Siapa Kata?

Walau di benua berbeza kau berada
walau dikelilingi insan yang asing bagimu
walau tuturmu tidak seperti mereka
kau harungi dengan tabah berani
moga kau terus mengorak langkah
dalam mencipta kejayaan demi kejayaan..
Puteri2ku di hadapan Dewan Rangitoto College

Khamis lepas kami mendapat undangan secara rahsia dari Pinehill School. Rahsia? Awat lagu tu... hehe. Sebenarnya pihak sekolah memberi surat undangan kepada kami (secara pos ) untuk menjemput menghadiri Majlis Prizes Giving End Of The Year di Rangitoto College. Parents lain pun dijemput sama tapi hanya beberapa ibubapa sahaja yang dapat surat pos tu (kira kes special ler ni). Sebabnya Kakak Mizah adalah antara salah seorang pelajar yang terpilih untuk naik ke pentas terima award. Dalam surat tu siap dinyatakan supaya merahsiakannya dari pengetahuan anak masing2 bahawa mereka akan menerima hadiah (konon2 nak buat surprise ler kat mereka).
Syhhhhh...confidential tau...:-)

Kakak Mizah ketika melangkah di atas pentas untuk menerima certificate (frust kamera buat hal masa Kakak Mizah terima certificate tu... jam tu ler tak boleh nak snap...grrrrr)
Antara pelajar2 di atas pentas yang menerima Effort Certificate
Majlis bermula pada pukul 5.30 petang,sesudah solat Asar kami pun bergerak ler ke Rangitoto College (10 minit jer dari rumah). Kakak Mizah dan Akak Azi kena duduk bahagian bawah, ibu bapa kena duduk bahagian atas dewan, masa tu puas ler nak memujuk si Anis sebabnya dia nak duduk sama dengan kakak2nya... hmmmm, tiga puteriku ni tak boleh berenggang langsung.
Sebahagian pelajar2 Pinehill School...(adeiiiiii.... warna kerusi sama dengan baju ler pulak..hehe)
Sebahagian ibubapa yang hadir

Sesudah ucapan demi ucapan, nyanyian demi nyanyian, persembahan demi persembahan, Anis meragam demi meragam..:-) maka tibalah saat pembahagian award. Ada tiga kategori award untuk setiap kelas, achievement, citizenship dan effort, kemudian ada award2 untuk outstanding student sepanjang tahun dalam bidang masing2. Kat sini aku nak kongsi satu perkara yang aku dapat semasa majlis tersebut berlangsung... nak tahu tak? Kalau nak tahu sila angkat tangan... (mulalah dah start dialog biasa aku kat sekolah ... :'-( uwaaa rindunya aku pada suasana kelas, lama sungguh mulut ni tak membebel )....
Tentatif program
Muka Cikgu Besarnya yang sememangnya besarrrrr......
Masa ni depa duk pakat nyanyi lagu "We Are The World"
Macam gamelankan?.. yang pasti pemainnya semua orang Asia
Lihat...majoritinya orang Asia juga...Filipina,Korea, Indonesia...bla..bla..

Berbalik pada pokok bicara tadi..hehe, untuk pengetahuan semua apa yang aku perhatikan hampir semua award yang diberi telah didominasi oleh pelajar2 Asia. Oleh itu SIAPA KATA ORANG ASIA TAK HEBAT? Bila melihat barisan penerima2 award di atas pentas yang ramai terdiri dari pelajar2 Asia, masa tu kembang sikit hidung aku ni (sikit je ek).
Bakal pengganti Vanessa-Mae ni...

So apa yang boleh aku simpulkan di sini (poyonya ayatku...:-/), kita as a orang2 Asia sememangnya hebat.. benar2 hebat,cuma kita terlalu merendah diri (terutama segelintir bangsaku dan diriku), hanya akur pada kehebatan bangsa Mat Salleh. Come on you can do it! Sampai bila kita nak dipandang rendah (walaupun kita memang rendah dari mereka,hehe), sedangkan hakikatnya kita boleh setanding mereka, kalau kena pada gayanya, tepuk dada tanya selera....


p/s: Semasa acara berlangsung, MC susah yang amat nak menyebut nama Nur Hamizah Mohd Hanafiah, keesokan harinya MC tersebut ke kelas Kakak Mizah untuk minta maaf kerana tak dapat sebut namanya dengan baik...hmmmmm, terharu apabila seorang guru sanggup mengetuk pintu kelas untuk meminta maaf dari pelajarnya....

(Sekadar perkongsian pengalaman untuk direnung bersama, mana yang baik jadikan teladan mana yang buruk recycle semula jadikan elok (kata LanaBulu jangan campak tepi lombong, nanti pencemaran..hehe)

19 comments:

Guru said...

assalammualaikum

satu yang bagus mat salleh ni ialah yang baik tu, sangat humble, kan..
dan very professional

tahniah utk mizah n emaknya..

hazeleyed lady said...

Cayalah Kak mizah...Tahniah!
...proud of you too.

Ummu Ammar said...

Nice la pasal surat undangan rahsia tu..kt sini biasanya bdk2 dah tahu awl2 lg..

Tahniah Kakak Mizah..moga terus cemerlang wpun di bumi orang..Malaysia Boleh!

Chik Na said...

tahniah kakak mizah..moga lepas ni dapat banyak award lagi..

Syuhada Kamal said...

salam kak nida..

sy pun tumpang bangga ni..:)..congrats buat kakak mizah!

sweet sgt kisah cikgu mtk maaf tu..mmg susah sgt nk jumpa perkara camtu kat sini..betul kak..mane yg elok tu blehla kite amek jadikan amalan kan..:)

Nurimo said...

