Aku, Dia dan Mereka..

Sudah seminggu pun cerita ni berlalu, tapi takpelah aku nak cerita jugak walaupun dah basi..hehe. Kisah aku jadi volunteer masa Sleepover At School (SAS) tempohari.

Pagi2 lagi si Kakak Mizah dah tak sabar2 mempacking barang2nya, padahal pendaftaran bermula pukul 5 petang.. semangat berkobar2 ler konon. Berapa kali aku dan hubby cakap, takpe, "nanti abah dan ibu kemaskan". Tapi dia still nak buat juga, bagus jugak, belajar berdikari.
Hari tu special sikit untuk pelajar year 3, mereka boleh pakai baju biasa dan tak belajar. Sepanjang hari ada aktiviti sukan. Tanpa disangka dan tanpa diduga, Kakak Mizah menang 5 acara daripada 6 acara, cikgu dia siap suruh aku hantar Kakak Mizah pi Athletic Club sebab Kakak Mizah ada potensi dalam sukan.

Petang tu sesudah bersiap2, kami pun menghantar ler Kakak Mizah ke sekolah, dalam jam 5. Ceria bukan main lagi si Mizah. Dalam masa yang sama aku risau jugak takut dia menangis malam tu sebab dia dah ada record takleh tido tempat lain. Lepas kemas2 tempat tido dia, kitaorg pun tinggalkan dia dengan harapan dia tak melalak malam nanti....

Pelajar2 + ibu2 + bapa2 + cikgu tidur dalam kelas yang sama
Mizah's teacher, Kerry Fluery
Bangga aku bendera Malaysia ada tertampal dalam kelas Kakak Mizah

Keesokan harinya adalah turn aku untuk jadi volunteer. Aku dan Bejau pun seawal 7 pagi dah berada di sekolah. Sesampai jer kami kat kelas Mizah, cikgu dia terus habaq kat aku "Miza cried last night,".. hahahaha, dah agak dah, nasib baik cikgu dia baik, dia kata dia boleh control Mizah lagi.
Mizah's classmate

Kemudian aku pun mulakanlah tugas2 sebagai volunteer, untuk sarapan aku tolong sapukan marmalade, mermite + mentega kat roti, pastu tolong serve untuk pelajar2.


Masa aktiviti pelajar2 di padang, aku pun ikut sama membantu, masa ni paling seronok sebab macam2 gelagat pelajar dapat dilihat.. ada yang suka aktiviti mencabar, ada yang memang jenis manja, baju basah sikit dah nak nangis, tapi rata2 aku lihat mereka memang enjoy + suka sakan..hehe.




Kemudian untuk lunch pulak, aku tolong susun roti, nak tahu tak menu apa lunch pada hari tu?.. jeng..jeng..jeng... fruit + pork sausage...hahahaha. Jadi aku dari rumah awal2 dah siapkan untuk Kakak Mizah sausage sendiri yang halal dan enak dimakan..chewahhhh. Siap pesan kat cikgu dia tak payah panaskan lagi sausage tu, sebabnya aku takut bercampur pulak nanti dengan pork sausage atas grill tu nanti.
Makanan ni dibawa oleh pelajar2.. kemudian share ramai
Pandai.... lepas ni boleh basuh baju pulak ek.. :-)

First time aku jadi volunteer ni memang seronok, sebabnya dapat tambah kenalan dari pelbagai negara + lihat budaya sekolah di sini + cari pengalaman di tempat orang. Kini butterfly dalam perut aku sudah terbang tinggi di angkasaraya....hehe.

p/s: Hari esok (Jumaat, 4 Dec) ada Cultural Day kat sekolah anak2.. kena bawa masakan tradisional dari negara sendiri... Ada cadangan tak apa perlu aku masak (simple +sedap)?


+/- Title of the post link


22 comments:

AYU IDRIS said...

Tahniah untuk Mizah...pasni kalau minat blh jd atlet pulak...seronok kan sis jadi volunteer aktiviti macam tu? Boleh tambah pengalaman dan tambah kenalan jugak...

Nurimo said...

Salam Nida,

Seronoknya bila dapat menemani anak ya.Kita dapat lihat sendiri bakat anak kita,malah anak pun akan merasa bersemangat dan gembira menunjukkan kebolehan kepada ibu.

Tahniah Mizah dapat ramai kawan dan ibu pun dapat juga berborak dengan kenalan baru juga kan.

Nida said...

Ayu:
Macammana nak jadi atlit ni Ayu.. manja sesangat si mizah tu..hehe.

Nurimo:
Ibunya berborak main pakai taram jer.. entah faham ke tidak minah salleh tu..hehe

Ummu Ammar said...

