Bergambar di ladang strawberry
Sudah lama aku kepingin untuk pergi ke Cameron Highland, ingin melihat kehijauan di sana. Kata orang di sana sejuk, nak juga rasa bagaimana duduk di kawasan ala2 negara orang putih ni. Bila lihat gambar-gambar adikku di sana suatu ketika dahulu, rasa teruja untuk melihat pokok strawberry dan memetik dengan tangan sendiri buah2 yang ranum lagi merah menyala itu.
Setiap kali ku ajukan hasrat di hati untuk ke Cameron Highland kepada hubbyku, pasti jawapan ini akan terpacul dari mulutnya "Jalan di sana bengkang bengkok, tak sesuai kalau ada anak kecil".. hmmmm, kalau nak tunggu anak besar bilalah agaknya dapat ke sana ye?
Alhamdulillah, Tuhan Maha Adil, sekarang impian menjadi realiti. Walaupun pengalaman ini tidak ku kutip di Cameron Highland, tapi kepuasan dapat melihat, memetik buah strawberry tetap terasa.
Until end of January... cepat2.. sempat lagi ni kalau nak pick your own
$7.50 sekilo, murah jer.. masuk dan makan adalah percuma!!!
Seronok bukan main lagi aku pada hari itu, pagi2 lagi dah bangun (selalunya aku ler yang paling lewat bangun), sehingga aku terlupa yang aku demam..hehe. Lepas telan pil dua biji, kami pun bertolak. Rombongan kali ini disertai oleh orang2 Mount sekali, so dapatlah bayangkan betapa ramainya keluarga kami pada hari itu (kat sini kami warga2 Malaysia@Malaysia-Auckland Postgraduate Student Association terdiri daripada orang2 North Shore, Mount dan City).
Masuk adalah percuma dan yang bestnya kita boleh makan seberapa banyak buah2 yang ada dalam ladang tu (aku makan sampai dah tak muat perut :-) ). Dah puas makan, barulah operasi memetik bermula.. part ni yang paling best sebab seronok memetik ni, sampai si Anis pun petik sama (tapi dia ambil yang hijau2..hehe)
Warna strawberry tu sama dengan warna baju Akak Azi and Anis..hehe
Punyalah suka sakan.. sampai nak terjatuh anak ibu :-)
Inilah rupanya strawberry yang kami petik, isinya sangat manis +juicy
Selepas dah puas memetik, kami pun bergerak ke Long Bay untuk acara makan dan mandi pantai. Masa tu semua dah lapar (mana taknya dah penat berladang dan bertani..hehe), sampai anak2 pun tak heran nak terjun ke laut, depa lebih teruja nak makan dari pi mandi pantai.
Biasalah, kasi ibu2 makan dulu ye... kaum bapa tolong layan anak dulu ye..hehe
Konon2 nak buat sand castle
Cik hubby pun tolong sama
Last2 jadi ler ntah tak tahu ler pulak namanya, macam ultraman pun ada, macam snowman pun ye jugak, pingu pun ada gaya (ada idea tak? )..hehe
Sekali lagi bergambar sebelum majlis besurai.. (masa ni dah rentung dah semua orang... panassssssssssssssssssssss)
P/S: Balik je rumah, demamku semakin teruk... telan lagi dua biji pil... huk..huk..huk..
32 comments:
salam nida....bestnya kan ladang yang luar, buah yang byk...dpt mkn free lagi. Kat cameron bulan dis gini buah2 tu kurang dan mahal pulak...agaknya musim ujan buah tak lekat kut. hari ini dh sihat ke.....best baca cerita nida ni
bestnyer.. segar subur pokok strawberry kat sana... a great experience sis!
samala kite kak, saya pun dah lama teringin nk ke cameron highland, tak sampai2 lagi hajat nih..geram tgk strawberi merah2 belaka, bestnye, lagi2 mkn ngan aiskrim..yumyum!..:)
Masa dok kat ladang dan kat pantai tak bunyi pun demam..
bila balik rumah baru ada bunyi yee..?
Haa ini lah gaya orang pompuan..
Bila nak demam je ..kalau ajak keluar jalan2..shoping..mesti melompat bangun..automatik hilang ntah kemana virus demam tu..hee
p/s-petik dan makan kat ladang tu ..basuh maksu?
salam Nida, demam lagi ka....
ha , kan dah kena bedal dgn lana bulu...
tu ler sapa suruh habaq kata demam .he he he ...
wow seronok nya dpt makan s.berry dr ladang lagi... hai bila dapat g cameron lagi nih .
akak g cameron ikut simpang pulai tak le teruk sangat bengkang bengkok nya .
Salam Nida,Alah deman sikit....manjanya he...he...
Makan banyak strawberry baru cepat lega.
Cantik pemandangan ladang kat sana,seronok betul kalau dapat serang ladang mat saleh ramai cam tu ya.
