Menghargai dan dihargai


Terharu rasanya apabila mendapat penghargaan dari kawan-kawan sekolah lama:

From Kak Zue:

k zue da, bleh tak titipkan puisi buat hjh fudziah yang akan pencen pd 22 april 2010

From Cikgu Nassier:


Salam.
Wah3x sonoknye jalan-jalan ngan famili kat sane ek. Cantik lak kawasan tu penuh ngan bunga2. Teruja lak rasanye.

Nak mintak tlg sikit la. Pengetua dah nak pencen bulan 4 thn dpn. Boleh tak nak mintak tlg ngan awk buatkan sajak ke? Puisi ke? Apa2 yang patut cam puan aluwiyah dulu2 tu. Please...................







Alhamdulillah, hasil kerjaku dalam mengarang sajak masih dihargai, walaupun aku tidaklah sehebat mereka yang terkenal atau bahasaku mungkin tidak seindah mana kerana latarbelakang pendidikanku yang berteraskan sains tulen membataskan kosa kata yang ada. Namun minatku untuk terus menulis tidak pernah padam atau luntur. Doakanlah semoga Tuhan tetap memberikan aku idea untuk terus menulis dan terus menulis..aminnn.

Sajak ini kutitipkan lewat malam waktu New Zealand atas permintaan rakan2 di SMK Pandan yang akan berpisah dengan pengetua yang dicintai, Hajah Fudziah...

Simpulan Kasih Memori Terpahat

Cekal hatimu terus melangkah
dalam kepayahan menuju puncak
walau dibentang hamparan berduri
kau tetap tabah harungi segala
walau banyak mana airmata yang tumpah
kau tetap bangkit berjuang rela
kagum kami pada semangatmu
tidak goyah dek ujian mendatang
tidak luntur dek masalah menimpa
teguh berdiri atas nama cecita
kaulah bunga bangsa
srikandi untuk kami teladani.

Namun,
sedih kami resah bertamu
tika perjuanganmu panas membara
tika baktimu ditagih masih
menerima pemergianmu sukar terasa
usapan mesra rasa tak puas
semakin sayup engkau melangkah
semakin resah di jiwa tak sudah
sebak di dada mengundang gundah
lantaran kaulah pemimpin berhati gagah
menitipkan kami kenangan yang indah
suka dan duka sama diredah.

Sebagaimana benarnya catatan tersurat
adat bertemu pasti berpisah
namun bukan terpisah pergi
kerana hatimu tetap di sini
simpulan kasihmu menggamit memori
senyum tawamu tetap dinanti
yang akan terus terpateri
dalam ingatan tersimpul mati.

Madah tercipta bersulam kasih
ikhlas terzahir dari lubuk nurani
buatmu pemimpin yang kami sayangi
setitis keringat selangit budi
setulus kasih selaut rindu
doa dititip mengiringi langkahmu...

Alhamdulillah juga kerana hari ini aku telah mendapat tiga berita yang sangat menggembirakan hatiku:

Berita pertama:


.: The Winner Of March Gievaway :.
Utk pemenang misteri pula, selepas berjalan-jalan dan membaca tulisan berbentuk semangat & nasihat buat ryn...hati ini terpaut pada nukilan rasaKAK NIDA...wlu beliau berada jauh di Auckland, New Zealand dan silaturrahim ini juga baru terjalin, tp ryn rase seperti sudah lama mengenali beliau. Nasihat persis seperti dari seorang kakak buat seorang adik ^^
(Maklumat lanjut klik sini).

Buat Ryn Kak Nida ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas kemenangan ini. Jam itu sangat cute, Kak Nida sentiasa doakan Ryn semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagi rakan-rakan di luar sana, marilah terjah ke blog Ryn.. macam2 ada, kalau nak tahu pergilah terjak ek.


Berita Kedua:

PEMENANG UNTUK KONTEST KALI INI...

<>
<>
2ND PRIZE=NIDA

(maklumat lanjut klik
sini)

Alhamdulillah cerita dan gambar yang ku pertaruhkan telah memikat hati juri-juri. Terima kasih pada penganjur contest saudara Baizuri kerana memilih aku sebagai salah seorang pemenang. Bagi sesiapa yang ingin memiliki minyak wangi berjenama pada harga yang sangat murah, jomlah beramai-ramai serang ke blog Baizuri.

