Birthday-birthday Di Albany

Untung Anis, ramai yang meraikan ulang tahun kelahirannya.... ni yang jeles nih..hehe. Sabtu lepas, sehari selepas birthday Anis dan seorang lagi kawannya, Humaira (anak abang Mie dan Kak Asiah), kami warga North Shore mengadakan ala2 gathering raya + meraikan kedatangan 2 keluarga baru ke bumi Albany ni... terima kasih tak terhingga buat abang Azhar kerana belanja kami semua makan nasi beriani.....
Thanks ya Abang Azhar... (berseri2 wajah...ada apa2 ke??????)

Humaira's 5th and Anis's 3th

So dah alang2 semua berkumpul tu, family aku and family abg. Mie pun adakanlah sekali sambutan besday untuk anak2 kami ni... tapi masa ni mood Anis tak berapa elok ler pulak... nak tahu sebab apa? Sebab Si Anis ni taknak pakai baju gaun, maklumlah dah hampir 8 bulan asyik duk pakai seluar n t-shirt je tu yg dah tak reti nak pakai gaun lagi dah. Jadi hampir semua gambar yang aku snap ada muncung itik kat mulut si Anis (nasib baik dia cuma buat muncung itik... kalau belalai gajah tak ke haru).
Cantikkan keknya.... secantik TUAN punya kek..hehe (bukan secantik TUKANG beli kek ye...jangan salah faham lak...)

Majlis bermula lebih kurang dalam pukul 2.00 pm dan bertempat di staff lounge Massey University. Awalnya kami nak buat kat park.. tapi menurut ramalan cuaca pada hari tu, thunder storm dijangka berlaku...so tu yg ubah planning... (last2 sampai ke habis majlis..tak dengar bunyi thunder pun..hehe).
yang bertudung putih tu ler merangkap ketua chef Albany@ ketua sensory makanan kat sini....hehe... (Ampunnnnn ye Biha)

Akhir sekali (macam ayat dalam surat daaa), aku sekali lagi nak ucapkan Happy Birthday to Anis dan Humaira, selamat datang buat family Adnan dan family Jun ke Albany, terima kasih buat Abang Azhar dan terima kasih juga buat semua kerana sudi nyanyikan lagu Birthday..hehe. Suara korang memang mantop, boleh jadi recording artist.. :-)

Sayangnya kakak2 Anis kat Anis...:-)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

10 comments:

Hanafiah said...

cipta rekod ni..samapi 3 hari celebrate birthday Anis..

Nurimo said...

Kelmarin dulu nasi Briani,hari ni makan kek pula,

Entah esok apa pula eek.....
Kalau rumah dekat boleh gi makan somo,kata orang negeri Nasi Kerabu.
Tahu tak negeri Nasi Kerabu ?

Bagi tahu Anis ya...
Selamat hari jadi Anis sekali lagi.
Anis Semyum2 selalu...kecerian Anis kegembiraan mama dan papa.

Nida said...

Nasi kerabu...sedapnya..tp kalau saya makan tak boleh letak budu... tak reti lagi makan budu..

Nasi Ambeng pun best juga.... (pernah makan tak?)... kalau gi kenduri sure kena makan nasi ni dalam dulang..hehe

uwaaaa, cerita pasal nasi ni, rindunya suasana Malaysia... :-(

Nurimo said...

Budu lagi sedap ,kalau makan campur durian dan ulam-ulaman,mentua lalu tak tersedar.Kata org negeri cik siti wan kembang.

Cikgu Nida kena belajar makan budu,sebab 1Malaysia sekarang ni.

Nasi ambeng saya tak pernah dengar,munkin orang panggil lain kot kat sini,nasi orang negeri mana ni?

Saya nak cerita sikit,saya gi open house rumah kawan,tapi makam nasi beriani dalam dulang.Satu dulang 3 orang makan sekali.

Dalam banyak2 makan berdulang,dulang saya yang tak habis.Maklumlah tak biasa makan cara tabligh ni.Walau bagaimapun ianya sunnah .

.....Sebab cerita hal nasi saya cerita la juga.

ummi humaira said...

salam Nida..
walau di mana kita berada , ikatan ukhuwah islamiah tetap terjalin ..
tak terasa berada jauh diperatauan .. semoga Anis menjadi insan solehah di dunia dan akhirat .

Nida said...

Nurimo:
Nasi Ambeng tu makanan Jawa... kalau kat Johor banyak jual di pagi hari..buat sarapan, kenduri di Johor (especially masy Jawa) kebanyakannya masih mengamalkan budaya nasi ambeng ni...cuba lah...:-)

Kak Ummi:
Dekat di hati jauh di mata...
Aminnn.....

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

perghhh menarik kek tue.. perasa coklat ker ?

Nida said...

YUP... COKLAT MOIST...sodapppppppp..hehe

Asmida said...

betullah... mcm mana taste kita nie sama... kek tu nampak menarik betullah kak long.......kalau afiq mesti tiap2 tahun dapat kek yg sama jer... ha ha haaa.. kek paling murah ler tuu.....

Nida said...

Memanglah menarik As, sebab harganya pun sesangat ler menarik..hehe.

Tak lama lagi besday Afiq kan... Selamat Hari Jadi buat Afiq tembam..hehe