Jom angkut....

Alhamdulilah, setelah hampir seminggu bertungkus lumus, akhirnya kami selamat berpindah ke rumah baru di John Jennings Drive. Rumah ini lebih besar dan lebih sesuai untuk kami tinggal 5 beranak di NZ ni. Ada garaj dan deck kat belakang, hubby frust jugak sbb tak dapat rumah yg ada tanah. Tapi bila bincang balik, bagus jugak sebab dia tu suka sangat berkebun, nanti ntah ke mana study dia tu pulak...

Kami start angkut barang sikit2 sejak hari Khamis 7 Januari, dan hari Jumaat 6.30 petang berduyun-duyun sahabat2 kat sini datang membantu kami pindah. Memang meriah betullah. Terima kasih buat semua, jasa kalian totap kami konang sampai bilo2 (ntah apa punya dialek daaa..hehe)

Urusan pindahkan line telephone, internet dah electric dah pun selesai. Internet pun dah disambung hari ini. Cuma sedikit lagi pekara yg perlu dibuat iaitu final touch rumah kat Masons Apartment sebelum diserahkan untuk inspection oleh property manager lama (Freestyle) dan serahkan juga laporan kerosakan rumah John Jennings ni kat property manager baru (Barfoot & Thompson).


Sampaikan kotak dari Korea pun kitaorg guna buat angkat barang...

Buatnya rak TV tu jatuh atas monitor..mau meraung aku (maklumlah.. itulah tempat aku ngadap blog hari2)...hehehe

Sumbat semua dulu..kemas kemudian..

Master bedroom...

Kenapa meja memisahkan kita...(Bisik Zack di dalam hati sambil merenung wajah Shukor)

Pekena roti Arab dengan kari daging..thanks juga kawan2 yg menyumbang pelbagai makanan...

Dari dinding kiri ke dinding kanan...Azwan, Abg Hisham, Bro Saifuddin

Kaum wanita yang memberi sokongan moral kepada kaum lelaki untuk mengangkat barang2...


Kanak2 - riang sungguh dunia mereka (sambil dikawal ketat oleh Jun, Asna dan Adnan..heheh)

p/s: Buat Kak Jun.. gambar solok lada tak sempat nak upload lagi... sabarrrrr yeeeee :-)




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

38 comments:

Ummu Ammar said...

Moga Nida and family lebih selesa dan bahagia di tempat baru..

Hajat di hati nak jer terbang tolong Nida kemas rumah baru...tapi apakan daya...huhuhu

Ummu Mishkah said...

Pindah rumah yer... sebut jer pindah dah terbayang kepenatannya. Take your time lah yer utk berkemas.. tak yah paksa diri.. :)

Nadiah Sidek said...

tgk gmbr2 tu pun dh rs letih dh. mcm duk tlg angkut brg skali lak..ehe. ramai ke malaysian kat sana? tgk dlm gmbr mcm ramai je..

Nurimo said...

Selamat duduk rumah baru,saja jalan la ni,rupa2nya line internet dah sambung.

Wau rumah baru ada tempat cucuk tanam,boleh lah cik abg Nida buat keluar peluh petang2.Takkan nak belajar 24 jam he..he..

Tak terasa letih kalau ramai macam tu tolong angkat barang ,gotong royong kata orang.Pakat jemput sikit seorang oklah cepat siap ya.

Maaf la tak boleh nak nolong maklumlah jauh Nida.

Maiyah said...

gotong royong angkat barang.. sronok tau kalo reramai tak ingt penat pas tu layan makan lak ;)

Syuhada Kamal said...

selamat berumah baru ye kak..hehe..pasni letih mengangkut da hilang, dtg letih mengemas lak ek..papepun hope akak n famili seronok n selesa tinggal kat tpt baru tu..:)

terokai seni said...

kalu bab pindah ni paling tidak 3 bulan baru clear rumah... apa pun slamat mengemassss... nampak cam cantik je view master bedroom

Unknown said...

Alhamdulillah..dapat berpindah dgn sempurna..
tempat baru..
ditahun baru..
azam lama diperbaharui..
teman baru bertambah..
seelok2nya..yg 3 tu biarlah ada yg baru...heee

Unknown said...

wahhh.. bagusla ada kemajuan .. sekrang dah berpindah ke rumah yang lebih besar , dapat ckit si anis lari2 kat umah tue hehehheee

I'm Seri said...

Salam sis.

Wah, berpindah.

