Ku Utus Salam Dari Bumi Tercinta...

Waduh-waduh kok lama bangat diriku tidak ngadap ini blog, rindu bangat aku itu sama kawan-kawan, maafi aku ya tuan-tuan dan puan-puan enggak sempat lewati blog kalian, broadband macam siput + kapasitinya sangat rendah hanya 5 GB sahaja (kalau di NZ 30GB), ini pun berjanggut kok mahu tunggu gambar diupload... bikin pusing dong..... (maklumlah sejak berkawan dengan bibik ni bahasa pun sudah bertukar wajah..hehe).

Alhamdulillah kini sudah masuk minggu ketiga kami bermastautin di bumi tercinta. Rasa macam taknak balik NZ pula..hehe (saja nak buat jeles kat rakan-rakan Albany). Secara kebetulan balik pada musim buah pula, apalagi hampir hari-hari ler duk mengadap@melantak durian, pulasan rambutan, mempelam dan cempedak (yang ni hari-hari sebab cik hubby ada dusun cempedak).

Kini anak-anak pun dah dua minggu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Api-Api, Pontian. Happy memanjang jer mereka ku lihat. Mana taknya dapat duit bekal jadi bolehlah bersuka ria membeli belah di kantin (nikmat yang tidak ada di sekolah NZ). Harap-harap mereka happy memanjang sehingga Oktober ni (sebelum kami berangkat ke NZ semula).... cuma kadang-kadang mereka mengadu mengenai beg yang berat yang terpaksa dipikul setiap hari + homework yang banyak.

Hubby pun dah mula buat field work, ada ler ku nampak sedikit sebanyak keserabutan dimukanya terutama respondent kajiannya yang tinggal dimerata tempat (ada Johor, ada KL dan ada Terengganu), bab duit le paling tak tahan.. macam air je lajunya mengalir... tol tak usah nak kira ler (buat sakit hati je).


Jom layan gambar-gambar sebelum berlepas dan minggu pertama kami di sini....

Tu dia beg-beg kami.... macam nak balik bertahun...hehe


Anis yang tertidur..
Dalam pesawat Royal Brunei (Auckland - Brunei)

Alkisahnya penerbangan kami sepatutnya dijadualkan pada pukul 2.25 pagi (waktu NZ), pada pukul 11 malam kami sudah sampai di airport (terima kasih buat abg. Sukor, kak Jun dan Zakhir sebab bersusah payah hantar kami). Tapi sehingga pukul 3.30 pagi kami masih belum menaiki pesawat. Anak-anak dah start meragam sebab mengantuk. Akhirnya hampir pukul 4 pagi barulah pada pertama kalinya kami dapat duduk di kerusi empuk Royal Brunei Airlines. Kagum aku melihat pramugari2 mereka yang memakai tudung dan sebelum pesawat berlepas doa sebelum memulakan perjalanan turut diperdengarkan... Kami sampai di Brunei pada pukul 11 tengahari (waktu Brunei), dan akan berlepas ke KL pada pukul 2.30 petang. Di lapangan terbang Brunei ayat suci Al-Quran berkumandang diperdengarkan dalam kawasan transit tempat kami menunggu, dan hampir setiap papan tanda pasti ada tulisan jawi di atasnya...

Ada satu peristiwa paling kelakar bila anakku, Akak Azi menjerit di dalam toilet... "Ibu I'm getting confuse with this toilet"... hehe, yang si Anis pulak menangis taknak masuk toilet... agaknya depa masih tak selesa dengan keadaan toilet yang basah kot..

Kami selamat mendarat di Brunei.....
Mengisi masa yang terluang di Lapangan Terbang Brunei.....
Kami juga sempat beli sedikit souvenir di sini. (sikit je sebab fulusnya pun ciput...hehe)
Kebetulan boleh bersaing pulak dengan kontinjen2 sukan menengah Asian dari Brunei.. penuh satu pesawat dengan atilit-atlit Brunei.... :)

Anak-anak yang keletihan dalam pesawat (dari Brunei ke KLIA)

Sesampai di KL kakak iparku sudah menanti (terima kasih buat abang Ngah dan Ngah). Kerinduan untuk kembali ke Malaysia terubat kini.... rasa macam tidak percaya kini aku sudah berada di bumi tercinta.. menghirup udara di sini dan yang paling seronok kini aku dapat melihat dan membandingkan betapa canggihnya KLIA berbanding dengan airport yang pernah kulewati (bangga menjadi rakyat Malaysia)...:)
Here we come!!!!!!! di KLIA ..... yeeehhaaaaa

On the way dari KLIA ke rumah mertua (Pontian), kami sempat singgah di R&R Ayer Keroh... nak tahu apa yang kami makan... tadddddaaaaa..... syoknya....

Di atas highway......
Mi rebus
Mi Soto..
Nasi Lemak..
Minuman Power... (malu aiiiii :p)

Keesokan malamnya pula aku pulang ke rumah keluargaku di Masai, Pasir Gudang.... paling syok bila kami dapat melunaskan apa yang aku dah lama idamkan..... apalagi kalau bukan KFC!!!!! , Thanks Yu (adikku) sebab belanja kami KFC, nanti belanja Pizza Hut, cendol, abc, ayam percik, otak-otak, mi bandung Muar, lontong Johor pulak ye..hahahahha....

