Surat yang menyebabkan butterfly keep flying in my stomach..hehe
Sebenarnya aku tengah pening@nervous memikirkan tarikh 26 November ni. Sebabnya untuk makluman semua, Kakak Mizah kena tidur kat sekolahnya pada tarikh tersebut (Sleepover At School). So apahal pula aku yang sibuk2 terlebih nervous??
4 adults per classroom (20 students) overnight... maksudnya seorang volunteer (ibubapa) hanya perlu menjaga 5 org pelajar. Kalau kat Malaysia bagaimana??Seorang guru menjaga 20++ pelajar... (berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang guru..)
Ye lah mana tak peningnya, kalau kat Malaysia bila ada camping kat sekolah, jarang yang ibubapa akan involve, semuanya guru yang akan handle program dan pelajar2. Tapi budaya sekolah kat New Zealand ni berbeza sikit, segala aktiviti biasanya akan melibatkan ibubapa (sebab tu assembly di sini parents boleh seat sama dengan guru2), contohnya setiap kali ada rombongan sekolah yg melibatkan anak kita, mesti aku akan dapat surat volunteer untuk turut serta dan jaga pelajar2 ni (yang bestnya tambang bas free bagi ibubapa). Tapi malangnya setakat ini aku tak berkesempatan ikut serta setiap aktiviti mereka, sebabnya tiada siapa yang nak look after si Anis ni (hubby ke universiti).
Tapi kali ini aku tak dapat mengelak dan menolak. Pada mulanya aku dah cakap pada Kakak Mizah yang aku tak dapat nak join, jadi aku pun pulangkanlah borang volunteer tu semula pada cikgunya. Tapi beberapa hari selepas itu, Kakak Mizah cakap, cikgu minta sesangat agar aku dapat tolong sebab sekolah masih kekurangan volunteer utk bantu mereka, especially pada waktu malam@ tidur kat sekolah. Cikgu Mizah siap boleh kata "If your mum wants to pray, we have special room for her"....hmmm nampaknya mereka memang bersungguh2 nak minta pertolongan aku...
Aduhhhhhh!!!!! Serba salah pula aku dibuatnya, so aku pun berbincanglah dengan hubby dan sebenarnya hubby pun suka sekiranya aku dapat tolong, at least dapat juga rasa pengalaman camping cara orang putih@mat salleh ni. Fikir punya fikir, aku pun bersetuju ler.. tapi aku tak sanggup nak tidur waktu malam.. nak tahu sebabnya? Sebabnya, untuk pengetahuan semua budaya camping kat sini takde bilik khas yang mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki. Mereka tidur dalam satu bilik yang sama.. cikgunya cakap nak tidur sebelah lelaki pun takpe (berkali2 aku pesan kat Mizah, tidur tepi kawan perempuan..jangan ngada2 nak tidur sebelah lelaki)....
Sekadar mencari secebis pengalaman di sini untuk dikongsi dengan rakan2 guru, setibanya aku di Malaysia kelak... mana yang baik dijadikan teladan, mana yang buruk dijadikan sempadan..:-)
Mulanya Cikgu Kakak Mizah minta jasa baik aku untuk overnight (26 Nov)
Aku pun ambil keputusan yang aku akan bantu pada hari Jumaat dari pukul 7pg - 11pg.. dalam hati ni berdebar2 je.. yelah takut tak faham arahan mereka suh aku buat apa (sekarang secara rasminya aku menjadi fasilitator acara perkhemahan tersebut... nervous ni..hehe).. arahan tentang apa yang aku perlu buat akan diterangkan pada hari tersebut...
Barang-barang yang perlu dibawa oleh Kakak Mizah
p/s: Now I'm getting butterfly in my stomach.... bilalah butterfly ni nak berhenti terbang ek... dah jadi tidur tak lena, mandi tak basah pulak dibuatnya... (tapi makan tetap kenyang..hehe)
18 comments:
Maksu perlu pergi, dan leps ni balik malaysia buat perkara yg sama kat skolah.
Tapi pasal tidor satu dom tu mmg menyulitkan.
hehe
Salam Nida,
Baguslah sekolah kat sana buat cam tu ibubapa menyelia anak bersama guru,bawahlah kehmah teman anak kat sana ya..ibu dan papa boleh tidur dalam khemah sambil2 jaga anak.
Nida said :-"budaya camping kat sini takde bilik khas yang mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki."
Kebesasan tu yang kita nak pantaunya. Tapi tak kisah sangat anak Nida kecik lagikan.
Kalau kat negara kita patut ibubapa pantau bersama cikgu masa aktiviti camping terutama sekali bagi anak tingkatan 3 ke atas.Maklaulah anak remaja kan...mengorat sana,mengorat sini...ana faham bernar benda2 gini sebab pernah melalui zaman remaja.Ibubapa pening kepala kalau anak tak berapa nak dengar kata.
