Nilah antara aktiviti pertama aku kat rumah baru ni... projek baik punya... solok lada.
Alkisahnya masa ke Browns Bay Sunday Market, ada uncle ni jual macam2 lada, cuma $8 jer sepokok, dah berbuah lebat. Kat sini harga lada hidup teramatlah mahal... 3-4 bijik mau cecah $5. So, Lepas adakan mesyuarat tergempar antara aku dengan hubby (sebab takde dlm planning nak beli pokok ni), kitaorg pun beli satu pokok yg besau2 ladanya. Ingat balik rumah nanti nak buat projek masak solok lada.
Problemnya..seumur hidup aku tak pernah masak solok lada ni. Nak cari resepi kat internet tak boleh sbb masa tu internet belum masuk lagi. Then, bila aku jumpa Kak Jun ngan Abg Syukur, terus ajak diaorg dtg rumah petang tu utk buat projek solok lada ni. Kak Jun yang cari resepi kat internet.
Segar-bugar...
Baris baik2 dulu sebelum dikorbankan
Bedah siasat ala2 CSI
Jom makan.... kira oklah untuk percubaan pertama kami
Ni pokok lada yang aku tanam sendiri...campak biji lada kering jer, alhamdulilah hidup
Budak2 ni membuli Kak Jun dan Abg Syukur ... suruh baca buku cerita
62 comments:
maksu, cantik berkilatnya lada.kat sini ada wwarna mcm tu tp besor gedabbbak.ekekek
waaaa sedapnya solok! leh wat nasi khabula tu
saya orang n.s, suka makan solok lada, tapi ia bukan makanan tradisi orang n.s. bila pergi makan kedai orang kelantan, saya mesti belasah punya.
p.s t.kasih kerana sering ziarah blog pu.e.c saya. blog itu untuk entri yang ringan2. kalau saya nak tulis isu berat, saya guna blog komensen.
cantik la pulak pokok lada tuuu... asal aku tanam mesti tak jadik, dah naik elok-elok last daun kecut di pucuk... baru nak tumbuh bunga je kambing datang ngap... tensen tul camana nak blajo buat solok cenggini
salam...solok lada tu apa kak...tak penah makan pun...pedas tak...buat dari apa ekkkk...
kena susun2 dulu ye baru boleh dibuat solok? hihi..
MAK aii fresh btol la cili tu kan
suka solok tp xreti wat mak je selalu wat bese la org2 pntai timur sure pandai wat solok kan hehe
Saya jadi teringin lak nak makan Solok Lada. Biasa baca, biasa tengok tapi ntah kenapa saya belum rasa..
Hmmm segar betul lada tu. Sini kita sebut Cili, tapi bila sampai tang Solok, jadi Solok Lada plak kan?
Hmmm... nampak set tembaga di bawah rak tv. Bawak dari kampung ker?
wow...besaQnya lada tu. lada solok ni mmg bsr eh sizenya kak Nida :)
salam nida...sukanya akk tengok lada nida ni..cantik dan hijau muda lg..mmg betul lada yg org klate buat solok tu...tak pedas sangat kan nida...dan solok tu pun menjadi..walau duk merantau pun masih dpt lg mkn solok ni .....
suka solok lada yang mak ain buat...
sangat sedap dan cukup segala lemak dan masinnya....
tapi ain takleh la nak makan banyak, sbb still terasa kepedasannya.....
psssttt.... segar bugar lada2 tu kan...
Salam Nida...
Wah...projek solok lada plak ye!Bila kat perantauan macam2 kita nak buat kan!Solok lada tu mmg peberet Ayu especially time makan nasik kerabu (maklumla kawen dgn org klate kena blaja mkn solok n budu!)Mmg best klu buat sendiri.Even kat Klate ni pun,kena pilih2 tmpt yg jual solok lada sedap. Nak puas ati,Ayu buat sendiri..tp tiap kali buat, tiap kali tu jugak mesti refer mak mertua!hihihihihi....
salam..