Salam Nida. Nida membuatkan saya dan isteri semakin teruja untuk ke sana. Kami dah mula simpan duit...
ida, knp buat tajuk sendir-sendiri belaka? ko translate pick your own ke? heheh..
salam kak nida...
waaaahhh.....manyakkknyee strawberrryyy...terliurrrr lak nak makan...
eemmm, sy memang suke buah strwberry nihhh...
Salam..
Sedap nampak strawberry tu..manis tak? di cameron rasa dia masam sikit.
Jalan punya pasal demam pun tak pe.. mcm akak juga la..hi..hi..hi.
Semoga cepat sembuh.
adik sy beli strawberry asyikpt yg masam je
iskh! masam, masaaaammm... kat cameron tu masaaaam le... bila tengok strawberi tu je dah keco air lio... mesti masam jugak kot
Kak Liza:
Hari ni ok sikit.. cuma selsema n batuk je tak kurang lagi.. tekak ni gatal memanjang je..
Kaka liza pernah gi CH ye.. mesti bestkan...
Ummumishkah:
Tulah... bukan setakat tengok buah sahaja yg geram, malah tengok daunnya pun geram sama, subur dan gemuk2... hehe
Syuhada:
Alamak terliurlah pulak bila Syuhada kata makan ngn aiskrim.. tapi cicah dengan coklat pun best jugak... anak2 akak makan cicah ngan honey...
LanaBulu:
Hahahahaha... adeiii sakit perut hamba gelak.. tau pun, itulah orang pompuan.. jadi kalau yang tersayang tu agak2 nak demam, baiklah diajaknya bershopping, tu je ubat yang paling mujarab.. kalau nak mujarab lagi, si suami haruslah belanja@keluarkan duit segala apa yg dibeli oleh sang isteri tanpa banyak songeh, pasti segala2 virus2 dalam badan2 tu akan hilang serta merta..amacam ada berani????
p/s: tawakkal jer.. buat penambah perisa...:-)
Ummi Humaira:
hahaha... demam lagi ler kak.. tapi dah kurang sikit hari ni setelah cik abang ajak berjalan lagi tadi..hehe.
Simpang Pulai? Kat mana tu kak, kat Johor pun ada nama Simpang Pulai, tapi kat Pontian ler..
ain pun tak pernah sampai ke cameron...entah bila la nak sampai..huhuhu....
segarnya tengok buah strawberi tu....
jeless sangat tau....hehehe...
Nurimo:
Masa ni ler nak bermanja..hehe..
Suka sakan tauke ladang tu (minah salleh) bila tengok kami ramai2 duk serbu ladang depa.. sengih memanjang sebab tahu sure banyak ong ini hari..
Mybabah:
Insya Allah kalau takde aral melintang kami masih ada dua tahun lebih di sini...
Kalau diizinkan Allah, berjumpalah kita kelak... Kami setia menanti. Mulalah menyimpan, sikit2 lama2 jadi bukit
p/s: kalau nak kutip strawberry kena tunggu musim summer..
Azlina:
haaa... pandai pun... pening daaa fikir tajuk yang gempak2 ni, so aku translatekan jer PYO tu
Cik Amy:
memang manyak wooo... manyak manis.. manyak merah.. semua 'manyak' lah.. hehe
Kak Niza:
Manislah juga kak.. sebab masa kat Malaysia dulu pernah beli kat Giant tapi rasanya punyalah masam.. tp yang kat NZ ni manis pulak.. mungkin cuaca bebeza kot, tu yg rasa pun berbeza2
Maiyah:
tapi yg kat sini manis kak, sekarang ni pun harganya tengah murah sebab tengah musim...
Cemomoi:
Teringat kata2 seorang mak cik penjual buah ni pada suamiku apabila suamiku bertanya "Duku ni masam ke manis?", "Biasalah nak adat buah, ada masam ada manis, kalau nak manis memanjang baik beli gula"..hehe.
p/s: Strawberry sini manis tak semasam CH punya.. tak percaya datanglah sini, meh rasa..
Mama Danish & Sarah:
Takpe Ain, nanti kita pakat gi CH sama2 nak?.. Boleh kita petik strawberry kat sana pulak...
P/s: bestnya klu menjadi kenyataan
rasanya kat Cameron Highland ladangnya tak sebesar ladang yg Nida melawat nih ...bestnya dapat makan fresh strawbery .. Chik Na suka makan aiskrin ngan strawbery
Chik Na:
Ni pun kecik, sebab ada ladang yg lagi besar dan macam2 berry yg ada..tapi yg ni dekat je ngan rumah, dalam 20 minit dah sampai..
Nak trylah strawberry dan ais krim
wah sedapnye stoberi...klw kt sini xpenah sy jumpe stoberi yg manis seme masam je.cicah gula baru manis hehe
nANA:
Ada kawan akak dia buat cicah madu utk kasi manis + sedap.. Nana trylah..
assalammualaikum nida
bestnya dapat makn strawberry manis .
demam dah kebah ke?
Kak Normah:
Alhamdulillah dah semakin pulih.. cuma batuk n selsema je kak masih ada lagi
Post a Comment