Hajat dan Hasrat


Kiranya sudah lama hajat ini tersemat di hati, namun apakan daya kekangan ruang menjadi faktor utama kenapa hajat ini asyik tertangguh sahaja. Alhamdulillah, selepas pindah ke rumah sewa baru yang mempunyai ruang yang agak besar, kami tanpa berlengah-lengah lagi terus melunaskan hasrat yang telah lama terpendam ini.

Gotong-royong memasak.. yang baju belang2 tu (kiri sekali) selaku QC (Quality Control) ye :-)
Bakal pelapis negara.. semoga menjadi anak2 yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Acara selepas baca Yassin.. bincang masalah negara ke? ke cara nak memikat isteri..hehe
Main dish..

Buat rakan-rakan yang sudi hadir ke teratak kami ini, kami ucapkan ribuan terima kasih, moga Allah memberkati hidup kalian..aminnnn. Majlis bacaan Yasin ini sepatutnya bermula selepas asar (5.23pm), tapi seawal pukul 2pm rumah aku telah dipenuhi oleh rakan-rakan untuk sama berewang membantu aku memasak (terima kasih ye kawan-kawan). Paling menariknya, majoriti kaum perempuan memakai baju kurung, tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang turut sama bergaya dengan pakaian tradisi Malaysia itu. Ia membuatkan seolah-olah kami berada di Malaysia! Tidak terasa langsung berada di Albany, sehinggalah aku keluar dari rumah..hehe (maklumlah bila keluar mesti nampak mat salleh@jiran tetangga aku).

Acara wajib kanak-kanak



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

35 comments:

Ain said...

syukur semuanya berjalan lancar....

untung nida dapat kengkawan yg ringan tulang dan rajin membantu....

Anonymous said...

wah ni kira house warming la ni ek.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

bile tengo gambar2 nie, teringat pengalaman kami sekeluarga di hamburg, germany.. buat majlis bersama, beraya bersama, tour bersama.. sungguh indah kenangan manis keluarga pasukan projek pv tldm..

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://stormreaders.net/zulfadhli

al-lavendari said...

meriah dan mesra terbayang di wajah tetamu yang hadir.
di sini pulak saya rasa macam duduk kat negara orang .. keluar jer rumah jumpa bangla, pakistan, indonesia, afrika dan baaaaaanyak lagi.

Unknown said...

Salam Nida. Babah hanya belajar di dalam negeri. Purely produk tempatan. Daripada degree hingga master. Tidak merasakan suasana hidup di perantauan. Ramai kawan-kawan berceritakan suasana harmoni yang begini. Alhamdulillah, di mana jua kita berada hubungan silaturahim harus tetap diperkukuh...

Ena said...

BEstnyerr camtu.. cam kat Malaysia jer upernyer.. untung nyer aderjiran2 & kawan2 mcm tu.. :)

Nurimo said...

walaupun berada di negeri orang baju kurung tak tinggal bagui lah tu.

Tapi tak sejuk pakai kurung kan kain nipis.

Chik Na said...

yealah bila dok jauh dari msia, ikatan ukhwah sesama senegara jadi eratkan..

CuTeMiUt78 said...

syukur dan tahniah diatas house warming ni.. meriah gitu.. :D

Unknown said...

salam dinda Nida.

jiran mat saleh tu tak dijemput sama ka ???

Unknown said...

Alhamdulillah hajat dah terlaksana ..begitu juga hasrat nya tu..tahniah buat semua walau pun ,masakan tu kurang rasa masinnya.. terlebih pedas lak udang tu..
tapi yg pastinya licin kan..
tahniah maksu ..lain kali jemput kita orang sama okay!!!

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida.....walau berada diperantauan ...suasana malaysia jelas sekali kan...tu la semangat perpaduan....

Murni Alfathunnisa said...

salam nida, terubat la sikit kerinduan pd bumi malaysia..:-) suasana muafakat masih ada...alhamdulillah.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Alhamdulillah...walau di mana berada majlis sebegini patut diadakan. Mudah2an ukhwah bertambah erat dan memperoleh keberkatan dari Ilahi.

Nadiah Sidek said...

buat house warming ke kak?

terokai seni said...

aik, jiran-jiran mat saleh tu tak jemput ke... nanti dorang dapat bau aje.. sian terliur lak dorang bau sedap makanan orang kita

Unknown said...

wahh ramai gak org malaysia kat sana ek..
best jek tgk org gotong royong

azieazah said...

Alhamdulillah semoga segala doa dimakbulkan dan segala perancangan dipermudahkan..

Hamizah said...

mesti dah dpt pejamkan mata bila pindah rmh baru..

ajwa said...

Salam rindu di angin lalu.....

Syuhada Kamal said...

meriahnya umah akak...alhamdulillah selesai sumenya dgn selamat..bile duk kat perantauan mesti rindu ngan saat2 camnikan..atleast terubat la gak..:)

Unknown said...

14 februari nie jaja bertunang buat majlis sekali dengan potong jambul ejai.. nanti yu masukkan gambo2 dalam blog

Nida n' Hanafi said...

Ain:

Alhamdullillah, tanpa mereka sure sepilah dunia Nida di sini

Nida n' Hanafi said...

Nana

Bolehlah dikatakan begitu

Nida n' Hanafi said...

Zulfadhli:

Bila jauh dengan keluarga.. rakan yang terdekatlah ibarat adik beradik kita.. susah senang bersama

Nida n' Hanafi said...

Pak Ngah Hamzah:

hehe... teringat saya masa balik kampung di Pontian dulu... berjalanlah kami di pantai Pontian.. rasa janggal pula sebabnya kami je yg org Malaysia, keliling penuh dengan bangla+Indon+ bla bla bla

Nida n' Hanafi said...

Babah:

Mudah2an... semoga ukhuwah sesama kita terus kuat tak kira dimana kita berada

Nida n' Hanafi said...

Ena:

Masa ni memang rasa macam kat Malaysia.. terubatlah sikit rindu pada negara

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

Sekarang tengah musim summer, tu yg tak kisah berbaju kurung.. klu winter jgn harap ler dapat melaram macam ni..

Nida n' Hanafi said...

Chik Na:

Susah senang bersama... adik beradik lain mak dan ayah..hehe

Nida n' Hanafi said...

Cutemiut:

Alhamdulillah... hampir kesemua rakan2 Malaysia di Northshore yg hadir

Nida n' Hanafi said...

Kak Chaq:

Heheehe... alamak.. lupalah... Awat Kak Chaq tak ingatkan...

Nida n' Hanafi said...

Pak Lan:

Pedas ler sedappp.... baru betul2 kaw..

Ok.. pasni Nida jemput.. tapi Pak Lan kena tolong buat teh tarik ler.. boleh??

Chik Mimi said...

seronokkan nida rase cam ade kat negara sendiri je

Unknown said...

kakak azi ngan kakak mizah dah berabuk lom berbahasa inggeris... ermm kaka azie laks pelat lagi tak huhuhu