Nida ambil idea hak molek tu cara sekolah kat sana bawah balik Kat Malaysia , Nanti cadang pada kementerian pelajaran,,,silap2 haribulan boleh jadi YB.
muqay:
pergi tu mmg pergi.. cuma segan jer..hehe.
Nurimo:
betul tu.. budak2 bila parents ada baru tak menggatal.. barulh tak pening kepala cikgu, lain yg disuruh, lain yg dibuat (dating/couple)...
YB??? yang bersara boleh ler..hehe
Pengalaman yg baru dan berguna tu..biar butterfly tu terbang tinggi..
salam Nida..
pengalaman yg tak semua org dapat..
seronok tu ..tapi bkn utk akak ler coz tak mampu nk uruskan.he he he
Nida..
Nampak menarik..tp perlu kekuatan dan keyakinan diri utk melaluinya..patutlah kupu2 bterbangan dlm perut tu..
Lg baguskan kalo Nida dpt cdgkan agar diorg tido asing2 lelaki dan perempuan..
teringat mase saye sekolah primary school kat glasgow, scotland 13 tahun dulu.. emak saye jadi volunteer untuk progrmm jalan2 selama 1 hari yang sekolah anjur.. =)
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
Lanabulu:
Pengalaman yang bakal mendebarkan. Butterfly tu takleh terbang tinggi sebab dah penat.. :)
Ummi Humaira:
Harap2 pengalaman ini akan menjadi manis utk dikenang dan dikongsi bsama.
UmmuAmmar:
Ye tepat sekali.. terutama perlu keyakinan diri dalam berkomunikasi (takut tak faham jer.. slanga kuat sangat) :)
Dah diusulkan utk tidur berasingan.. tp kata mereka inilah cara utk belajar bersosial dan get together dalam satu kelas.
P.A. Maliki:
Baguskan klu sistem volunteer ni diamalkan di Malaysia.. barulah sekolah tu rasa kekitaan.. takdelah semuanya 100% di bahu guru :)
sronok tu camping, mmg best join skali ngan anak.. bleh berkenalan ngan para mak2 kot :)
maiyah:
Heheh... betul tu... harap2 dapat tambah kenalan dan pengalaman
Salam..
Bagus bila ibubapa terlibat secara langsung dlm aktiviti di sekolah anak masing-masing. Paling tidak kita tahu apa aktiviti anak dan turut membantu mengawasinya. Patutnya ng kita pun buat mcm ni spy tak terjadi lagi tragedi seperti di Kampar Perak tempohari.
Banyakkan selawat utk hilangkan 'butterfly' tu..
assalammualaikum
bagus ya sistem volunteer dari parents ni...
bolehkah di buat seperti ini di Malaysia?
saya rasa boleh, tapi pengetua mesti main peranan...
cuma kita boleh ubah suai beberapa aspek yang tak kena dengan budaya dan agama
nanti update cerita ya...
teringin sangat nak tau
pengalaman baru tu kak..mmg elok if dpt apply kat msia ni..cume kene adjust mane yg perlu..jgn susah2 hati..hope sume ok yer..:)
peluang meraih pengalaman baru yang semestinya direbut...
perasaan berdebar-debar pasti ada sbb kita belum pernah laluinya...insyaAllah, nida pasti akan enjoy nanti....gud luck ...
tak sabar nak dengar pengalaman nida lepas program ni nanti...
Shaniza:
Terima kasih ye atas nasihat.. Baca juga pasal kes di Kampar.. sedih dengan tragedi yg berlaku
a kl citizen:
Kadang2 terfikir alangkah bagusnya andai sistem volunteer ni dapat dilaksanakan di Malaysia.. mesti seronok kan..
Syuhada:
Harap2 semua ok.... doakan yer :)
Mama Danish & Sarah:
Insya Allah nanti saya update yer... risau juga takut saya tak faham arahan mereka..:)
wokey lah tu along.., pengalaman, nanti balik msia boleh cerita2 kat sini huhuhuhuhhhuh.. bab2 camping nie memang yu suka
Laaaa... nape amik slot pagi? Kalo slot malam, bolehlah cadang bawak kain putih, lipstik ngan bedak satu botol. Pastu leh la menyamar jadi cik 'pon har sun mal'. Kompem terpegun anak2 mat saleh tu sbb tak pernah jumpa spesis tu kat sini.
Yu:
Ok tu memang ok.. tapi risau jugak sebab Along sorang org Melayu... malu gitu..hehe
Cik Bakh:
Takleh... sebab saya ni terlalu comel.. buat make up tebal macam mana pun tetap comel.. tak rupa hantu langsung malah dah macam miss universe gitu..huahuahuahuahua
Post a Comment