Alhamdulillah hari ni mood rajin sudah mari.. jadi tanpa membuang masa meh aku nak habaq apa yang sebenarnya cerita di sebalik kisah cross country hari tu.
Bagi mereka yang masih belum tahu, aku mempunyai seorang adik Down Syndrome, Nur Hazriena namanya, tapi kami memanggilnya Aishah. Ketika cross country sekolah anakku hari tu, seorang pelajar Down Syndrome turut sama berlari dengan mereka. Berlari bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang normal, dan sudah pasti dapat dijangkakan keputusannya, pelajar istimewa tersebut mendapat tempat terakhir. Apa yang mengharukan kami, sebaik sahaja pelajar tersebut kelihatan, semua pelajar-pelajar yang ada bertepuk tangan secara bahasa isyarat (kerana pelajar tersebut pekak), dan ibu pelajar tersebut terus bergegas mendapatkan anaknya dan memimpin tangan anaknya sehingga ke garisan penamat. Terharu aku melihat ikatan kasih sayang antara ibu dan anak ini..
Semua mata tertumpu ke arah mereka
Walaupun dia tidak sempurna... namun semangat untuk menghabiskan larian amat menyentuh perasaan aku... wajah ceria tetap dilemparkan olehnya walaupun dirinya penat dan letih ketika itu.
Kisah kedua, apabila aku terlihat aksi seorang guru yang terlalu meyayangi pelajar-pelajarnya, dipeluk pelajarnya yang menangis akibat tidak dapat menerima kekalahan, kemudian guru tersebut juga membukakan baju pelajarnya yang lain.. membuatkan aku terlalu merindui zaman yang telah aku tinggalkan sementara.. zaman bergelar insan pendidik...
sabarlah sayang.. jangan menangis...
Kasih antara guru dan murid..
Ketika itu ingatan aku terus teringat pada adik kesayanganku Aisyah. Tak sabar rasanya nak memeluk Aisyah. Dulu semasa aku belajar di Terengganu menyambung KPLI, aku pernah berhari-hari menangis teringatkan dia. Semoga Allah panjangkan usia Aisyah.... kami terlalu menyayangimu dik..
Telatah Aisyah buat kami tidak kering gusi.. ada sahaja aksi yang dibuat olehnya...
p/s: semalam ulang tahun kelahiran Kakak Mizah yang kesembilan tahun.. Alhamdulillah sempatlah juga mengajak anak-anak jiran di sekitar sini untuk meraikannya.. Insya Allah kalau mood rajin mari lagi, nanti aku updatekan gambar2 sekitar majlis tersebut... tunggguuu ye...hehe.
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
30 comments:
salam nida...bestnya....
jiran kat rumah mak ain ada sorang anak down sindrom, apa yang buat ain kagum, anak dia ni sangat la independent dari kecik lagi....
pergi sekolah pun jalan kaki jer walaupun sekloah jauh giler....
memang cukup-cukup ISTIMEWA....
happy birthday untuk kakak mizah....
moga jadi anak kebanggaan ibu ayah dan contoh terbaik untuk adik-adik....
rindu nak dengar suara kakak mizah...huhuhu....
salam adikku Nida...
hanya mereka yg punya keluarga @ sedara yg kurang upaya shj yg dpt menyelami hati dan perasaan masing2...
yer ..kak chaq pun punya adik yg cacat anggota ,Alhamdulillah hanya 2 kakinya terbalik , dia tpaksa bjalan dgn belakang tapak kaki , tp sekarang stelah dibuat pembedahan Alhamdulillah dpt bjln dgn tapak kaki smula ...
kak chaq doakan Aisyah bahagia bsama kluarga tcinta,dan insyaAllah dia adalah ahli syurga
kelak...
tak lupa , selamat ulangtaun klahiran buat kak Mizah... jadi anak baik yer......
heppy birthday kakak mizah, semoga menjadi anak yg baik, bijak dan menjadi kebanggaan keluarga
akak mesti seorg yg tabah dan prihatin...
haapy besday untuk kak mizah!!
kak,
hadiah tu betul ea post dekat alamat yg akk berikan??