Tahniah Mizah..Go go girl!

Agaknya bertempiaran lari rama2 yang dh terperap dlm perut dkt seminggu lbh..

Mesti dah lega ni..dan nampak macam Nida seronok dan enjoy program tu...

Nida said...

UmmuAmmar...

Memang lega....hehe. Lepas ni fikir nak masak apa lak esok (utk dibawa ke sekolah mereka)

ArissaPutri... Moment in My Life said...

Nida: Baju kakak mizah sama cam t-shirt anak Chik Na la..

seronoknya dapat ikut aktiviti anak kan..

Nida said...

Made in Malaysia tu kak... Beli kat The Store..hehe.

Seronok... tapi anak saya ni bila ibu dia ada mulalah ngada2..:-)

UMILIYA said...

assalamualaikum...salam ukhwah gak dr kami...selamat hari raya aidil adha

LanaBulu said...

Pengalaman yg hebat tu..
Silap2 tahun depan emaknya pula yg bersiap pack siang2 mengalahkn anak2..heee

Nida said...

Umiliya:
Terima kasih atas kunjungan balas...

Lanabulu:
hehe... silaplah, dari semalam lagi ibunya dah siap pack.. ngalahkan anak

ummi humaira said...

salam Nida...
seb baik Nida bertudung , kalu tak , jenuh tercari2 akak td mana satu ler Nida nih , he he he..
akak cadangkan Nida masak rendang n buat ketupat , he he he biar diorang terkonang kan bumi M'sia yg berbagai kaum ni punya masakan...

Nida said...

W. salam Kak Ummi:

Takpe, akak pasti kenal punya sebab kulitku tak seputih mereka..hehe.

Alamak kak, aura kita sama ler, saya memang tengah nak masak rendang ni.. cuma saya tak buat ler ketupat.. pakai nasi himpit segera je..

Mama-Danish & Sarah said...

seronoknyaaaaa.....

apa kata besok sediakan nasi himpit ngan kuah kacang....

kalau rajin lagi, buat la satay sekali.... hehehe....

NuR said...

huhu..
beshnyer..

akak..nur nak gi sana la..
hehehe..

a kl citizen said...

assalammualaikum

nasi impit ngan rendang ayam...
best gak jadi menu tu..
dan kuah kacang

tuanmuda said...

tahniah buat mizah... walaupun mizah xkenal uncle... tp uncle kenal mizah..blajar pandai2 mcm abah & ibu...

Nurimo said...

Jam menujukkan pukul 2315 waktu di Subang Jaya,mata ana masih segar lagi.Lalu merayap-rayap ke blog sahabat2.

Entah pula terlintas ke Albany...rasa macam tak sudah kalau tidak menjengok Albany,hadir ketika empunya blog sedang lena mungkin tanpa mimpi.

Siang tadi dah kujung tapi terasa nak tengok lagi Mizah bersama kawan-kawannya.Bertapa mesranya anak Melayu dikelilingi anak mat Salleh.Khabarnya pula dapat kalahkan anak tempatan sana.Tahniah sekali lagi.

Nida said...

Mama Danish & Sarah:
Tulah, cikgu Mizah request nak sate.. tapi rumah ni takde tempat nak bakar.. :-(

Nur:
Betul ni?.. akak tunggu ni..hehe

Tuanmuda:
Thanks.. saya tak sepandai mana, sekadar mencuba yg termampu

Nurimo:
Hehehehe... laaa,susah sangat meh ler datang Albany ni, pi time winter murah sikit..

Dulu masa kat Malaysia Mizah sempat darjah satu je, 2 bulan tu asyik nangis je taknak ke sekolah.. nasib baik bila sekolah sini dia ok n happy.. Tapi risau juga takut bila balik Malaysia culture shock pulak nanti, sini belajar enjoy.. tak de exam..

Harap2 dia dah semakin matang nnt bila balik Malaysia.. doakan kami kat sini ye tuan Nurimo :-)

p/s: thanks sudi jenguk kami kat sini

Nida said...

a kl citizen:
Saya teringin jugak nak buat kuah kacang kak, tapi takut depa ni tak pandai makan pedas.. aritu buat mi yg tak pedas mana pun depa bising kata pedas..hehe

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

wahh .. pengalaman yang sangat bermakna

shaniza said...

Salam..
Tahniah utk kakak Mizah.. bakal atlet Malaysia masa hadapan... tapi tak boleh nangis2, kena kuat semangat.
Nampak seronok kerja volunteer ni..
lepas ni boleh volunteer lagi la...

Nana said...

wah sonoknye kak nida, sonok baca kisah ni

ayo..lunch pork sausage?klw tgk ats meja tu buah je la kot yg bole makan