"Pon..Pon..", "Ish budak ni, melintas ikut suka hati jer", "Tepilah sikit, kena langgar nanti", "Woit! Tak nampak ke? Nak kena langgar?".....hmmm itulah ayat2 biasa yang kerap aku dengar bila waktu sekolah berakhir semasa di Malaysia dulu... (tak semua environment sekolah begitu). Kalau nak cerita pasal budak2 sekolah menengah yang merempit sebaik sahaja motor mereka melepasi pagar sekolah tak usah nak cerita ler.. cikgu pulak yang terpaksa mengelak dari motor mereka...
Wajib memakai helmet semasa menunggang basikal di NZ.. barulah kecederaan dapat dielakkan..Insya Allah
Kisah yang aku nak paparkan ni sekadar renungan buat semua, mudah2an kita mampu buat yang lebih baik dari apa yang ingin aku share kat sini. Kisah sistem Zebra Crossing di sini, semua pun dah sedia maklum kat Malaysia bersepah2 Zebra Crossing ni kat atas jalan raya.. tapi bagaimana dengan pelaksanaannya.. adakah sudah cukup bagus? Begitu juga dengan sistem laluan untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan kawasan OKU.. adakah ia dilaksanakan dengan berkesan?
Kenderaan untuk OKU dan warga emas
Mudah bagi kenderaan OKU atau basikal melintas jalan di kawasan ini
Kawasan pedestrian di kiri dan kanan bahu jalan
Anis bergambar dalam kawasan Zebra Crossing dengan senyuman.. (sebab tahu kenderaan pasti akan berhenti bila ada orang kat kawasan ni..hehe)
Teringat saya satu kisah benar ni, kisah salah seorang sahabat kami di sini telah dihon semasa melintas di zebra crossing semasa di Malaysia dulu , apabila aku berpeluang melihat budaya di atas jalan raya di sini, aku dapat lihat budaya memandu yang sangat berbeza antara Malaysia dan NZ, contohnya pada Zebra Crossing, kat sini dengan selamba dan senang hati tanpa was2 dan ragu kita boleh melintas jalan (di Zebra Crossing) tanpa rasa takut. Kenderaan bila nampak sign board Zebra Crossing ni jer memang secara automatik mereka akan slow.
Lalulintas yang dijaga oleh pelajar2 dari Safety Team, maklumat penuh mengenai manual School Traffic Safety Team (klik sini)
Melalu cara ini, Insya Allah keselamatan anak2 pelajar melintas jalan akan terjamin.
Semua sekolah di NZ juga mempunyai Safety Team masing2, antara tugas2 mereka ialah mengawal lalulintas semasa awal pagi dan selepas sekolah berakhir. Mereka akan dipantau oleh seorang dewasa (volunteer). Jadi tak perlulah risau kalau pelajar2 atau ibubapa ni nak melintas, yang kagumnya, pelajar2 Safety Team ni siap diberi kursus bagaimana nak mengawal lalulintas (ala2 polis traffic gitu), kan best kalau sistem ini dibuat di Malaysia, barulah tiada kes merempit @ accident di kawasan @ luar kawasan sekolah.
Anis sempat berposing sebelum ambil kakak2 dari sekolah (gambar diambil semasa sesi akhir persekolahan 17 Disember tempohari)
Alhamdulillah kami selamat sampai...
29 comments:
Salam Nida. Kami di sini baharu selesai solat maghrib. Cerita pasal Zebra Crossing, di negara-negara maju lain spt US dan Jepun juga mempunyai amalan sedemikian. Sehingga kita boleh dengar bunyi brek kereta atau bas seakan2 brek secara kecemasan dari jauh lagi apabila kita berada di Zebra Crossing. Kemudahan untuk OKU memang tip-top. Keselamatan jalan raya dan membantu OKU sudah menjadi budaya mereka. Budaya ini belum sampai ke Malaysia meskipun 10 tahun lagi kita akan mencapai taraf negara maju (kononnya 2020! ).
salam Nida...
cerita anak bujang kak chaq(he he he terasa keaqrabannya)
kalu minta tolong g kedai dipaksa suruh pakai helmet , bila balik sampai depan rumah, helmet dok dlm bakul .. hai anak, anak .