Salam ziarah,

Saya terlebih dulu nak ucap taniah kepada Nida dan cik abang sekali kerana berjaya mendidik anak supaya berani bersaing dipentas mat salleh.

Sekarang pula tahniah untuk mizah,berlajar rajin2 ya,berutung betul dilahirkan ,ibu seorang cikgu.Bila2 masa ibu boleh bantu.

Nanti balik sambung sekolah kat sini, pasti boleh no.1 somo.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Tahniah utk kak Mizah..
Org putih tak komplen ke ramai sangat org asia yg terima hadiah?
Tak dak rasa perkauman ke kat situ?
Semoga kak Mizah dan yang lain terus maju jaya...

Unknown said...

Thanks anak2 abah... teruslah berusaha menghadapi segala cabaran di rantau ini.

Moga Mizah, Azi n Anis menjadi anak yg soleha dan insan yang akan terus mencuba yang terbaik.

Walau apa pun hasilnya, ibu dan abah bangga atas usaha gigih kalian, itu yang lebih utama dari hasil akhirnya.

Maiyah said...

tahniah.. sronok tgk suasana len dr mesia

Kakcik Seroja said...

Tahniah buat Miza juga ibuayahnya :) Orang kita memang hebat.

Mas said...

wah, hebat ank akak, dpt mak yg hebat gaks,hehe

Apepon, thniah, mg trus gemilang walau di mana berada!

Unknown said...

salamz..
tahniah mizah, semoga terus berjaya...

Ain said...

tahniah untuk kak Mizah...

untung nida dapat anak2 yg bijakkk...

tumpang bangga tau...hehehe

Anonymous said...

congrats wat kak mizah.cayalah!

Ena said...

Salam kenal & ziarah..

Thanks yer kak follow sy.. sy dah follow akak balik..
bestnyer dok oversea.. leh kenal tempat & budaya org kan.. :)

Nida n' Hanafi said...

Aduhhh... tak sempat nak membalas segala comment. saya cuba yg terbaik ye..

a kl citizen:
betul tu kak, masa majlis tu berlangsung saya sangat kagum pada budaya mereka, tidak akan keluar dewan selagi mc umumkan bersurai.. mereka masih tetap dikerusi masing.. kita kadang2, belum habis majilis dah separuh yg kosong.

hazeleyed:
Terima kasih

Ummu Ammar:
Nanti try kita applikasikan kat sekolah kita dulu.. berjaya tak buat surat undangan rahsia ni... rasanya bagus buat cara bgini.

Doakan kami di sini :-)

Chik Na:
mudah2an.. jauh lagi perjalanannya.. doakan kami ye :-)

Syuhada:
Kadang2 bila dah di atas ego mula kuasai diri.. bila tengok sikap humble mereka rasa tersentuh sangat hati ni.

Nurimo:
Sistem sini tak sama Malaysia. Penilaian di sini sepanjang tahun, tapi di Malaysia exam oriented. Mizah dulu masa kat Malaysia asyik nangis je bila part ke sekolah..hehe

Shaniza:
Menurut penduduk di sini, kawasan AUCKLAND ni tak sangat racistnya, tapi bahagian south island adalah sikit... tapi mungkin tak sehebat Australia kot

Hanafiah:
Usaha lebih penting dari hasilnya kerana perjalanan dalam menuju ke hujung itulah yg mematangkan kehidupan kita... hehe

Maiyah:
paling lain ialah kat sini takde doa bukak majlis..hehe

Kakcik seroja:
baru permulaan kak.. jauh lagi pendakiannya, ni baru belajar merangkak..hehe
Orang Malaysia memang hebat!

Mas:
Takdelah hebat mana... Alhamdulillah rezeki Mizah.. jauh lagi nak ke hujung tu..

Yu:
Balik nanti Mizah nak hadiah tau Pak Ngah (b/p Mizah..hehe)

Mama Danish & Sarah:
jauh lagi tu nak ke hujung.. Terima kasih ye..

Nana:
Terima kasih Nana.. :-)

Ena:
Terima kasih ye sudi follow akak kembali...
Seronok memang seronok, tapi tulah part rindu family di Malaysia yg paling tak tahan...

Salam Ukhuwah :-)

Ayu Cute said...

Salam Kak Nida

Tahniah buat Kak Mizah...teruskan kecemerlangan dan buktikan orang Asia terutamanya orang Melayu-Islam juga mampu bersaing di persada dunia....

Tahniah juga buat akak dan suami...bersyukur dan beruntung dikurniakan anak2 yg cerdik dan bijak....

P/S : boleh suggest kat sekolah Ayu nanti cara pihak sekolah anta surat rahsia gitu kat parents!

Unknown said...

Nida..pertama sekali tahniah utk anakanda tu..
kedua..tak perlu perasan pun sebab kalau kita dah boleh berjaya mmg itulah hak kita sebenarnya..
Sekali lagi tahniah utk kakak Mizah..abang ucapkan..eehh..tersilap..hee uncle lah kakak Miza.
Yg paling teman rasa terharu n3 ni adalah ttg SIKAP guru tersebut yg datang ke klas minta maaf. Contoh yg sangat baik. Hebat!

Nida n' Hanafi said...

Ayu:
Insya Allah.. marilah sama2 kita doakan..

Cubalah buat kat sekolah.. idea yg bagus..

LanaBulu:
tak salah meminta maaf walaupun kita berada di atas.. pengajaran yg sangat bguna.. tak begitu uncle???? hehe