Pucuk pauh delima batu
Anak Sembilang di tapak tangan
Di Glamorgan School semua bersatu
Berhempas pulas mencari kemenangan
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Penat bermain termengah-mengah
Terjalin ukhuwah ibarat keluarga
Amboi siap berpantun-pantun lagi tu, kalau boleh tolonglah bagi komen dengan berpantun juga ye..hehe (acah je..jangan takut... tapi kalau nak berpantun apa salahnya kannnnnn).
Sabtu yang lepas, rombongan pasukan bola sepak Waikato telah bertandang ke sini, bertarung sebagai anak jantan (sebab kaum lelaki je yang main), masuk gelanggang bertemu dengan pasukan bola sepak Auckland. Perlawanan memang amat sengit dan panas (memang panas pun cuaca pada hari itu), masing2 menunjukkan skill ala2 Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos dan segala yang berkaitan dengan huruf R yang lain. Separuh masa pertama keputusan terikat seri 1-1, namun pada separuh masa kedua gawang gol Auckland telah dibolosi menjadikan keputusan kekal 2-1 sehingga ke wisel penamat (chewah, macam pengulas sukan pulak).
Auckland vs Waikato
"Alamak... mana pulak ler seluar aku ni..." :-)
Tu dia...balingan yang menggerunkan pihak lawan..hehe
"Sorrylah ye aku tersekeh tadi"
Berkalung-kalung tahniah buat semua pemain2 dan penyokong2 yang sanggup ber'suntan' dibawah panas terik matahari walaupun permainan ini sekadar suka2 dan tiada hadiah yang dipertaruhkan, namun ikatan ukhuwah yang terbina itu lebih mahal dan manis untuk dikenang.. (skemanya bahasa).
Wajah goal keeper Auckland yang amat tenang
Iklan gigi..hehe
Tempat isteri ialah di sisi padang... (nak di sisi suami tak boleh, sebab kena sepak pula nanti)
Biasalah selepas bermain mesti lapar + dahaga, so apalagi ke tempat biasa kami melepak dan berpicnic ler tempat tujuan (maklumlah dekat), siapa yang tahu dimanakah lokasi kejadian ini?
Pokok yang berjasa, kalau tidak rentunglah kami dek sinar sang suria
Berborak sambil bergossip oleh kaum lelaki
p/s: Salam Maulidur Rasul dari kami sekeluarga..
32 comments:
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
tak tahu nak balas jgn marah
apapun maju bola utk bersama ngeeeeee
p/s - sorry buat Cemomoi & Ena, ada masalah teknikal tadi, terpaksa delete entri asal...sekali dengan komen2 tu hilang.
Salam kakak,
Selamat menyambut Maulidir Rasul.
Bola....best....hehe
auckland kalah, kan? hehe..
salam dik Nida ...
dah dok bawah pokok tu , menu apa yg di hidangkan
salam maulidur rasul buat nida dan keluarga.
Walaupun jauh diperantauan, tapi saya rasa nida mungkin tidak begitu kesunyian sebab ramai handai taulan yang juga bermastautin di sana dan dah pun menjadi seperti keluarga....wpn sy juga memahami, hujan emas di negeri orang
salam...
amboi memang santai betul nampak pic-pic tu....moga terus ceria
amboi..siap berpantun lagi..sy tak pandai nk komen dgn pantun..hehehe
wah! lawan bola sepak ek..seronok lak sekala-sekali dpt bersukan ramai2..rapatkan silaturrahim..:)
salam maulidurrasul utk akak sekeluarga juga..
salam... penghuni bumi albany... memang beronok-ronok la... dok tampat orang...hari ni lega betul ..dapat buka blog ni.. dah berpuluh kali try.... dapat tulis komen ni.. puh... selalu nya tak pernah berjaya buka blog ni.... berkat... maulidurrasul kot... rahmat sekelian alam...
...ni pantun 2 kerat je
Main bola di bumu Albany...
Salam Maulidur Rasul Buat Nida & family.
kaum ibu dok tepi padang...
sorry...akak dah lama tak
bertandang...
hahaha!
Smile!
Nida..
Panas terik kat sana ek..macam kat Malaysia jugak la..dijangka panas berterusan sampai Mac nanti..
Salam Nida. Dua perkara yang menarik dalam Entri Nida kali ini pada pandangan babah ialah:
1. Tukar seluar guna kain pelikat (amat klasik sekali); dan
2. Perkataan ber"suntan". Babah rasa kalau nak absorb perkataan ini kena eja "santen" (DBP pasti pening kepala).
Harap Nida dan keluarga sihat walafiat dan salam maulidur Rasul daripada Babah dan famili.
Salam Maulidul Rasul..
Tengah panas main bola
Hitam kulit terbakar mentari
Letih kejar sebijik bola
habis air berpeti-peti...
Salam Nida,
Agak terlewat datang mengomen kali ini.
Ana tak pandai pantung tapi cuba juga supaya tidak mengecewakan empunya blog .
Tanam kelapa tepi laut
Buatnya hanyut ke muka kuala
Bila jauh ukwah bertaut
Balik nanti jangan tak berjumpa
Oklah latu main bola,bulan depan yang duduk lepak main netball pula.
salam
Main bola panas terlampau
Pelikat menjadi trend terkini
indah acara keluarga perantau
Penguat hati di bumi albany
*penin gok nak mantun ni ek..
-2 3 4 dan 5
-Mari makan si-manis mentarang
-Memang bahagia bermain bersama-sama
-Apa lagi bila sekelilingi orang yg tersayang...
Kak Maiyah:
hehe... wah berbakat juga akak ni ye...
Iris:
Tidur bola,makan bola.. Apa??? makan bola..hehe
Nadiah..
hehe... macam mana tak kalah, berlatihnya sekali je..tu pun ntah berapa minit je
Kak Chaq..
oooiiii.. macam2 ada... Kak Chaq order je nak apa..:)
Rosnanie:
Labih baik negara sendiri... :(.. Rindu pada suasana Malaysia.. pada orang2 di Malaysia...
Pak Long:
Bersantai di tepi pantai gitu :-)
Syuhada:
sesekali bolehlah.. klu banyak kali, adeii letih tangan ni nak ngurut kaki cik abang..hehe
RMY-Abelitokjoro..
Alhamdulillah berjaya juga tuan hamba menembusi blog ini... mudah2an selepas ini selalulah ke sini ye..
Kak Hazel..
Oklah tu dua kerat.. janji pantun.. pantun akak ngetop gitu
Ummu Ammar..
Sekarang ni cuaca dah mula sejuk.. summer dah di penghujung (tak sukanya nak masuk musim sejuk :( )
Babah:
Begitu juga dengan Babah sekeluarga.. semoga berbahagia dan ceria senantiasa
Shaniza:
Bukan setakat berpeti2 lagi kak.. dah tahap bertong2 dah..hehe
Nurimo:
hehe... wah pandainya tuan hamba berpantun....oklah tu.. mantoppp.
Netball? Nida nak try futsal pulak lah..hehe
Tinta KAsturi:
Menarik sungguh pantun tu... indah bahasa sarat kiasan... :)
Pak Lan...
Mentarang lagi..hehe... nanti klu Nida balik Malaysia memang wajib Pak Lan belanja kami makan mentarang ni ye.. dan yg pasti masakan tu mestilah dari Pak Lan sendiri... ok tak idea ni?
ha tu le, mujur ada pokok nan sebatang tu, walaupun daunnya jarang,
smua org berteduh duduk bersatu, meskipun kesejukkan amat kurang.
jadik pantun tak ni? ahahaha!
Post a Comment