Salam Babah..
Jam di sini sudah menunjukkan 1.20a.m...
Bermula dengan sikap pemandu yg perlu diubah dahulu... (tak semua, ada juga yg berhemah), barulah keselamatan dijalanraya terjamin (Insya Allah), sama2lah kita berusaha dan berdoa... moga yang terbaik buat negara tercinta, Malaysia...
W.salam Kak Chaq..:-)
Samalah macam adik2 saya, tak macho katanya kalau pakai helmet..hmmmmm, puas mak membebel.
assalammualaikum nida
bab2 gitu, memang diorang patut kita contohi...
Salam..
Kisah zebra crossing ni mengingatkan kembali tragedi ngeri di Klang 2005. Nur Salina Saparedi, 7, yang sedang menyeberangi lintasan pejalan kaki utk ke sekolahnya mahu menyerahkan hadiah kerongsang kepada guru yang dikenali sebagai Ustazah Hanizah, digilis trailer dihadapan mata ibunya. Trailer tu dibakar penduduk yg marah.Masa kejadian tu warden trafik dh tahan tapi trailer tu tetap laju juga..
Kalau ditrafik light pun kena hati2 walaupun dh lampu hijau sebelah kita, dh kena pd akak.
Ada motosikal melintas selamba sj walaupun belah dia dh lama merah. Geram betul dgn sikap pemandu yg cuai ni..nasib baik sempat brek. Mengucap pjg lepas tu...
Pengamal undang2 lalulintas di negara barat adalah lebih baik dari negara kita nih..
Adakah penguatkuasaan lemah atau sikap kita yg berubah bila masuk dalam kenderaan..?
Sopan santun tak sama antara dirumah atau dijalanraya..hee
betapa berdispilinnya dorang kat sana kan...
kalu la semua ni boleh diaplikasikan kat sini, alangkah bagusnya...
salam nida..lama tak jengah sini..
apa khabar teman2 di sana, moga baik semua hendaknya..
memang benar pandangan nida.. seriau kami berkenderaan disini.. pernah sekali tuh akak nak melintas di zebra crossing, siap tulis terpampang sign kat situ.. bila kami nak melintas, pemandu siap jeling macam kita buat salah..sabar je la...
biasa dengar klw kt oversea bab2 peraturan ni mmg dorang sgt2 ikut la.tak mcm kita kt msia ni.umah saya tu depan je trafic light utk melintas.wlpun lampu tu kale merah xbole senang2 je nk lintas sebabnye ada manusia2 yg kurang hajar main jalan je wlpun lampu tu merah.ttp kena tgk kiri kana b4 melintas
cara berpikir le.. kalo dah jadi kebiasaan camtu le gamaknya
Sikap buruk sesetengah dr masyarakat kita di jalan raya sukar dikikis menyebabkan kemalangan berlaku hampir setiap hari..kat sana mesti kemalangannya kurangkan?
Salam Nida,
Peraturan lalu lintas kat sana patut rakyat kita kat sini kena contohi.
Kena hati2 juga semasa melintas kawasan Zebra crossing tu,ko kereta tak makan brek.
Kalu kat sini tak berapa nak berhenti melainkan ada polis kat situ.
Orang sini lebih takut polis dari jaga keselamatan perjalan kaki.
Wah!!! anak2 semua ada blog,taniah ibu dia tolong buat,seronok anak2 boleh tulis sendiri atikel.
