Teringat masa aku zaman belajar di universiti dulu, bab rempit merempit ni aku memang minat. Kawan-kawan yang naik motor dengan aku pasti cakap "Ada gaya kaki minah rempit ni"...hehe, tapi tu dulu, laa ni dah tua sikit (sikit je tau, muda banyak lagi), nak merempit pun dah tak larat. Namun kepakaran dalam rempit merempit ni dan menurun ke anak-anak aku.
Andai di Malaysia orang merempit dengan cara begini:
Dan budak-budak pula lain caranya:
Anak-anak aku pun ada cara tersendiri untuk merempit tau, silalah lihat aksi-aksi di bawah ini.....hehe
Kenderaan untuk merempit (depan rumah aku dah jadi tempat parking scooter pulak)
Ni belum cukup regu lagi nih...
Bye bye ibu.. kami pergi sekolah dulu ye
Ala-ala gaya amatur gitu..:)
Haaa.. tulah konco-konco rempit kat sini.. tanpa pencemaran asap mahupun pencemaran bunyi... sungguh menjimatkan kerana tak perlu beli minyak petrol atau diesel untuk bergerak..
Kenapa boleh merempit dengan scooter di sini.. sebabnya di kiri dan kanan bahu jalan ada kawasan pejalan kaki.. tu yang keselamatan lebih terjamin... (model yang tidak berbayar, hanya diberi upah cium di dahi..hehe)
Inilah budaya kanak-kanak di sini, scooter menjadi teman rapat mereka. Andai di Malaysia sudah tentulah handset menjadi perkara yang wajib ada, tetapi tidak di sini. Renung-renungkanlah, mana yang baik jadikan teladan, dan yang kurang baik campak jauh2 ye.
17 comments:
Di Malaysia, scooter tu pernah gak jadi trend 4,5 tahun dulu. Skang jer dah takda bebudak main scooter tu.
Mungkin jalan raya di Msia tak sesuai. Jadi budak2 hanya leh main kat padang, or kat car park jer..
Best kan kat NZ, laluan pejalan kaki banyak sekali dan sesuai budak2 semuda itu boleh guna scooter ke sekolah. Sungguh menarik...
memang saya cukup sakit hati tengok matrempit dan minahempit kat malaysia. mereka membahayakan nyawa orang lain selain menimbulkan pencemaran bunyi dan udara.
sedih dan malang semuannya anak-anak bangsa ku !
Yang penting keselamatan mereka terjamin dan ibubapa tak susah hati. :)
chik na sampai sekarang tak pandai bawa motor... pernah sekali belajar masa baru start kerja..motor terbalik tapi tak cederapun..cuma pengsan jap.. sejak hari tu trak pernah try belajar motor
heee jimat takyah guna bas skoloh yea... slamat pulak parking cenggitu, kalo kat sini bukan aje merempit, merembat skali tu
bagus guna scooter ni....badan boleh maintain! dan sebagai exercise
scooter ni musim winter pon budak2 naik jg ye nida? kat sini x de plak perasan budak2 nya bawak, walhal ada je pavement utk pedestrian tuh. tp skateboard mmg glamer (sbb sini berbukit2 jalan dia), cuma skateboard kena bawak ATAS jalan raya (it's the law), sbb laju, kang terlanggar abeh org jalan kaki bwk stroller like me hehehe.
kat msia amat la x seswai. sudah la lorong pejalan kaki x de, by the time sampai sekolah, konfem bau hamisssss budak2 semua, pengsan cikgu nak mengajar kat dpn ekekek! (tu x termasuk bab scooter kena curi, mmg konfem akan hilang la) - apa bole buat, msia tanahair ku!
boleh tahan juga nida ni ek...minah rempit.
k.zue zaman sek dulu2 mmg pndai naik motor capcai ayah...smpai terjatuh2 bila naik bukit. klu skrg ni di suruh bawak..dah rasa takut pulak.
kerj m'sia x pernah memikirkan pengguna jln kaki...ni yg dikesalkan.
Salam..
Rempit kat Malaysia mcm nk bunuh diri.
Rempit dgn scooter pegi sekolah tentu best..tambah2 tak perlu risau jalanraya yg sibuk
menarik le nida.. meriah tgk dorang merempit tuh
bdk2 kat sana jrg yg pakai basikal ke kak?
comelnyer'merempit' dgn scooter..
nice picca sis!
psst chik na, me pun tak reti naik motor.. :P
salam nida
sekurang2nya kita tak risau bila anak2 ke skolah...
pelikkan, di negara bukan Islam, tp kita bebas, di negara Islam pulak yg menyebabkan segala pergerakan terbatas
salam...
teringin jugak nak merempit dengan menda tu...
sungguh daring kanns,
salamm,
kat umah akak pun ada 2 biji scooter camtu, ada satu ketika scooter camtu famous sgt, sekrg dah kurang. anak2 akak pun ada hari nak merempit ngan scooter, ada hari nak merempit ngan basikal..tp seronok tengok suasana kat sana...tenang aje
Salam Nida...seronok tgk anak2 nak pegi sekolah...kalau kat Mesia ni camtu,kan aman jalan raya...keselamatan pun terjamin...
Post a Comment