Kasih Berbunga Lalang....

Sepanjang kakiku melangkah dalam menyusuri bumi Allah yang terbentang luas, terpesona aku pada keindahan alam yang tidak bertepi..bumi ciptaan Tuhan, ku bukakan mata hati, takjub aku pada Pencipta....Subhanallah, maha besar Allah yang menjadikan dan mencipta sesuatu... warna-warna yang menghias pentas dunia...

Sesekali kakiku berhenti melangkah, semilir yang menghembus ke tubuhku dinginnya menusuk hingga ke tulang...nyaman dan sejuk... Ketika itu, ku ambil lensa optikal yang tersandang di bahu... keindahan alam itu ku rakam. Bunga-bunga yang bertaburan dicelah-celah kehijauan menggamit perasaan tenang dalam sanubariku...pintalan-pintalan kesedihan yang bersarang di benak jiwa terlerai seketika...

Oklah..penat dah mengarang ayat berbunga2 ni. Ayat kat atas itu lahir dari hemisfera otak kiri aku, kini hemisfera otak kanan aku lak memainkan fungsi dan peranannya (chewahhh keluar dah topic body coordination form 4 aku ni).. Mentang2lah mood masih dalam musim spring ayat pun kena berbunga2 macam kat taman bunga...

Ok, just straight forward... kebiasaannya semak2 di Malaysia dipenuhi dengan lalang2, rumput2 serta kemuncup2 dan macam2 lagilah adikberadik rumput-rampai ni....kat New Zealand pun begitu juga...ada rumput, ada semut kat celah2 rumput..tapi yang berbezanya dengan Malaysia, di celah2 tu juga dipenuhi dengan bunga2 yang pelbagai warna, bentuk, saiz dan jenis... memang cantik... rumputnya yang hijau (sebab cukup nitrogen + cuaca sini yang sejuk) menambahkan seri semak samun yang ada di sini...tak percaya? Ok jom layan gambar yang aku snap kat semak sini (on the way ke sekolah anak2).. layannn..


Panoramanya memang cantik walaupun sekadar semak..., bunga2nya juga memang teramatlah cantiknya walaupun kat sini ia dikategorikan macam ala2 lalang kalau kat Malaysia (ciptaan Tuhan semuanya indah2 belaka)... Disebabkan kecantikan bunga2 itu semua, maka anak2ku akan kerap berhenti dan memetik bunga di tepi2 jalan..lalu dibawanya ke rumah dan buat sepah... Hatiku yang berbunga2 tadi mula bertukar musim menjadi summer (panas) sebaik sahaja pulang ke rumah apabila melihat ke'berselerak'an yang akan dibuat oleh puteri2ku itu...


(Andai dapat ku kepul awan, ingin ku sekali ku pintal nama "Rohani binti Hj. Ibrahim" di langit sana agar kau bisa jelas melihat dan sentiasa tahu bahawa anakmu ini sentiasa mengingati dan merinduimu... EMAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! :'-( .....)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

14 comments:

Unknown said...

salam dik Nida ..
aduh berbunga2 betul ayat2 yg yg diungkapkan..
secantik bunga yg dirakamkan..nasib ler bunga semakpun akn akak save dlm file kerna bunga dan masjid amat cantik pd mata akak .
"Rohani binti Hj. Ibrahim" terkejut seketika akn nama yg tertulis ni ,kalu Hj Ib... diganti dgn Hj Abd... itu ler nama akak, manakala Ibrahim tu nama mertua akak pula ...

AisyahMhz said...

cantiknye kak..untung akak di beri peluang utk melihat ciptaan Allah swt kt sana kan.

Nida n' Hanafi said...

Kak Ummi:
Pemandangan sini memang cantik... tapi mana2 tempat pun ada keunikan masing2..betul tak?..:-)

Dulu masa zaman sekolah, cikgu selalu tegur bila saya buat karangan sebab katanya banyak sangat bunga dari batang...(bahasa berbunga2 sangat)..hehe

oooo, kalau gitu nama akak sama dengan nama bonda saya ye..., dan nama atuk saya sama dengan mertua akak...hehe.... silap2 haribulan, dalam salasilah fmily kita ini pun ada pertalian keluarga agaknya...

Ummu Qaisara
Alhamdulillah.... cantik hanya di mata, dalam hati tetap terkenang negara tercinta ..Malaysia...

p/s: Rindunya nak makan fast food...sini KFC, McD, Pizza hut semua tak halal...

tinta kasturi said...

Keindahan semak yang dihiasi bunga itu mengingatkan saya kepada kalam Allah :

"...Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (11:114)

Semak yang hakikatnya negatif pada pandangan mata dapat dihapuskan kenegatifannya dengan kehadiran bunga-bunga indah..

Dosa-dosa kecil yang kdgkala susah kita hendak elak darinya dapat kita tutupi dengan melebih banyakkan amalan kita..

pelajaran dari kejadian Tuhan yang sangat memberikan kesan dalam hati..

terima kasih buat nida
:)

Nurimo said...