Semoga berbahagia
salam ziarah. saya bertemu blog ini melalui laman shaniza.
berkenaan isu yang di bangkitkan, memang di Malaysia, aspek ini rasanya paling banyak perlukan perubahan dan pembaikan. contoh2 yang baik dari negara orang, rasanya semua pihak pembuat keputusan tahu, tapi nak melaksanakannya dalam budaya kita agak liat sikit dan memakan masa.
akk, tang ni mmg respect dgn sikap warganya. sama je la ngn US ni. kalau ada yg nk melintas, diorg akan berhenti. takde pun nk hon2. jauh bezanya dgn m'sia. pelik knp rakyat m'sia kebyknnya tak sabar di jln raya..hmm..
kadang tu iza rs sikap kena ubah.kat msia tu siap maki hamun lagi kalau kt xkena atas jalan raya.sini semua diberi keutamaan esp pregnant woman, OKU, infant n todlers.iza rs sikapla kot.even bukan negara maju, sikap tu harus ubah kan
a kl citizen:
Betul tu kak, bab yang baik susah sangat kita nak ikut.. bab yang tak patut diikut tapi diikut.. hmmm entah ler
Kak Niza:
Saya ada terbaca kisah tu.. menitis airmata saya ketika itu.. berhari2 saya terbayang2 kisah sedih tersebut.. kesian yg amat sangat pada ibu mangsa, sudah tentu trauma itu dialaminya sepanjang hayat..
Marah dengan sikap sesetengah pemandu kita, ambil ringan tentang nyawa manusia... yang muda pulak suka sangat berlumba.. yg jadi mangsa org2 yang tak berdosa
Lanabulu:
Saya rasa perkara ni perlu kerjasama semua pihak, baik dari segi penguatkuasaan mahupun sikap pemandu tu sendiri..
Ain:
Kalaulah dapat diamalkan, sudah pasti ibubapa akan rasa selamat dan senang hati melepaskan anak berjalan kaki @ berbasikal ke sekolah
Kak Asiah:
Alhamdulillah kak kami semua sihat.. rindu juga pada akak sekeluarga..
Berhati2 di atas jalan raya ye kak.. pesan pada abg Mie,jangan berlumba @ merempit :)
Nana:
Itu dah bukan kurang ajar lagi Nana, tu dah kira kurang sihat@gila..
Ummu Ammar:
Sikap kita yang sering dikejar waktu, tu yg atas jalan pun nak berlumba.. kalau dah tahu kena pergi awal, keluarlah awal.. barulah tak merempit atas jalan..
Sini jarang saya dengar berita accident yg mengorbankan nyawa dalam jumlah yg ramai...
Nurimo:
Dalam pada Insya Allah selamat tu kena juga berhati2.. bak kata Nuriler, takut kereta tak makan brek..
Alangkah bagusnya andai semua rakyat Malaysia berhemah atas jalanraya.. pasti kecelakaan dapat dikurangkan..
p/s: blog tu ala2 album mereka jer :-)
Saniza:
Terima kasih.. semoga Saniza juga berbahagia :-)
al-lavendari:
terima kasih kerana sudi jengah ke blog saya..
Semua pihak kena mainkan peranan dalam isu ini.. bermula dari kelompok kecil iaitu keluarga kita sendiri sehingga ke kelompok yang lebih besar, masyarakat Malaysia.. bak kata pepatah, hendak seribu daya taknak seribu dalih..
Nadiah:
Akak pun pelik kenapa rakyat Malaysia susah sangat nak berdisiplin atas jalan raya (tak semua)... asyik nak menghon dan berlumba... bab maki hamun atas jalan toksah nak cerita ler..
Izza:
sedihlah Izza kenapa sikap sebilangan rakyat Malaysia begitu.. mudah melenting atas jalan.. suka berlumba.. kadang2 bila Mak Su tengok sikap org2 NZ atas jalan ni Mak Su selalu tanya dalam diri.. kenapa kita tak begitu... Sini kalau terlanggar kereta org secara tak sengaja, mereka akan tinggalkan note + no telefon utk mangsa call. Tak macam Malaysia(tak semua), main pakai cabut jer sebab tuan punya kereta takde kat situ
Post a Comment