaysia...lama tu 3 bulan....dapat berpuasa dan beraya di tanah air tercinta!!

Oyis said...

wah sempat berposa + beraya di msia tuh... mmg kena la timing collect data hihi.. all da best kak nida n family

maiyah said...

wah.. nak smpai mesia yek.. moga slmt sampai.. yelah.. raya kat sini..

Zaidah said...

zai doakan semoga nida selamat pulang ke malaysia...insya Allah...

mekchu said...

cnyiknya gmbr kat huka falls tu.. wellcome back to malaysia dear..

Hamizah said...

selamat berangkat,nida..dpt la beraya kat msia..

cemomoi said...

jeles... tapi kalu koi kat sini mati kejang le... dok dalam aircond pon tak tahannnn

IRIS said...

Salam kak...

apa khabar? waduhhh saya paling suka bab bbq...suka makanan panggang2 bakar2...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

u jump i stay...
hehehe...
;)

Nadiah Sidek said...

smg akk sekeluarga selamat sampai malaysia. enjoy your day there ;)

Zaitun said...

Selamat kembali ke Malaysia,kak Zai turut mendoakan agar tugas2 hubby Nida dipermudahkan ...InsyaAlllah.

LanaBulu said...

InsyaAllah selamat dalam perjalanan dan sampai di tanah air seperti yg dijadualkan..
...
p/s- haa..model pencen...??
perasan jugak ye..haa haaa..
...
kaum teman tu kome panggil supir..."???
hhee..
tak patut.. ini kira kes tertindas nih..hee

zue @ annaleeya said...

wah... sonot bercuti sakan yer...

smoda nida dan family slamat tiba ke malaysia... smp kuantan, bulih la jumpa...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

yey kak nida nak balik mesia
beraya kat sini lah ye? bes2..semoga selamat semuanya..:-)

*∽ IZAN ∽* said...

Selamat bercuti & pulang ke Mesia..! moga selamat perjalanan pergi dan balik.. Seronoknye tgk gathering student2 malaysia kat sana.. memang erat betul tali persaudaraan you all..! seronok tengok!

zue said...

selamat pulang ke tanah air...

Chik Na said...

selamat pulang ke msia.. lama ke cuti?

cik paro said...

bestnye kak..
bila nak balik malaysia??

siti murni said...

cheeewaaahhhh2...loving nye kak nida n hubby! ;)

yer...selamat kembali ke msia...

anyway..suka sangat tgk pic2 kat blog kak nida...especially yg jalan2 tu la..hihi