Anak Didik Import, Jurulatih Tempatan

Selalu kita dengar jurulatih import, anak didik tempatan, tapi kali ni tajuk entry kasi gempak sikit. Kalau nak tahu apa yang import2 ni, so layan dulu gambar2 di bawah:
Kakak Mizah nak melakukan freestyle
Backstroke oleh Kakak Mizah
Inilah pelajaran pertama yang diajar.. floating technic
Freestyle oleh Akak Azi
Instructor menunjukkan cara yang betul untuk gaya bebas
Akak Azi dan rakan2..
Sesi belajar berenang untuk toddler pun ada juga.. cute sangat!!!
Disaat anak-anak sibuk belajar, abahnya pun sibuk juga maklumlah masa tu nak defend proposal (Alhamdulillah telah diluluskan)
Inilah port Anis... berenang di atas darat..hehe

Sudah 2 bulan kami menghantar Kakak Mizah dan Akak Azi ke swimming class di Hilton Browns Bay Swimming Lesson. Di New Zealand rata-rata kanak-kanak pandai berenang dan terdapat 200 swim schools di sini. Mereka di sini berpegang kepada prinsip "Swim For Life". Selain mengharapkan anak2ku pandai berenang, melalui cara ini juga aku berharap agar kemahiran bersosial dan berkomunikasi anak2ku dapat ditingkatkan. Maklumlah duduk negara orang ni bukan senang nak survive, lagilah pula kita berlainan agama dan adat. Dulu masa kami barupindah ke rumah sewa baru kami sekarang ni. pernah juga anak2ku dibuli. Tapi aku tak ambil pusing semua itu, masih melayan mereka yg suka buli anak2ku seperti biasa, malah diberi makan dan minum lagi. Akhirnya anak2 mat salleh ini menjadi rakan baik anak2ku, yang paling bestnya siap diberi ikan yang mereka tangkap sendiri kepada kami. Alhamdulillah tak rugi berbuat baik pada orang.. betul tak??

Satu lagi berita gembira untuk dikongsi bersama, semoga anak-anak ibu terus cemerlang mengorak langkah ke depan..aminnnnn.

Tahniah buat Akak Azi... ibu sentiasa doakan kejayaan anak2 ibu.


p/s: hari ini bermulalah cuti sekolah penggal pertama selama 2 minggu..


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

22 comments:

kakcikseroja said...

Seronoknya dapat jadi 'itik'.. :)

cemomoi said...

sejuk mata tengok anak berjaya dalam study... moga terus berjaya. berjaya pulak berenang tu... kat sini bebudak yang dok tepi sungai pon dah ramai yang tak reti berenang..

Hamizah said...

hmmmmm best je tgk budak2 berenang..nida tak blaja sekali?kalau kat Oz bdk diajar berenang kat sekolah..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

btol2...
hehehehe...
bila la leh jalan2 oversea nie...
hehehehe..

pak long said...

salam...
nengok cam tu rasa teringin nak berenang...tapi dalam parit jer..hehehe

Siti said...

waaa..sonoknya leh belajar berenang. Siti ni mmg tak reti berenang. pernah hampir nak lemas kat Cherating dulu..huhu...

rosnanie said...

Kt oversea memang anak2 digalakkan berenang kan? Lg pn rasanya facilities mereka jauh lebih hebat dr kita.

tahniah buat kak azi, semoga jd pemangkin utk adikberadik yg lain

Syuhada Kamal said...
This comment has been removed by the author.
Syuhada Kamal said...
This comment has been removed by the author.
Syuhada Kamal said...
This comment has been removed by the author.
ch@ said...

waaa best best, leh berenang kat sungai bila blk sini ;)

Syuhada Kamal said...

seronoknye tgk anak2 akak belajar berenang..aunty tumpang seronok je..tak pandai berenang pun..hehe..

takpela kak org wat tak baik kat kite..asalkan kite still wat baik kat die..lama2 mesti diorg sedar niat ikhlas kite kan..:)

siti murni ishak said...

saya tak pandai berenang...nak belajar dah tua..malu la pulak..hehe

LanaBulu said...

Tahniah utk yg berjaya..tu..
tapi mak dia yg tak boleh brenang lagi..

azieazah said...

Kak Azie baca blog Nida ni dari awal... Sejak masih jadi cikgu (penghujung) hingga nak emigran ke NZ..

Kagum Kak Azie sebab NIDA sekeluarga begitu cekal dan banyak perubahan.. Sosial, ekonomi, pelajaran dll begitu cemerlang..

Semoga terus sukses dan berjaya. Nanti balik sini, pasti rindukan kehidupan di sana kan?

maiyah said...

kalo akak yg berenang gerenti tenggelam ngeh ngeh

fa10 said...

mahal x yurannya? Kat sini pun boleh dikatakan semua budak tahu berenang, Awla pun dah beria2 minta nak gi swimming class

Ena said...

pandainyer anak akak yeh.. :P

mamawana said...

Calam caiyang..

Bestnyer berenang2.... Anak2 mama berenang kat kolam bandaraya jer kat KL (blakang umah)

Best nengok kak mizah berenang...cantikkkkk

Ummi Humaira said...

salam Nida ..
kak chaq lama tak mai sini ...
dah tlepas banyak N3 ...

anak2 kak chaq tak pandai berenang pun , cuma si along jer , yg lain2 dok meniti kt tepi kolam je bila ada peluang tido dimana hotel . he he he

Adlina Husaini said...

sonotnya kak nida =D kan best kalau kat sini pun ada kelas berenang utk baby macam kat sana..

sharyna said...

nid...aku pun minat klau anak2 belajar swimm..diorg akan bersungguh 2 untuk berushakan......