Sudah lama kiranya saat ini ku tunggu setelah berbulan-bulan lamanya umpama penguin@pingu diriku ini diibaratkan, manakan tidak berlapis-lapis pakaian dipakai. Sudah tidak tertahan lagi menahan getaran dan seksaan lantaran kerapkali menggigil dek kerana kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang. Kini aku sudah bebas! Bebas dari menjadi penguin, selamat tinggal winter, selamat tinggal spring... dan selamat datang summer, sesungguhnya kau memang sangat2 kunantikan.. (almaklumlah penebatku@lemak tak banyak tu yang tak tahan sejuk..hehe).
Bila masuk jer musim summer yang paling meriah ialah kat tepi pantai ler. Masa ni nak cari parking pun susah, masing2 keluar berpicnic (lepas geram setelah berbulan2 berkurung dalam rumah kerana kesejukan). Untuk makluman semua bila tiba musim panas, siang akan menjadi panjang, maknanya kul 8.37 mlm baru masuk Maghrib, Isyak pukul 10.21 malam manakala Subuh pula pukul 4.06 pg (pukul 5.56pg dah habis subuh@matahari dah keluar). Memanglah best bila siang panjang ni sebab pukul 9.15 mlm baru gelap, so bolehlah main bola lagi kat padang walaupun dah pukul 8.30 mlm sebab cuaca still terang benderang lagi (merujuk kepada hubby ku), tapi masalahnnya, adeiiiiiiiii nak tunggu waktu Isyak masuk, mataku ini dah jadi macam mata Garfield dah, hehe, pastu belum pukul enam waktu subuh dah habis dan cuaca pun dah macam pukul 8 pagi (waktu Malaysia).
Bukan setakat homosapien@manusia jer berpicnic, burung2 pun turut membawa sedara mara mereka untuk berkelah bersama2 :-)
Cubaan mengurat oleh itik jantan dan cubaan jual mahal oleh itik betina :-)
Oleh kerana kat sini dikelilingi oleh pantai2 yang cantik, jadi kami pun selalulah plan buat gathering last2 minute, kadang2 tak rancang pun tetiba jer jumpa kaum kerabat orang2 Malaysia kat sini. Last week, tekak ni teringin sangat nak makan nasi lemak daun pisang. Kalau nak tahu sini pun ada jual daun pisang tau, tapi yg frozen (pelikkan?). Atas dorongan anak2, aku pun membungkus ler nasi lemak tu dalam daun pisang, rasanya memang ler sedap (sesekali masuk lif tekan sendiri) :-).
Daun pisang frozen
Agak2 kalau jual ni berapa sebungkus ek?
Orang lain sibuk main bola tampar pantai kat sini, kami pula duk sibuk main permainan ni (yang pasti aku memang tak pandai main, tapi jangan tak tahu aku johan congkak kampungku tau..hehe)
p/s: Aku berjanji dengan Ajeep, Adnan berjanji dengan Jun, Azwan berjanji Abg. Azhar, Azlina berjanji dengan Bejau.. last2 terkumpul kami di bawah sebatang pokok ini.
29 comments:
seronok kan ramai2.....
Salam Nida..
daun pisang tu walaupun frozen, tapi tetap cantik hijau dan segar, ya? Kenapa Nida tak jaja je nasi lemak tu?? Ke nak makan sendiri pun tak berapa cukup?? ;-)
seronoknya bersantai bersam keluarga....
salam kak nida..
seronoknye dpt piknik ramai2 camtu..ns lemak nmpak bestla, lagi2 dlm daun pisang..yumyum..:)..pemandangan pun cantik...
Sharinginfoz:
Macam2 perangai boleh dilihat..:-)
kakcikseroja:
sini tak ramai orang Malaysia kak.. nnti takut makan kat mulut tauke lebih banyak dari buat jual..hehe
Chik Na:
jomlah join sekali.. mesti lagi seronok..
Syuhada:
nanti kalau Syuhada datang umah akak, akak jamu ngan nasi lemak daun pisang je ler..hehe
wah banyak nye makanan.sonok nye g picnic kan
Nana:
Sampai tak terlarat nak makan dah..
Seronoknya bila lihat pinguin keluar dari sarang2nya..heee
Sebut jongkak tu teringat kisah lama..kawan2 teman masa zaman kanak2 depa tak suka main dgn teman sbb..?? bila jalan je ..dan bila sampai kat ghumah 'ibu' tu..lepaskan je 2/3 biji sekali..cepat penuh..hee
hahaha.... penguin2 yg comel...
Nasib baik ler Cik LanaBulu tak main masa kg hamba buat game dulu.. klu tak mesti sampai sekarang perang saudara masih blanjutan..