Seronok tapi amat meletihkan. Semoga semuanya baik2.

ch@ said...

selamat sudah, kite pun dah kemas habis bersih kat opis baru ni...seronok sangat kat area opis baru ni, tapi kedai makan jauh la, kena bwk bekal :) selamat mengemas kak Nida :)

Unknown said...

salam Nida,
dah abis berkemas ke lum , nk kak chaq tolong ker ,he he he .
boleh ajer tp Nida tolong belikan tiket , jgn satu tp tujuh . sekelip mata tentera darat , laut n udara kak cahq tu kerjakan , he he he . jgn marah gurau aje.
rumah sendiri pun tunggang langgang nih.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Maka bermulalah episod memenatkan...
Apa pun selamat berbahagia di rumah baru, di tahun baru dan semoga di rumah baru ni mendapat 'kunjungan' org baru (boy pulak)..:)

al-lavendari said...

memang duduk di perantauan hubungan sesama senegara amat akrab. hendaknya berterusan lah hubungan itu bila dah bailik ke Malaysia nanti ye.

Nida n' Hanafi said...

Ummu Ammar:

Mudah2an.. Takpelah tak dapat terbang kali ni pun takpe, masih ada peluang dan ruang untuk ke sini dilain masa :)

Nida n' Hanafi said...

Ummumishkah:

Alhamdulillah hari ni dah settle kemas semua.. harap2 lepas ni tak pindah lagi ler hendaknya (kecuali ke lubang kubur)

Nida n' Hanafi said...

Nadiah:

Takdelah ramai sangat.. tapi kalau kat city mungkin ramai kot terutama yg undergraduate

en_me said...

sonoknyerr pindahh tewww.. ehehe, salamm akak albany

azieazah said...

Selamat pindah ke rumah baru...Suasana baru biasanya leh bangkitkan motivasi...

Ain said...

alhamdulillah, dapat jugak berpindah ke tempat yang lebih selesa....

selamat berkemas plak lepas ni nida ya...

moga happy dengan rumah dan jiran tetangga baru...

ARIF ZARIPIN said...

wahhh...mesti penatkan kak...heheheheh....akak duk mana tu???semoga bahagia disamping keluarga..

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

rumah baru nie jauh x dari rumah lame? dapat lak environtment baru yer kak.. :D

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

Takpelah tak dapat tolong pun takpe.. dapat tolong tengok blog pun jadik ler... :)

Nida n' Hanafi said...

Maiyah..

Alhamdulillah ramai yg nak nolongnya.. tuan rumah tak cukup tangan nak melayan...

Nida n' Hanafi said...

Syuhada:

Hari ni baru selesa.. segala2nya dah kemas... baru ler lena nak tido, takde benda yg nak dikemas lagi.. (bersilat ngn anak2 je ler tak habisnya)

Nida n' Hanafi said...

Cemomoi:

Cantik.. mengadap pokok2 dan jalan... boleh buat port berangan..hehe

Nida n' Hanafi said...

Lanabulu:

Hahaha.. adoiiiii.. salah tempat bertanya tu... Soalan tu sepatutnya kena pi tanya kat blog cik abang (Melangkah Ke Sana)..hehe

Nida n' Hanafi said...

Fairullah:

Tulah.. Anis cuma tunggu Afiq n Azim je datang ni nak ajak main sama2

Nida n' Hanafi said...

Iris:

Aminnn... doakanlah kami di sini semoga dipermudahkan segalanya olehNya

Nida n' Hanafi said...

Ch@:

Laa... kurus ler adik akak lepas ni.. takpe, lain kali bawak bekal banyak sikit...

Nida n' Hanafi said...

Kak Chaq..

Hahahaha... boleh nanti saya belikan ek.. tapi akak tolong bayarkan... (gurau je ye Kak Chaq)

Rumah akak tunggang langgang? Rumah saya tunggang terbalik (maklumlah masih lagi cuti sekolah kat sini)

Nida n' Hanafi said...

Kak Niza..

Aminnnn.. itulah yg saya harapkan... mudah2an makbullah kata2 akak tu..:)

Nida n' Hanafi said...

Al-lavendari

Mudah2an.. semoga ukhuwah yg dibina terus mekar dan mewangi

Nida n' Hanafi said...

En-Me

Seronok memang seronok, part nak ngemas tu yg tak seronok..hehe

Nida n' Hanafi said...

Aziezah:
Mudah2an lepas ni banyaklah ilham yg datang untuk cik abang menulis dan habis PhD dengan jayanya.. bolehlah kami balik cepat ke Malaysia...:)

Nida n' Hanafi said...

Ain:
Yang paling seronok anak2 ler, ramai kawan kat sini...

Nida n' Hanafi said...

Arif:

Akak kat NZ ni... Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen :)

Nida n' Hanafi said...

Zulfadhli:

Tak sampai 2 km pun dengan rumah lama.. so environmentnya takdelah baru sangat.. tapi semangat baru tetap ada... :)