Salam Nida,

Alangkah indahnya alam citaan tuhan,bunga-bunga merwanai dunia ini.Manusia pula mencorakkan warna-wana kehidupan.

Hari ini saya merasa sungguh segar mengujungi Albani menikmakti pemandangan indah ,sejuk mata memadang bagaikan tidak mahu kembali ke blog saya.Tapi apakan daya,walaupun bunga lalang,kemechut kat sini ,pada saya cantik juga Nida ditiup dibuai angin petang.Hanyalah orang-orang berjiwa sentimental dapat menghagainya.

he..he..

Mungkin suatu hari nanti akan kujungi juga NZ,
Kalau terasa juga nak lihat real bunga cantik terpaksa panjat bukit G.Higland/cameron lah dulu.

Noor said...

akak,nti ikot jejak langkah akak r.tp kena kawin dulu r ek?haha

bakhtiarazi said...

Cikgu Nida:

1. Tajuk entry ni mengingatkan pada satu lagu zaman dedulu yang berbunyi "tak ubah berbunga lalang bla3..."

2. Ucapan yang terakhir pada ibu tu macam iras2 bait2 dalam suatu sajak yang bertemakan "Kempen Anti Dadah". Suratan atau kebetulan?

3. Kemuncup - ya, sungguh malas sekali kalau track bottom dah dipenuhi kemuncup kalau bersukan di padang. Menyabutnya, suatu penyiksaan mental! Hahaha...

Nida n' Hanafi said...

Tinta Kasturi:
Alhamdulillah, tulisan saudara dalam ruang komen ini menyedarkan tentang hakikat sesuatu, kadang2 kita sering terlupa bahawa setiap kejadian ada maksud tersirat disebalik penciptaannya dalam kehidupan manusia... Terima kasih kerana saling ingat-mengingati sesama insan..

"Dalam kalangan orang2 yang sesat dari landasan agama pasti ada diantara manusia yang berselerakan dimuka bumi yang berpegang teguh pada Al-Quran dan hadis sebagai rujukan, dan merekalah yang akan membawa sinar bagi memimpin insan yang hanyut balik ke pangkal jalan, Insya Allah.. umpama bunga dicelah-celah lalang"

Nurimo:
Itulah keagungan ciptaan Ilahi... semuanya indah walaupun kemuncup di tepi jalan...

Tak payah panjat GH atau CH, pergi kedai florist jer..hehe. Saya ni dah banyak kali juga pergi Genting Highland, tapi duk dalam hotel jer... nak pergi theme park anak2 kecil lagi.. Cameron Highland InsyaAllah kalau panjang umur akan sampai (tak berkesempatan lagi)... tapi bunga ros sana mahal... kat sini $1 jer sekuntum...

Noor:
Lain enjoy pergi negara orang dalam keadaan bujang atau kahwin... Tapi kalau dah kahwin, untung anak2 sebab kecik2 dah belajar oversea..takyah tgu lepas keluar universiti..hehe.

Bakhtiar:
1. Amboi...boleh tahan juga ye jiwangnya masa moda-moda dlu..hehe. Sampai boleh hafal lirik lagi tuh... "Jangan Lupa Lirik"

2.Semasa menaip entri ni, ku lihat keluar jendela... terlihat awan yang memutih di atas sana, lantas terciptalah ilham bait-bait yang ku tulis itu...ianya tiada kena mengena dengan apa2 jua bentuk tulisan.. Apatah lagi yang bersangkut paut dengan dadah.. "Belia Benci Dadah!"..bak kata Mawi.

3. Dulu siap bagi upah kat adik tolong cabut kemuncup kat seluar Kak Long dia nih... Kak Longkan, kuasa veto lebih sikit...huahuahua

Mas said...

Salam, kak Nida, sohabati habibi, tq sbb sudi follow blog saya, moga mana2 yg bermanfaat dapatla dimabil pengajaran ,yg tidak tu, komen2la ye..salam ukhuwah, love to know u more...

Nida n' Hanafi said...

Mas
Sama-sama...salam jalinan ukhuwah...Insya Allah

Unknown said...

salamz .. memang cantik pemandangan di New Zealand ekk.. walaupun kategori lalang di Malysia tapi bunga2nya cantik berwarna warni..
p/s: yu dah tunjukkan blog nie pada emak.. berderai air mata emak ketika memabacanya

Nida n' Hanafi said...

Yu

Ini yang buat Along semakin rindu ni...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. dah banyak kali cuba call semalam, tapi takde orang angkat n tak dapat.. nape ek?... Rindunya nak dengar suara mak... :'-(

Asmida said...

Emak and all sihat disini.....inilah ciptaan Allah.... dan kuasa dariNya.....

Nida n' Hanafi said...

alhamdulillah..semoga semuanya sihat di sana...