Alkisahnya.....

Hari ni aku nak cerita apa yang berlaku pada 29 November lepas. Pagi2 tu kami sekeluarga + keluarga Cik Nan ke Northcote (20 minit dari rumah aku), niat di hati nak pi cari baju anak kedua aku, sebabnya cikgu dia suh pakai serba putih untuk performance next week.

Masa pergi tu kereta aku ok jer, tapi masa dalam perjalanan pulang aku dah rasa semacam je.. sebabnya kereta tu ada keluarkan bunyi yang pelik (macam bunyi mesin kat kilang..hehe). Pastu bunyi tu hilang, aku ni pun satu dah tahu macam semacam je kereta tu tapi degil nak pi jalan lagi. So kami pun singgah ler pulak kat Sherwood Park, anak2 ler sibuk nak main playground + bagi itik makan (kat sana ada banyak itik liar).


Nampak tak itiknya?
Ni ler kolam tempat itik tu berendam

Matahari pun dah makin tinggi, kalau nak tahu sinar UV kat NZ ni sangat tinggi, tak macam kat Malaysia, kalau keluar tak pakai sunblock balik sure kulit kering + menggelupas (sebab tu kat sekolah, pelajar2 wajib pakai sunhat waktu summer.. kalau tak pakai tak boleh main kat luar). Masa nak balik ni ler adegan yang paling suspen dan penuh dengan unsur2 mistik berlaku...KERETA KAMI LAK BUAT HAL TAK BOLEH START..... Adeiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

Kami pun menelefon ler AA (ala macam AAM kat Malaysia), setenggah jam jugak ler menunggu. Pastu panggil pulak tow truck tambah lagi sejam menunggu..aduhhh, masa ni kering dah rasa air kat badan ni (dehidrasi ler katakan). Tapi nasib baik masa tu ada ler satu group mat salleh ni buat permainan luncur air buatan sendiri... jadi ada ler entertainment aku sewaktu menunggu dan terus menunggu tu.

Bagus gak idea ni kan...ambil banner iklan yang tak guna + jirus air + letak sabun sunlight... boleh buat ni nanti..hehe

Terima kasih buat Cik Nan sebab tumpangkan aku dan anak2 balik ke rumah. Petangnya pulak rumah kami didatangi tetamu yang bersimpati dengan nasib kami, terima kasih ye kawan2 kerana menggembirakan kami..hehe, dan Alhamdulillah kami dapat daging korban, thanks ye Nihra tolong bawakan daging lamb tu.

Nak dijadikan cerita, keesokan harinya hubby pun pergilah ke workshop tu (thanks ye Zakhir sebab tumpangkan), on the way pergi ternampak ler benda ni kat tepi jalan.. siap ada tulis FREE lagi (sini memang budaya suka letak barang yg masih elok + tulis Free tepi jalan). Balik rumah kami pun mentesting ler benda tu..... masih elok + masih cantik.. Alhamdulillah rezeki....



p/s: Ada hikmah disebalik kejadian.. kereta rosak + dapat microwave free... Rupa2nya kereta kami tu oil pump yang rosak, patutlah start2 tak hidup..:-).. Microwave tu telah kami samak sejurus mendapatnya...
+/- Title of the post link

baki post anda yang hendak disembunyikan

16 comments:

Unknown said...

salam Nida....
ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian tu kan..hanya Allah yg tahu sobab musobabnya..cuma kita perlu bersabar jer menempuhi segala ujian...
masa susah diuji baru ler kita tahu ada rakan yg sama2 bersimpati..
akhirnya semua dlm satu...Alhamdulillah..

Nida n' Hanafi said...

Kak Ummi:
Alhamdulillah Kak Ummi, ramai yang membantu di sini... Terima kasih ye Kak Ummi atas motivasi yang diberikan :-)

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida...awak sihat....best tak tinggal kat negara org...saya teringin sangat nak tengok negara org....asyik tengok kat tenet ..dlm tv ja...nak jugak merasa sendiri berada ditempat org....semua yang terjadi ada hikmah tu....

Nurimo said...

Cantik juga kereta Nida tu,jenis apa,berapa harga kat sana?.Baiki kereta mahal juga kat ke.

Biasalah kereta macam orang juga kadang2 kena selsema.

Semua gambar yang diposkan kat blog Nida,semuanya menarik,cantik,bersih.
Adakah semua cantik kat sana,tiada yang pemandangan yang tak menarik ke,melainkan menarik belaka.

Saya masih ingat lagi Nida poskan sebelum ini,gambar semak samun kat sana yang dipenuhi bunga,walaupun semak masih cantik lagi.

Takkanlah semua comel belaka negeri orang.........

Syuhada Kamal said...

bestnye dpt microwave free, kat msia takde lak penah jumpa org tinggalkan brg camtu je ek..hehe

Unknown said...

Nie pakej, repair keta dapat microwave percuma hahahaha

Nida n' Hanafi said...

Alimaz:
Alhamdulillah sihat.. Insya Allah semoga suatu hari nanti impian menjadi kenyataan...

Nurimo:
Kereta kat sini murah jer.. cuma bila part repair tu yg mahal sikit.

Apa yg boleh saya katakan, dari segi kebersihan memang NZ ni agak bersih.. cuma biasalah... tak semua yang perfect, ada juga cacat celanya..

p/s: ciptaan Tuhan semuanya indah2 belaka :-)

Syuhada:
tulah.. hari tu dah nak beli dah.. nasib baik tak beli lagi :-)

Fairullah:
hehe..betul3x... tapi kan best kalau dapat fridge atau mesin basuh free..hahahaha

Ayu Cute said...

Salam sis Nida...

Kita harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari...kita rasa kecewa...tapi rupanya Allah nak bagi kita pelangi!

Macam tu jugak dengan citer sis...Nak dapat rezeki lain rupanya! Apapun, semua yang berlaku ada rahmat di sebaliknya....

Nida n' Hanafi said...

Ayu:
Itulah kehidupan... tak sepanjangnya cerah dan tak sepanjangnya mendung. Dugaan menimpa menguji diri... moga Allah beri kekuatan

Unknown said...

Itulah hikmahnya kan..
nanti bila nida dan family balik kat malaysia,,elok juga lah cuba2 buat lagu tu..
budaya letak barang elok dan letak tulisan free tu..
amacam?

Nida n' Hanafi said...

hahahaa...boleh saja pak..

Tapi takut orang amik barang tu buat beli dadah lak kang... :-)

Ain said...

wahhhhh....murah rezeki...

dapat la cuba menu baru ngan microwave ni ya...

muqayankabut said...

Mak su,

Tak samak dulu ker microwave tu?

hehe.

Nida n' Hanafi said...

Muqay:

Dah... dapat je terus samak.. Pak Nep yg samakkan

Mama Danish & Sarah:

hehe.... cik hubby pun duk giat gitu "bolehlah cuba resipi baru"..

Unknown said...

best la kak kat sana..kat area umah saya ni..selipas jepun pun kena kebas dek pekerja2 yg dok mai sapu daun jalan

Nida n' Hanafi said...

Adlina:

Kat rumah mak akak buah mempelam pun habis kena kebas..hehe