Menjadi juga solok lada tu..
Akak pun tak reti nak buat.. adilah (org kelantan) kawan akak, dh ke Jubail sebelum sempat ajar buat solok ni...nanti dia balik nak kena belajar gak dari dia.
Suka makan...
Segar bugar ladanya..mesti sedap solok lada Nida ni..lepas ni projek apa plak?
chantekknyerr lada ittewww..
solok lada ok dah tu,kalau nak tukar nama pun ok juga "solok Albany".
Kalau kat Kelantan dia orang makan dengan nasi kerabu biru.Nasi jadi biru sebab taruk daun mengkudu.Orang bandar buat guna perwarna je hilang keasliannya.
Salam Nida. Kelihatannya Nida dan keluarga selalu sibuk dengan aktiviti sehingga hilang rindu untuk kembali ke tanah air, gamaknya.
Sis,
Solok lada ni sedap kan. Makan dengan nasi kerabu.
Caantik cilinya...hijau. sihat2 pulak tu
wah wah.. cantik hijo nyer.. suke kalo masak camtu
bestnya..makan ngan nasi kerabu mesti lagi syok nih..akak tryla wat nasi kerabu lak..hemm..yummy..:)
canteknye lada tu...mesti makan rangupkan tp pedas tak
Itulah lada maori namanya kalau nak tahu..ok
besaunye lada die..masak ape sedap ek gune lada tue?
salam ziarah nida
tgk cili nida tu teringat pokok cili yang sy tanam kt blkg rmh, usahkan nak berbuah, nk membesar pn segan, dh tu lama2 daun nyer jd mcm mengecut, jeles tgk cili nida beli tu, segar2 dan cantik, tp masa tgk entry sblm ni, harga serai smpai $3.99? Blum darab duit m'sia lg tu
assalammualaikum nida
cantik lada kat sana ya.
bolehlah turunkan resepi pulak kat sini..
saya memang tak pandai memasak
kenapa harga lada mahal sangat..dia org import ke?
salam Nida..
bila baca N3 ni , masih terasa lagi tangan kak chaq ni kepanasan tahap gaban w/p dah setahun berlalu .
masa tu adik bawa cili tu banyak gak kasi k.chaq dia ni , pastu konon2nya nk wat sendiri ler msak solok tu . dah cari resepi dlm tenet nih , main bedah siasat gitu je tanpa usul periksa kekebalan cili tu , mak aiii , macam petua ler pulak carinya untuk pulih tangan yg hampir putus akibat kepanasan yg perit ..he he he tp masak solok tu menjadi juga .
he he he tangan Nida tak panas ke?
cantikle gambo2 lada nih nida.. kirim salam kat kamera canggih tu yea.. hehehe....
Izza:
Mak Su minat juga nasi kerabu ni.. tapi tak pandai ler nak buat.. Tapi mak su makan nasi kerabu without budu.
al-lavendari
belasah jangan tak belasah.. rugi tak makan solok lada ni.. bukannya pedas mana pun
cemomoi:
Tangan tuan hamba panas kot.. tak pun masa tanam tu hati tengah panas..hehe
Alimaz:
uih.. rugi tu tak makan.. darilada disumbat dengan ikan+kelapa+kerisik dan direbus dalam santan.. tak pedas pun.. cubalah :)
Nadiah:
Hahaha.... haa betul tu, kasi gambo puas2 dulu sebelum di ngap...
nana:
Akak duk sini ler baru cuba nak buat.. nak beli kat kedai kompom takde, bila dah ngidam tu terpaksalah buat sendiri
Kak AZie:
Cubalah makan.. tak pedas pun, tapi kene tengok lada jenis apa juga yg diaorg buat, klu lada macam Nida ni tak pedas pun..