wah byk kisah...sonok membacanya..krmslm syg kat adik aisyah ye.. :)
kita tak patut sisihkan kanak2 istimewa camni kan??? wlu ape pon rupe mereka, mereka berhak utk dpt kasih syg kita... akak pon ader adik yg digolongkan OKU.... kami pon amat menyayangi beliau...
hepi besday kakak mizah... jadi anak yg baik tau!!!
respek kast orang yang mempunyai anak oku ni... sedang anak normal pon tak terkawal camana la nak hadapi cabaran berat tu... moga Allah beri kesabaran kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak sebegini
epy bestday kak mizah...
;)
akak nk blik msia eg?bestnye...hehe...epi besday utk kak miza =D
insan istimewa akan sll istimewa..
hepi besday buat kak mizah..
anak-anak down sindrome ni biasanya mempunyai keistimewaan mereka tersendiri kan Nida...
terharu baca entry ni...
anyway, congrats nida menang contest ilhan ryan!!
http://ilhanryan.blogspot.com/2010/06/keputusan-ilhanryan-mothers-day-lucky.html
congrats nida menang contest lagi!!
u are on winning streak ni..:) murah rezeki tu :)
http://zamieda-lifeline.blogspot.com/2010/06/keputusannya.html
alamak touching sungguh tgk cikgu peluk anak murid tu
salam Nida
terharunya baca entry nih.2 situasi, seorang anak sindrom down (OKU) yang dihargai oleh ibu dan masyarakat.(kawan2 selalu cerita ttg negara tmpt Nida tinggal sekarang sgt jaga kebajikan OKU)
dan situasi guru yang memujuk anak muridnya.
terharu kerna OKU dihargai dan bukan dipinggirkan bakatnya.
dan Nida,saya ada pengalaman menarik dengan anak OKU ini,seorang pelajar sindrom down yang setiap hari menunggu cikgunya di tempat letak kereta.apabila cikgunya sudah sampai,anak ini segera mendapatkan cikgu itu dan berebut dengan suami cikgu itu, anak ini mahu menolak kerusi roda cikgunya setiap pagi.
selamat hari lahir untuk Mizah.Makcik takde hadiah nak beri,cuma iringan doa moga Mizah jadi anak solehah, pintar dan bahagia selamanya.
'mrk' ini ckup istimewa...dn insan yg terpilih utk membesarkan 'mrk' juga ckup istimewa di sisi ALLAH...
Salam..
Anak istimewa adalah ahli syurga.. sebenarnya beruntung keluarga Nida lebih2 lg di Akhirat jika dia dijaga dgn sebaiknya.
Bersabarlah maksu..
dalam tiap pemberian ada hikmahnya..
dah tak lama dah..nanti bila buka mata je dah ada kat depan umah di johor..
slmat hari jadi buat kak mizah moga jadi anak yg baik dan pintar.
bagaimana nida rindukan aisyah begitu dgn aisyah. bak lagu aisyah 'pulanglah' raya balik kannn.
salam..
nida menang contest lagi! dpt 1st prize tu!!
http://tentangaqif.blogspot.com/2010/06/pemenang-hadiah-untuk-eriem.html
congrats!!!!
Selamat ulang tahun buat kakak Mizah.
Nanti bila Nida balik bolehlah praktikkan apa yang guru2 disana lakukan.
Selmt ulangtahun 2 kakak Mizah..:)
tu la orang selalu cakap anak-anak Down Syndrome ni sebenarnya anak istimewa...
nida said:
"Apa yang mengharukan kami, sebaik sahaja pelajar tersebut kelihatan, semua pelajar-pelajar yang ada bertepuk tangan secara bahasa isyarat (kerana pelajar tersebut pekak),".
Biar betul Nida..he..he,,,cam tu cara tepuk tangan pada orang telinga yang tak apa dengar
Salam caiyang...
Hepi birthday Kak Mizah...gambar tantek2 semua...tomei2...suker suker suker nengok foto2 nih..
walaupun fizikalnya begitu.. tapi semangatnya kuat kan..
Post a Comment