Selama tiga penggal aku menuntut ilmu di sini. Pelbagai suka duka telah aku tempuhi. Kami berjuang bersama menandatangani petition agar funding yang disalurkan oleh kerajaan selama ini tidak ditarik balik. Namun apakan daya, segalanya telah tertulis, "Stop Night Class Funding Cuts Campaign" hanya tinggal sejarah.
Selama 100 tahun tradisi ini akan hanya tinggal kenangan bermulanya tahun depan, funding yang menjadi tunjang kolej2 mengadakan kelas2 untuk komuniti di sini ditarik balik. Malah terdapat beberapa kolej yang terpaksa menutup kelas2 mereka kerana kekurangan sumber kewangan. Aku masih bernasib baik kerana Northcote College tempatku belajar masih beroperasi. Namun walaupun ia masih beroperasi, mampukah aku untuk membiayai yuran belajar yang meningkat sekali ganda dari yuran sebelum ini?
Muhibbah.. pelbagai jenis warna kulit yang ada..hehe
Ivy (China), Riyoko ( Japan)..
With Darian.... salah seorang tenaga pengajar di sini (masa ni dia je yg ada.. yg lain dah cuti..)
Memang menyedihkan apa yang telah berlaku.. walau hanya 3 penggal dari 4 penggal aku bersama Northcote College, namun hubungan pelajar2 dan pentadbir sangat ikram. Di sini aku dapat temui pelbagai rakan2 dari pelbagai negara dan latarbelakang, Alhamdulillah kerana aku diberi kesempatan dan peluang untuk melalui pengalaman ini. Semoga ianya akan menjadi salah satu rentetan sejarah yang indah dalam hidupku.
Acara wajib selepas ke kelas... beli barang dapur di Northcote Center (Barang2 makanan import dari negara Asian banyak terdapat di sini)
26 comments:
bestnye dok negara org ek huhuhu..
pelbagai kaler ade ahaks..
Dah 1oo tahun tradisi kelas2 ni..lamanya..tapi kenapa dihentikan funding trsebut?
Bestnya dapat belajar bahasa asing. Lagipun students tak ramai ..senang nak mengajar dan belajar..
Ena:
Hahaha... bukan setakat kaler je Ena.. ketinggian pun macam2.. ahaks
Ummu Ammar:
Funding tu nak disalurkan ke lain..
Sebab tak ramai, tu yg asyik kena disuruh bercakap jer..hehe.
sonoknye....
dalam kita nak mengejar ilmu dan membuat perkara2 yg baik, dah tentunya ada dugaan dan cabaran...semoga apa yg sis sedang lalui ketika ini akan memberikan hasil yg berbaloi2 di kemudian hari....
salam nida ,
dan yg best nya dpt shoping lagi tu...
suatu kenangan yg paling indah bila dah balik kesini nanti.
salam...bestnya...
mmg muhibah :D
Ayu:
Inilah kehidupan.. ada suka dan duka.
Ummihumaira:
W.salam kak..
Pasti akak kurindui saat seperti ini kelak... (shopping tu acara wajib kak.. biarpun fulusnya sejemput cuma.hehe)
Alimaz:
w.salam..Seronoknya..hehe
Kak Maiyah:
hehe... memang pun...
Bestlah Ibu kat Northcote Center..
bestnyer..kat sana kos hidup mesti berlipat ganda kan...sabarlah nak mendapat satu kejayaan bukan mudah..susah dulu..senang kemudian,,,ek insyallah
student jugak nida rupanya...hehehe...
Umiliya:
Kos sara hidup sini memang mahal... masa ni rasa bertuah hidup di Malaysia... sewa murah, kos rawatan kesihatan murah..
Mama Danish & Sarah:
Dari buang masa tu yg pi blajaq juga tu.. biarpun part time :-)
seronoknya dapat belajar dengan pelbagai bangsa kan!!!. Chik Na selalu berangan nak further study kat tempat orang pulak..
Chik Na..
Saya ni tumpang tuah suami je Chik Na... alang2 duk negara omputih ni tu yang amik part time blajaq English
hmmm.. ingat tadi kakcik salah masuk rumah! rupanya Nida dah bina bilik-bilik baru, ya? Kakcik ni berkali-kali cuba nak tukar templat, tapi tak jadi2.. :)
Seronok menimba pengalaman di tempat orang kan Nida?
Kak Cik..
Hubbyku ler ni kak bising sebab katanya template lama serabut.. tu yang kena beli cat baru ni..hehe
Alhamdulillah diberi kesempatan rasa hidup di negara orang.. tapi risau juga keadaan keluarga di sana, mudah2an semuanya seperti sediakala.
mesti seronok kan.. pengalaman... le katakan.....
Salam ukhuwah..
Ada juga pengalaman yang sedih.. nilah kehidupan, ada pasang dan surut
Masa Nida gi kolej anak tinggal kat sapa?atau masa belajar ikut suka nak pergi.
Nurimo..
Haaa... sapa kata saya takde babysitter..
Masa ni abah mereka ler kena jadi babysitter..hehe
huhuh ang anep memang ada tokoh jadi bapa dan babysitter mithali ahaks
Salam Sejahtera Nida
Rumah dah di renovate ye?...nak sambut tahun baru kan...1431.
Salam awal muharam.
Semoga terus tabah dan sukses menimba ilmu.
Ceria selalu.
Yu...
Tau takpe..hehe.Cuma abahnya kadang2 garang macam singa..
Hazeleyed:
Semoga azam kali ini mjadi kenyataan..aminnn
Adakah masa belajar mereka berbezza dgn kita..di Malaysia?
Adakah pihak ibu bapa yg extra masa sehinggakan depa semua bergitu dekat sekali dgn pihak sekolah..?
atau sikap itu dah menyerap menjadi satu budaya meraka hingga kini..kan..
@ +ve thinking depa ni yg advance kot..nida?
Apa yg saya perhatikan, sekolah di sini memang selalu buat aktiviti, dan ibubapa pasti memenuhi kerusi dewan.. dan jangan terkejut, mereka datang dengan pakaian kerja di badan.. hipotesis saya, mungkin di sini pihak boss atau syarikat atau tempat kerja atau yg seumpama dengannya begitu fleksibel dengan pekerja2nya seandainya ada perkara yang melibatkan sekolah... urusan anak2 perlu diutamakan barulah boleh membentuk keluarga bahagia, generasi cemerlang :-)
Post a Comment