Beku Vs Kering

Pertama sekali sebelum butir bicara melangkau lebih jauh, eloklah kiranya hamba yang kerdil ini mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram buat saudara saudari rakan bloggers sekelian. Kiranya tutuplah segala dendam sengketa yang dulu (seandainya ada), jernihkan kembali di buku baru, jalinkan ukhuwah yang lebih harmoni, bak kata pepatah yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita dekatkan lagi sampai takde ruang.. bila dah takde ruang barulah wujud keserasian dan kemesraan... (apa daaa....).

Jam sekarang sudah menunjukkan 12.40 a.m waktu NZ (7.40 petang waktu Malaysia), mata sebenarnya sudah mengantuk, namun kugagahi jua untuk mencoretkan sesuatu buat di luar sana (chewaahhhh.... ayat aras sederhana tu..hehe). Sudah lama kiranya aku ingin berkongsi satu info yang telah lama aku pendamkan di sini, tapi kekangan masa dan ketiadaan foto yang sesuai menyebabkan niat murniku itu asyik terbantut sahaja (hahahaha... geli pulak aku baca ayat aku ni.) Tapi setelah berminggu-minggu lamanya aku mengumpul maklumat akhirnya terlaksana jua apa yang telah lama terpendam di lubuk hati yang dalam. Nak tahu apa dia? Layannn pictures di bawah ni ye.....

Daun Pandan beku
Serai beku
Lengkuas beku
Daun Bunga Kantan beku
Cili beku

Kalau ada hajat di hati nak datang atau bermastautin di Auckland ni, usahlah gusar dan resah di hati kerana hampir semua barang2 yang kita perlukan untuk memasak sama ada rendang atau asam pedas, atau kuih muih tradisional atau laksa atau nasi lemak daun pisang atau yang seumpama dengannya semuanya ada di sini. Tapi jangan terkejut kerana bahan2 tersebut adalah FROZEN@BEKU belaka.

Kalau nak cari yang segar pun ada juga, tapi kalau anda rasa anda berkemampuan silalah beli, kerana harganya "Mak oi!!!!! Mahalnya!". Contohnya sebatang serai yang segar berharga $3 (x2.5 utk dapatkan nilai RM). Jadi untuk jimat frozen pun frozen ler janji rendangku lengkap (90% je sebab daun kunyit takde kat sini). Selain yang beku, yang kering pun ada....

Daun Kari kering
Daun Limau Purut kering

p/s: Kalau agak2 nak datang sini, bolehlah aku kirim bahan2 yang ku nyatakan di atas dalam keadaan segar ye... :-).. (almaklumlah, dah lewat malam sangat ni.. tu yang ayat n3 ni ditulis macam ayat orang separuh separuh sedar tu... merapu@melalut..hehe)

17 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

boleh buat bisnes la... export batang serai belakang rumah..

ummi humaira said...

salam maal hijrah dik..
beku pun beku lah , janji sodap bila dimasak....

Mama-Danish & Sarah said...

tak kisah la beku pun nida kan, janji ada....hehehe..

nida, kat sana tak leh tanam ke benda ni sume...

kalau boleh, bawak benih jer la...

shaniza said...

Salam..
Daun kunyit byk di tepi rumah... boleh export daun kunyit n kunyit frozen la mcm ni...hi..hi..hi.

Selamat menyambut tahun baru hijrah, semoga sihat selalu dan diberkati Allah.

Nana said...

mak aih...mahal gile hage sbatang serai.tanam sendiri xbole ke?tp xkisah la kan beku pun rasa dia ttp sama tol x.kira ada gak bahan2 utama nk wat rendang tu.sikit2 xckp xde la jejaas sgt rasa dia kan

Nurimo said...

salam maal hijrah,

Nampaknya banyak beku kat sana he..he..

emm....lada pun beku juga ya...tak hilang pedasnya ke?, beli lada beku.

Serai kat rumah saya..bagi free je sapa-sapa nak ambil.

ummumishkah said...

Salam Maal Hijrah..
Teringat kenangan waktu bergelar musafir ilmu suatu ketika dulu, tapi frozen tak de ah.. yg kering2 semua.. :)

paatz said...

barang basah dia pek cane lak ye?he

salam maal hijrah 1431

Nida said...

a kl citizen:
Boleh kak... boleh jadi kaya tu.. tauke serai berjaya..hehe

Nida said...

kak Ummi:
betul3x,.... tp rasa sikit ada lari jugaklah kak

Nida said...

Mama Danish & Sarah:
sini takde benih ler.. semua yang diimport, takde akar pulak tu, klu ada boleh jugak ditanam...

naik kapal terbang tak boleh bawak apa2 benih.. nnt kena rampas :-(

Nida said...

Kak Niza:
wah itu sudah bagus... pasni lengkap ler rendang saya..huhu

Nida said...

Nana:
Tu baru serai belum bunga kantan.. sini takde benih utk tanam benda2 tu semua ler Nana..
Oklah rasa takde ler lari sangat... totap sedappppp..(nak buat macam mama, telan je ler..huhu)

Nida said...

Nurimo:
kepedasan lada tetap menyengat walaupun beku...
bolehlah saya mintak sikit serai tuan hamba ek..:-)

Nida said...

ummumishkah:
kering pun keringlah, baik ada dari takde.. betul tak? :-)

Nida said...

paatz:
biasanya pakai plastik.. kedap udara... ikan pun import dari India tau..

p/s: selamat datang ke blog hamba :-)

NURUL IZZA said...

maksu, bunga kantan pun ada? ish jelesnyeeee..

sini, serai, daun limau purut,lengkuas.fresh..tp sesekali ada jugak serai frozen.

nak bunga kantan!!