Berita Ketiga:


KEPUTUSAN PEMENANG SERABUT CONTEST

*****************************************
SAGUHATI


(maklumat lanjut klik sini)
Alhamdulillah.. terima kasih buat penganjur (http://fairyku-bebas.blogspot.com/), kerana bagi peluang juga pada Kak Nida.

Berita Yang Lama Tapi Masih Panas:

Hadiah untuk peserta pemenang Giveaway From New Zealand telah dipos semalam:




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

21 comments:

Anonymous said...

waa kak nida pndai wt sajak eg?hehe...kite memg xpndai lgsg...hehe...bestnye byk menang contest =D

Ayu Cute said...

Salam Nida...tak sangka ada bakat dlm mengarang sajak ni!teruskan usaha....hehehe...oh jemput join my giveaway!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bakat terpendam nie...
hehehehe...

Unknown said...

Salam. Nak belajar buat sajak daripada Nidalah. Sangat berkesan jika dihayati bait-bait kata yang diungkap. Tahniah!

Sent by BlackBerry.

pak long said...

salam..
amboiiiiii banyak menang adiah..ni yg ai jeles ni....

ZuRaWiTa AhMaD said...

tahniah sbb bykkk...dpt adiah...berbakat ya akak buat sajak....

Ena said...

Tahniah kak.. akak memg puitis kan!.. tersntuh hati biler membacenyer..

Maiyah said...

tahniah.. tahniah menang.. n bleh le nida watkan sajak utk kita

terokai seni said...

wiuh ni penyajak besar cuma bakat mungkin terendam sikit sebab orang nampak sains lebih menyerlah... tapi la ni doktor pon ada yang menjadik novelis...

bakat dan kreatif hak milik semua
rajin asah mesti jadik punya

Siti said...

Indah sungguh sajak tu...mmg sedap tuk dibaca n penuh makna...

Tahniah gak sebab BYKNYE menang hadiah..hehe

ch@ said...

wuuuiii banyaknya gift kakNida dpt...
tahniah kak ;)

p/s: masih ternanti-nanti giveway dr NZ ;)

azieazah said...

Wahhh seronoknyaaa.. Tumpang gumbiraa!

Tahniah sebab menang banyak contest.. Tuah orang yg berada jauh di rantauan. Mengubat rindu dengan tanahair..

Sana ada jual FM murah tak? :)

Baiz said...

congratulation kak nida!!!!

Syuhada Kamal said...

wah! bestnye akak dpt bnyk hadiah! congrats yer..

sonoknye..tak sabar sampul kuning tu sampai..hehe

Unknown said...

Teman...
rasa kalau sajak tersebut dhayati semasa mendeklamasi ..yg pastinya ramai yg menitis air mata..
Tapi kalau teman menyampaikan..teman yakin sekali bertapa ramai yg tersedu2..menahan sebak..pasti juga ada bebudak sekolah yg menangis macam budak2...
Bahasa sajak..gurindam yg sangat baik..walaupun bersahaja...Mmg gaya seorang cikgu..tahniah Nida!
Namun masih terdapat kekuranganya pada rangkap sajak tersebut..contohnya kat sini...
.....
kagum kami pada semangatmu
tidak goyah dek ujian mendatang
Diam membiak lagi manis bak mentarang...

.....hhmm..hee

Anonymous said...

amboi, amboi, amboi... murahnya rezeki. alhamdulillah.
bersajak pun pandai juga... akak failed bab mengarang ni

Nurimo said...

wau!! sajak Niida memang bagus ,baca sekali nak baca sekali lagi.Ayat power penuh makna.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Tahniah...dulu cikgu BM ke? Best!

Chik Na said...

penyajak rupanya Nida nih..semoga terus berkarya

Ain said...

tersentuh sangat baca sajak nida nie....

tahniahhhh... memang berbakat!!!

tahniah jugak sebab rezeki datang mencurah-curah....

banyaknya nida menang ya...hehehe...

hazeleyed lady said...

Ass-salam buat lovely sis Nida
Syabas kerana telah berjaya mendidik anak bangsa tanpa jemu...Kak hazel percaya jika kita mendidik dengan ikhlas...Allah tetap berikan ganjaran kalau tidak dalam bentuk kebendaan...pasti dibktikan dengan kebahagiaan atau kesihatan yang baik.
Semuga bahagia dan selamat menjalanani kehidupan di ranatauan