Salam Nida,
Petang semalam saya menjengok Albany tiada lagi end3 baru.Tapi pagi ni terkejut dah ada siap mandi manda kat pantai dan makan nasi lemak dalam daun pisang.
Nida proses bila end3 ni?lepas subuh tadi ko....
Nida tak ikut berenang sama ke?Tak da kelihatan dalam gambar tu.
Peace be upon you Nida...here i come again.
Wah! seronok nampak tu Summer vacation...and nasi lemak in N.Zealand...that so Malaysian...akak suka!hahaha!Enjoy!
Salam sis...
Wah menarik tertarik kau mmg daboomm...syioknya berpiknik...tp yg plg syiok tu nasi lemak bungkus daun pisang tu...sampai sini blh bau keharumannya...hehehehe....
huhuhu dah lama tak berkelah..sonoknye lahaaiiii
duduk kat negeri org buat hubungan kita sesama kaum sendiri bertambah erat, kans?... rasa2nya lebih erat berbanding kat negara sendri... bestnye!!
Nurimo:
Haaa..... jangan tak tahu, dalam diam2 ketika org Malayia lena diulit mimpi saya bersengkang mata menyiapkan n3 buat tatapan rakan2.. (bersengkang mata apa... sana subuh sini dah nak masuk tghari dah).
Tak termampu saya nak mandi, airnya sejuk yg amat.. kasi can anak2 je mandi manda.
Hazeleyed:
Tekak Malaysia kak... walau dicampak kat bulan, tetap cari makanan Malaysia..hehe.
Ayu:
hahahaha.... alamak hebatnya angin yang bertiup.. dari NZ ke Auckland mbawa utusan bau nasi lemakku..hehe.
Ena:
Meh sini.. kita picnic sampai tak larat.
Sasha:
Inilah yang dinamakan ibarat adik beradik sendiri (cuma lain mak n ayah je)
Seronoknya berendam!
Nida..kagumlah saya tgk betapa eratnya ikatan sesama keluarga Malaysia kat sana..kalau beraktiviti mesti bersama-sama ek?
Ummu Ammar:
Memang seronok.. pastu semua menggigil kesejukan..hehe.
Alhamdulillah ikatan ukhuwah antara kami ibarat saudara kandung sendiri...
Hi Nidah, I enjoyed looking at the pics here, and that nasi lemak sure look delicious.
Great kids you have.
You keep well and have a pleasant week, Lee.
Salam..
Seronok nye picnic tepi pantai... anak2 akak pun asyik ajak ke pantai, tp pantai Perlis tak boleh mandi. Kena pergi Penang @ langkawi baru boleh mandi...jd asyik tertangguh la.
Kalau kena time puasa masa mcm ni, tentu panjang masa berpuasa. Pernah tak bulan puasa jatuh musim mcm ni?
Kak long johan congkak keeeee... caroommmmm???... gambo tuh main karom tuh...
main karom... ate le cuba perkenalkan kat mat saleh tu main dam pulakkk
nida, kalau ain tanya jangan gelak ok....
bila malam makin pendek, agak2 cukup ke tak waktu tido nya??
seronok dapat berkumpul ramai2 macam tu kan....
Hi Uncle Lee....
Welcome to my blog. Whatever it is...Malaysia still the best in my heart. Just try to enjoy my time here in NZ. I guess Canada also a great place to visit. Hopefully you enjoy your winter time now..
Kak Niza..
Piknik sini tak sama macam Malaysia, kalau nak mandi kat sini kena mandi waktu tghari, baru tak sejuk sangat. Kalau kat Malaysia kena mandi pantai waktu petang atau petang, klu tak mahu mengelupas muka..
Tahun ni puasa jatuh waktu autumn.. tahun depan rasanya pun bgitu... so kul 6 dah berbuka.. :-)
Asmida:
Sebab tu Kak Long cakap Kak Long tak pandai main benda tu...@ karom, klu congkak pandai ler..hehe. Tangan ni tak kuat nak menjentik ler As...
Cemomoi:
Idea yang menarik tu.. tapi kalau dapat perkenalkan main congkak lagi best.. lagi unik. Boleh mintak Cik Cemomoi poskan tak congkak ke sini (serius ni)
Mama Danish & Sarah:
Cukup... walau matahari dah tegak, tidur tetap tidur.. tapi ada bezanya juga klu siang panjang ni. Kalau malam panjang, kul 9 dah tidur (sebab pukul 5 dah start gelap) tapi bila siang panjang ni, kul 11mlm baru start ngantuk... (part nak kejut budak2 ke sekolah ler seksa, sebab tidur lewat, bngun pagi pun payah le)
Hish cantiknya gambar itik tuh..perghh penangan SLR..tak tahan..
wah picnic tak ajak kitorang pun...terasa nie..huwa..
Post a Comment