Tubuh Yang Kecil

Kau belum bisa mengenal apa-apa, namun kau diuji dengan ujian yang amat berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kuatkanlah semangatmu wahai Kael, percayalah ramai insan2 yang menyayangimu sentiasa berdoa dan menantikan moga ada sinar harapan agar kau bisa pulih seperti sediakala.

Walaupun umurmu baru berusia 7 bulan, namun kekuatan yang ada dalam dirimu mengagumkan kami semua. Kau diterbangkan jauh dari Wellington ke Auckland semata-mata untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di sini. Bermula dengan sakit biasa, Ekzema dirimu semakin parah, dan ku masih ingat kata2 ibumu bahawa kau diberi peluang untuk hidup hanya 5% oleh doktor, sangat tipis. Dirimu dibalut seperti mumia kerana seluruh badanmu mendapat jangkitan termasuklah organ2 dalaman, malah tubuhmu yang kecil terpaksa dicucuk dengan pelbagai jenis tiub dan ubat. Kau terpaksa bergantung dengan alat pernafasan.. sungguh menyayat hati bagi sesiapa yang melihatmu dikala ini.



Sistem volunteer yang diamalkan di NZ

Pemandangan di tengah2 bangunan hospital

Menunggu giliran untuk melawat

Kelmarin kami berkesempatan menziarahimu. Walaupun ibubapamu tidak pernah kami temui sebelum ini, namun kesedihan yang dialami turut terasa oleh kami. Alhamdulillah, sejurus kami menemui keluargamu, kami dikhabarkan dengan berita gembira, dirimu semakin menunjukkan kemajuan. Hari ini kau mampu bernafas dengan sendirinya, tidak lagi menggunakan mesin pernafasan, malah tubuhmu yang sebelum ini seperti mumia telah dibuka sebahagian. Badanmu telah mula bergerak apabila merasai rangsangan.. syukur Alhamdulillah.

Bersamalah kita doakan moga adik Kael cepat sembuh...


Anak2 sedang leka bermain playground dalam kawasan hospital ini

Email2 yang telah kami perolehi:

Email pertama:

Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, ada anak seorang staf di High Commission Malaysia sedang berada di dalam ICU di Pediatric Care Unit, Starship Hospital
. Bayi tersebut lelaki berumur 7 bulan dan bernama Kael Ramlan. Pohon pertolongan rakan-rakan yang berkesempatan untuk melawat staf tersebut dan memberikan moral supportkepada beliau dan suaminya.

Petang tadi saya dan Anas berkesempatan melawat anak Sdr Nezam di Pediatric Care Unit, Starship Hospital Auckland. Anak beliau diterbangkan khas dari Wellington Hospital ke sini pada tgh malam tadi dan dibawah pengawasan rapi di Pediatric Care Unit - Starship Hospital.
Setelah berbincang ringkas dgn Sdr Anas, kami cadang utk buat majlis ringkas untuk sama2 doakan kesejahteraan anak beliau dan semoga Allah bagi kekuatan kepada Sdr Nezam dan keluarga dalam menghadapi ujian getir ini.

Kita sama2 akan baca Yasin dan menuanaikan solat hajat yang akan dipimpin oleh Sdr Anas. Kepada kaum bapa yang berkesempatan, silalah hadir untuk sama2 kita berdoa dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah S.W.T.
Sekian

Emel terkini:

Salam semua,

Untuk makluman, Kael baby (Nezam and Azrena) telah berpindah hospital. Pertukaran ini dibuat bagi tujuan rawatan lanjutan ke atas kulit baby Kael.

Untuk pengetahuan semua, Kael juga telah pun bernafas sendiri dan tidak lagi bergantung kepada sistem bantuan hidup. Alhamdulillah dan syukur pada Ilahi atas perkembangan baik kesihatan Kael. Semoga ucapan terima kasih dapat dipanjangkan kepada semua ahli MAPSA yg terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam memberi bantuan kepada Nezam sekeluarga sepanjang mereka berada di Star ship dan juga di Middlemore hospital.

Nezam dah keluarga menginap di Motel 540 di alamat 573 Great South Rd sementara Kael menerima rawatan di Middlemore Hospital, Otahuhu, Auckland.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

18 comments:

NURUL IZZA said...

kesiannya.....sedihla bc entry ni

p/s: paknep jd balik msia ke bulan mac ni?

kakcikseroja said...

Mudah2an baby Kael akan beransur pulih dan sihat sepenuhnya. Insya Allah.

Mama-Danish & Sarah said...

moga baby kael cepat sembuh....

Nida said...

Izza:

Mak Su pun sedih melihat keadaan Baby Kael..

p/s: tak tahu lagi.. doakan semoga pembentangan proposal Pak Nep next month berjalan lancar... aminnn

Nida said...

Kak Cik dan Ain:

Mudah2an... aminnn

cemomoi said...

alhamdulillah... biasanya kita lebih menghargai persaudaraan ketika berada di perantauan berbanding di negara sendiri.. teruskan semangat tersebut supaya kita saling menjadi bangsa yang kuat... doa untuk adik kael 'semoga Allah merahmatimu dan menyembuhkan penyakitmu' buat kedua ibu bapanya 'harapan bersabar dengan ujian Allah kami doakan kesejahteraan untuk kita semua'

LanaBulu said...

Semoga semua kembali seperti sediakala ..InsyaAllah

Nurimo said...

Hanya mendoakan semuga cepat sembuh,
Nak pergi ziarah pun jauh, wakil pada empuya blog je ziarah.

Ada apa-apa perkembangan bagi tahu ya.

Chik Na said...

Chik na doakan moga Adik Kael cepat sembuh

adlinahusaini said...

siannya..kael lebih urang sebaya dgn aisy..huhuhu..rupanya kalau tidak dirawat eczema ni boleh jadi makin teruk ek..selalunya eczema ni biasa berlaku pada bayi2 yg baru lahir..

ummi humaira said...

salam dik Nida...
kak chaq doakan semoga kael segera sembuh dan membesar seperti kanak2 lain .
semoga kedua ibubapanya tabah dan bersabar .

Asmida said...

mmm... sayu dan sedih baca entry nie.. bila terdengar cerita begini teringat diri sendiri... betapa pilu dan sedihnya jika kita ditempatnya.... Semoga Baby Kael cepat sembuh......

maiyah said...

rasa sedih baca.. alhamdulillah dah ada kemajuan, sy doakan kael sembuh sepenuhnya

Syuhada Kamal said...

hope baby Kael cepat sembuh n normal mcm kanak2 lain...insyaAllah..

Nadiah Sidek said...

bila tgk bdk kecik sakit rs kesian sgt. kite yg duk demam biasa2 je pun kdg2 rs tak larat nk buat apa2, inikn pulak bdk kecik. moga kael cepat sembuh & smg mak ayah dia tabah hadapi ujian..

Ummu Ammar said...

Nida..moga segalanya selamat dan kael membesar dgn normal spt kanak2 lain..x dpt akak bayangkan keresahan yg dihadapi ibu dan bapanya..

shaniza said...

Semoga baby kael diberi Allah kesembuhan dan semoga ibubapanya diberi kekuatan dan kesabaran yg tinggi.

ch@ said...

ala...sejak ada anak ni, kite sayu je kalo dgr mana-mana baby yg ada problem, kadang-kadang sampai menangis...hope baby Kael sembuh dan membesar dgn kuat.