Tembaga ni beli kat sini.. murah2 bangat
Ch@:
Haa... kena lada besaq, baru ler tak pedas sebab lada jenis ni tak pedas mana pun
Kak Liza:
Betul tu... tak pedas pun, Si Anis ni pun boleh makan..
Nak wat camana kak, bila tekak teringin terpaksalah buat sendiri, nak beli kat kedai takde..
Ain:
Lada yg Nida buat ni tak pedas... Sedap dan rangup gitu... mungkin mak Ain buat jenis lada berbeza kot
Ayu..
Nasib baik ada mak mertua.. klu Nida kena refer kat internet ler jawabnya, nak refer mak mertua jauh bangat..
Kak Niza;
takpe kak... klu susah sangat akak beli jer kat kedai.. Tapi klu buat sendiri feel tu lain sikit :)
UmmuAmmar:
hehe.. banyak projek ni,... tapi asyik tertangguh jer..
en_me:
Tengoklah pokoknya... sebab pokoknya cantiklah maka buah2nya pun cantik juga (ada kaitan ke ek?)
Nurimo:
Baru ku tahu kenapa nasi tu berwarna biru.. ingatkan letak pewarna..hehe. Saya suka makan nasi kerabu tapi jangan letak budu
Mybabah:
Rindu pada tanahair tetap tiada ubatnya melainkan pulang ke Malaysia.. terpaksa menyibukkan diri untuk tidak melayan perasaan
Iris:
Bayangkan nasi kerabu + solok lada +telur masin +daging bakar... perghhhh terus lapar perutku :)
Kak Maiyah:
saya pun suka makan solok lada...
Syuhada:
hehe.. boleh tapi nasi kerabu warna putih ler...
Ena:
memang rangup... tak pedaslah Ena.. klu pedas tu mungkin jenis lada lain. Tapi lada jenis ni memang tak pedas
LanaBulu:
Hahahah... mungkin juga, sebab ladanya besau2 macam badan orang Moari
Zulfadhli:
Ntah ye... setahu akak masak solok ni jer... selain tu akak kurang pasti pulak
Rosnanie:
Bukan setakat serai, sepatutnya harga lada pun mahal.. tapi bila kami terjumpa lada ni just $8 jer, tu yg terus sambar, sebab harganya murah ($8 duit sini klu duit Malaysia RM20... still mahal jugak tu..hehe)
a kl citizen:
hehe.. malu pulak nak turun resipi.. ni pun percubaan pertama.. tak berapa menjadi sangat.. tapi oklah sedap juga..:)
familyria:
Rasanyalah.. sebab cili frozen pun dari Thailand.. tu yg mahal kot. Lagipun org putih ni tak pandai makan pedas2, tu yg susah nak cari cili fresh kat sini
Kak Chaq:
Ala ciannya bila baca kisah sedih akak ni... saya tak keluarkan biji2 tu, member (Kak Jun) tolong buatkan.. tapi saya tengok dia selamba jer,... macam takde apa2 berlaku. Rasanya Kak Chaq guna cili jenis lain kot... tu yg pedas
Junegenie:
Kamera tu kem salam balik kat akak.. dia kata bila dia nak dapat kawan (Kena beli tu Kak Jun)..hehe
segarnya cili-cili tu..best tak rasa soloknya?
Hamizah:
Best juga..hehe (sesekali angkut bakul sendiri..)
I like solok lada nih. Donno the recipe but know how to eat only...keh keh keh...
Nurimo, setahu iza diorg letak bunga, bunga talang.memang ada bunga tu.pokok tu pon ada je kt umah.iza bw balik kt penang, mak tanam alhamdulillah subur.xtau pulak letak daun mengkudu
Mamawana:
Never mind... there's a lot of recipes now in the internet... just klik je mana2..:)
Izza;
agaknya lain tempat lain caranya kot... kalau Mak Su pulak tahu makan jer... nak buat belum pandai lagi :)
wah.. sempat la buat solok ya
Post a Comment