Al-Ikhwan, satu perkataan yang membawa seribu kenangan kepadaku. perkataan yang membawa aku ke 15 tahun yang lalu. Pertama kali aku menjumpai perkataan itu di surau sekolahku MRSM Jasin. Ketika kali pertama menyebut perkataan itu, terlintas akan indahnya Islam.. melalui institusi surau atau masjid kita dapat menjalinkan ikatan ukhuwah antara saudara2 seIslam. Moga tali persahabatan yang terbina kan sentiasa kukuh dan tidak akan putus walau diasak dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Alangkah indahnya andai persahabatan yang terjalin akan kekal hingga ke hujung nyawa. Namun, adat manusia, tidak lepas bermain dengan emosi.. adakala terguris perasaan, adakala tersinggung hati, adakala salah faham mengundang perselisihan.. namun itulah lumrah dalam bersahabat. Terpulanglah kepada kita untuk menjernihkan kembali hubungan yang keruh.. mengharmonikan keadaan yang sedikit celaru.. Tepuk dada tanya selera.
Untuk sahabat di luar sana, ku nukilkan sajak ini khas buatmu, andai ada salah dan silap, maafkanlah aku, kerana aku insan biasa yang tidak terlepas dari membuat silap. Saudaraku, dalam kerendahan hati ku pohon sejuta kemaafan darimu.....
PUISI BUAT SAHABAT
Sahabatku coret madah yang bernama puisimenzahir apa yang tersiratberbicara apa yang terpendamdalam lubuk hati yang dalampenuh makna yang bersulam.SahabatSyukur kita pada Ilahiatas anugerah persahabatan iniyang menceriakan duniakumewarnai hidupdengan seribu harapan.Sahabatdoa kupanjat padaNyaagar jalan-jalan yang akan kita laluitiada hujung bernesantiada noktah penamattiada tembok pemisah.Namunandai ombak besarmenghempas bahtera pelayaran kitadan tersadai kita terpisah juakan kucari bayangmu di manakan kudakap tulusnya persahabatan ini.Sahabatandai tiada kemesraan bersamaandai tersinggung terguris hatidalam meniti ukhuwah terpateritunduk aku sesal sejuta di sinidalam kerendahan hatidalam kesal tak bertepimaaf kupinta seikhlas hatiterimalah diriku menagih simpatimoga damai menjengah kembali.
14 comments:
Salam Nida..
Saya dulu pun ada kenangan persahabatan yg tsendiri..rapatnya kami sampai kami memanggil gelaran along, angah, achik & dlln..skrg ni msh lg bersama & bersahabat, tp ada gak yg dah lost contact sejak bkahwin & beranak pinak dan tinggal di lokasi yg bjauhan..
One of them..blogger ummumishkah.
salam...amboi shadunya puisi....
Hidup di rantauan begitu mengajar erti persahabatan....susah senang marilah kita hadapi bersama.
Ummu Ammar:
W.salam.. saya pun pernah begitu... gelaran Along, Achik, Uda utk sahabat terapat.. tapi bila dah kahwin + beranak pinak ni..last2 semua tukar panggil nama sebenar je...hehe
ooo....patutlah selalu nampak kak ummumishkah dalam blog ummu ammar, ada sejarah rupanya..:-)
Alimaz:
hehehe.... belum cukup shadu lagi nih.
Hanafiah:
Ye..marilah kita hadapi bersama dengan rahmat payung Ilahi..Insya Allah
Semoga persahabatan kita, suami kita, anak2 kita, berkekalan hingga ke akhir hayat
Salam Nida,
Agak terlewat ke Abalny hari ni,jam dah 1240pm tak tersa masa berlalu bagitu pantas ,maklumlah sibuk sikit dengan korja2 pejabat hari ni.
Kata orang sahabat sejati,ia bersama dikala masak satey(gembira) dan dimasa susah.
Kadang2 apa yang dibicarakan mungkin baik bagi saya,tapi terguris bagi orang lain.Maklumlah emosi tak sama setiap orang....biasa yang pediam lebih sensitif dari yang ceria.
Saya dalam bersahabat sentiasa menjaga tutur kata supaya tidak terguris sesiapa saja,setiap orang ada kelemahan.
...yang baik dari Allah yang buruk kelemahan diri kita sendiri.Sebab tu itu maaf memaaf amalan sentiasa dibibir.
Walaupun berada di alam maya,indentiti saya tak dikenali namun apalah ada pada nama,hanya melalui penulisan semua orang dapat baca feil perangai .......seseorang.
salam k.nida..
ya..kenangan persahabatan menimbau memori ke masa lampau..kdg2 rasa nak kembali ke masa muda2 remaja dulu..^_^
sya dulu pun duk merantau sana cni..ikut abah sya bertugas kat Bunei..pastu ke Sarawak..then ke perak..bnyk sgt kwn2 baik yg dikumpulkan..skrg ni kumpul kwn kat sabah ni pulak..^_^
*eheh..kwn blog pn kwn yg jauh di mata..dekat di hujung jari^_^*
salam...sayu pulak bila baca puisi akak...teringat kat kwn2 ms sek dulu..ramai sgt yg dah lost contact...
salam..kak nida
best puisi tu..
nur suka baca..
maaf lama dah nur tak singgah sini.
assalammualaikum
mencari sahabat baru mudah sahaja, tetapi mengekalkan persahabatan agak sukar sebenarnya....
cantik puisi ni moga jalinan persahabatn akan membawa berkah :)
Kak Asna:
Insya Allah..aminnnn
Nurimo:
Mudah2an sehabat sejati sentiasa bersama kita tak kira dikala susah atau senang.
Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari.
Aisyahumaira:
Semoga dari kawan maya menjadi kawan realiti
nsazwa:
rindukan pada kawan2 lama dan memori lama.
Nur:
Akak menulis puisi tu sekadar apa yg terlintas di fikiran.. banyak lagi yg perlu dimurnikan.
a kl citizen:
memang betul.... sukar juga menjaga perasaan rakan.... emenuhi segala apa yg mereka dan kita inginkan.
maiyah:
Insya Allah..semoga ukhuwah yg terbina kekal selamanya...
kadang² manusia yg disakiti amat sukar memaafkan kesalahan sahabatnya, namun ada pepatah mengatakan bahawa "manusia yang hebat adalah manusia yang mampu membalas perbuatan tersebut tetapi mengambil langkah memaafkan kesalahan orang itu"..
regards;
CUBA TEKA...
teringat lagu TEMAN SEJATI nyanyian brothers huhuhuh
Post a Comment