Lambatnya tunggu order sampai... tak sabau-sabau ni....
Sedap hingga menjilat kelima-lima jari..
Inilah bukti darjah kebuluran kami...hehe (buat rakan2 Albany ku titipkan gambar ini khas buat kalian dengan ucapan bawak banyak2 bersabau ya, pasrah jelah.....:p)

Mengenai perkembangan terkini ibu mertuaku masih tidak banyak berubah.... kini tiada lagi suara yang keluar dari mulutnya, hanya nafasnya sahaja yang turun naik.. airmataku terus mengalir dipipi apabila kali pertama melihat keadaannya. Andai dulu sebelum kami terbang ke NZ, dia sangat ramah berbual bersamaku..... mudah tersenyum melihat telatah telatah cucu-cucunya dan pasti kisah sejarah lama hidupnya dalam membesarkan anak2nya banyak diceritakan padaku.. kini suara-suara itu tidak kedengaran lagi... aku terlalu rindu untuk berbual dengannya.... aku sangat bangga melihat kejayaan ibu mertuaku, membesarkan 11 orang anak2nya dan kini anak2nya telah berjaya kesemuanya (malah pernah kisah hidup mereka dimasukkan dalam Utusan Melayu mengenai kejayaan ibu dan arwah bapa mertuaku mendidik anak-anaknya)..... dialah idola untuk diteladani.... semoga yang terbaik buat emak Hajah Zauyah bt. Abdullah :(...

Aku bersama sebahagian adikberadik suamiku dan juga bibik (kanan sekali) di majlis kenduri dua hari lepas





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

26 comments:

ardinihumaira said...

wahhh bagus anak2 akak ni duk epot pun baca buku ;)

kakcik said...

Waduh.. kok sudah ada di sini, buk? :)

Semoga ibunda mertua Nida beransur pulih.

Ummi Humaira said...

salam Nida...

bila leh jumpa kak chaq plak, ghindu nih

ch@ said...

huyeee... kakNida dah sampai Malaysia, waaa sabar kak sabar, byknyaaa akak nak makan. tenang kak tenang :D

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sedap nye mee rebus...
;)

Zaidah said...

wah...nida kat sini sampai lepas rayalah yer...kat NZ nanti lama lagi ker kat sane...

LanaBulu said...

AAAMMMMMBBOOOIII...
Lagu tu punya lama depa ni landing..
Hari ni baru nak timboiii...
Pueh hati nooo...
Pi sana pi sini..
lawat depa tu dan depa ni..
makan tu tok sah dok habaq la kan..
cuma tak muat perut saja kan...
ishh3...
jgn sampai dok pi terjun sungai dah laahh..
manalah tau kan..kot2 nak lepas gian..kat kampong..
hee..

Ena said...

salam kak nida,

dah selamat sampai yeh!..
nampak wajah2 yg penat penuh dengan kerinduan pd tanahair.. eceh!! pandai je ena nie.. ;D

zue @ annaleeya said...

dah selamat smp pon... welcome home nida... mesti rindu banget kt family kan??? mkn buah duyan puas2 eh...

noor said...

salam akk,
maakkkk aiii..macam2 citer & gambo makanan aderrr kt blog akk nih..smggu akk balik ziqr xmau makan maaaaa, rindu kt ibu dia kot susut badan sket...alhamdulillah 3-4 hari ni baru nmpk ok

Zaitun said...

Macam2 makanan,buah2an....bawa bersabar... lama lagikan kat sini.
Semoga ibu mertua Nida segera sembuh.

Nurdiana said...

nid, diorang tu nanti tinggal kat msia ke?

cemomoi said...

memang lama tak berblog sampai slang pon dah jadi jowo dari kabupaten mana ntah... sampai pulang ke pangkuan keluarga

Oyis said...

wah rindu nak baca celoteh kak nida. Alhamdulillah anak2 x demam dan byk ragam, masa kami balik kejap msia tempohari aisyah demam teruk x sesuai dgn cuaca dan suhu panas msia.

dan saya sgt setuju komen kak nida psl airport tu, mmg tiada tandingan la dgn KLIA!

Nadiah Sidek said...

saje nak bg anak rantau jeles ye? takpe2..nnt balas dendam jgk..ehehe. mdh2an ada la rezeki kami balik bercuti kat malaysia nnt.

kelakar baca psl toilet tu. ye la duk oversea toilet style kering je..balik malaysia pelik la toiletnya basah je..hehe..

Mario said...

semoga ibu mertua sis cepat sembuh...

mmg camnilah tenet kat sini...macam hampas... tapi nak taknak...kene layan jgk...haha

fa10 said...

mak oiii... begnya banyak betul, rajin org albany ni ngusung beg ke hulu ke hilir

en_me said...

sonoknyerr balik masai tewww.. uhuhu

Chik Na said...

seronok la dapat balik malaysia sampai oktober..sempat beraya di msia

Nurimo said...

Salam Nida,

Malam ni rasa gatal tangan nak klik blog Albany.Rupa-rupanya dah ada berita terbaru.

Anak2 seronok berada kat sini atau kat NZ?.

Letih hilang dah ke?

cik paro said...

yeay~~~
akak dah blik malaysia..

mak mertua akk sakit ape??
smoga dia cpt sembuh ye!

a kl citizen said...

sempat berpuasa dan beraya di sini ya...
alhamdulillah

doa saya agar ibu mertua nida dikurniakan kesihatan yang lebih baik

terbaru dari saya : entah apa

Hamizah said...

Nida org Masai rupanya..saya penah ngajar kat tmn rinting sthn..

enjoy yourself!!

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

salam kak nida
wah..selamat pulang..:-)

hohoho abisla..if nak lunaskan mknn2 bes kat mesia ni..mmg takkan abisla kak..ehehe

sonok eh..semoga MIL akak cepat senbuh seperti sedia kala..aminn..

deena farhana said...

salam kak Nida..

pekaba? lama xjenguk kak Nida...hrp sht2 selalu.. :)

CuTeMiUt78 said...

oh dah blk jb ke... tak tau pun.. klu tau.. blh calling2