Jom Ke Ladang!

Kalau dulu aku pernah ceritakan pada entri sebelumnya bahawa aku ni dibesarkan dalam suasana perkampungan nelayan, tapi sebaliknya bagi hubby...beliau dibesarkan dalam suasana dusun dan kebun.. kira aku ni ala2 orang laut, hubby lak orang darat (yang pasti kami bukan suku Kaum Jakun)

Jadi apabila salah seorang rakan kami Sri Wahyuni Ratnasari dan keluarga mengajak kami berkonvoi ke Ambury Farm, wah...... peluang keemasan yang tak boleh ditolak oleh kami. Tepat pada pukul 10.15 pagi (11/10/2009), kami memulakan perjalanan....hampir setengah jam jugalah baru sampai...


Family aku dan Sri....kesian photographer, mukanya takde....

Sepanjang perjalanan aku asyik terbayangkan yang Ambury Farm tu jauh dari bandar... suasana desa yang tenang. Hubby pun tak sabar bangat nak mengimbas nostalgia suasana ala2 kebun, maklumlah dulu kalau kat Malaysia, setiap kali kami balik kampung itulah projek utamanya, ke kebun untuk menyawit, mesin rumput, meracun, memerun dan macam-macam lagilah (sebab tu sekarang perutnya sudah maju ke depan, sebab dah takleh nak ke kebun....ampunnnnnn ya kanda..hehe).
Sapi@ lembu disini bulunya panjang dan gemokkkkkk ... kehensemen lembu ini terletak pada tanduknya..hehe
Bulu selembut sutera :-)......kesian kambing tu, jadi sasaran.."mmmmbbbeeekkkkk apa salah dan dosaku diperlakukan begini...mbeekkkkkkk"
Masa ni helikopter baru mendarat..... abang2 polis NZ....
Tetak bang jangan tak tetak...cara nak belah batang kayu pun didemonstrasikan...patutlah orang2 Moari kat sini badan macam The Rock, Undertaker, Hulk Hogan (ala cerita gusti tu)....

Sampai2 je terkezut jugalah aku, rupa-rupanya Ambury Farm tu dalam kawasan perumahan!... so ciri-ciri ladang yang jauh dari kebisingan dan hiruk pikuk kenderaan pun tersilap ler.. Kat Ambury Farm tu pengunjung tak usah nak cakaplah, punyalah ramai.. jadi kalau nak pony ride tu kirim salam je lah...beratur sikit punya panjang. Tapi sempat jugalah kami main permainan ntah apa2 ntah.
Kesian abah kena baling span basah ngan Mizah...tapi apa pasal tak kena..lain kali kasi kena tau..muahahahahahaha
Ala comelnya guni ni... hanya orang yang comel jer boleh masuk....

Dalam perjalanan pulang, sempatlah kami singgah kat satu tempat playground ni..... maklumlah perut masing2 dah macam2 lagu keluar...laporrrrrrrrrrrrr... Orang pergi picnic tepi pantai, tapi kami berpicnic tepi playground...unik gitu...

(teringin nak lihat kehidupan masyarakat eskimo...macam mana lah ye, hidup kat kawasan yang terlampau-lampau sejuknya :-) )

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

12 comments:

bakhtiarazi said...

Cikgu Nida: Haaaaa... baru kitorang plan nak gi tempat yang ada bingkai gambor besor tuh. Dekat ke dgn rumah? Kalo dekat, leh la kitorang menjenguk sekali tempat tuh sesambil buat posing ala2 video klip. Wakakakaka...

p/s: Tgh gabra ni sbb dah 7 bulan tak bawah keta....

Unknown said...

bestnyer jalan2 makan angin kat sana kan . nampaknya ummi pun dpt gak mengembara kat sana , tp melalui alam maya ajer , ok gak ler kaaaan , sekurang2 nya , nida jadi pelapor setia . he he he

Nurimo said...

Salam Nida,cantik sungguh ladang tu,rumput macam hamparan karpet.
Kat sana tauke ladang tak bagi minum susu free ke?.

Terima kasih letak gambar yang menarik untuk kawan-kawan kat sini.Nak pergi tak tahu bila ,tengok2 gambar lah dulu...ok juga kan.

Nida n' Hanafi said...

Cik Bakh:

Pastinya lebih dekat dari Auckland City berbanding kami di Albany... Tak reti nak agak jauhnya sebab guna cik Tom Tom GPS...:-)

Ummi humaira:

Insya Allah saya tetap melaporkan berita terkini...(harap2 ilham nak menulis tu ada ler...sebab kadang2 nak menulis ni pun ikut angin juga..hehe)

Nurimo:
Saya terlepas masa mereka buat demo perah susu, klu tak sure dapat susu free kot..
Insya Allah nanti klu ada gambar terkini, saya akan uploadkan ek..

p/s: Gambar kali ni frust sikit sebab D60 ku habis bateri...so terpaksalah pakai kamera handphone jer :-(

Ummu Mishkah said...

Bestnyer...
Tempatnya memang menarik!

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...best tak tinggal kat negara org......

Asmida said...

wah.... balik nanti sure dah banyak ilmu untuk berkebun dan berladang kan???? leh ler ternak lembu kambing kat msia nanti....

Nida n' Hanafi said...

ummumishkah:

Yang paling best, rumputnya yang hijau...sejuk mata memandang.

Alimaz:

Salam perkenalan...tapi best lagi negara sendiri...hujan emas negeri orang, baik lagi negeri sendiri...biarpun hujan batu... :-)

As:

hahaha...boleh...nanti lepas ni Along jadi tauke lembu dan tauke kambing ler.... kalau sedara nak beli, kira harga cincai je (angan2 mat jenin..hehe)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

salam singgah..
beshnyer dpt gi negara org..=)
tak berkesempatan lagi..

Nida n' Hanafi said...

Nur:
Insya Allah suatu hari nanti jika diizinkan Allah sampailah Nur ke rantau orang....

muqayankabut said...

Maksu,

Kenapa ibu dan bapanya yang berkaca mata hitam, anaknya tidak pula.

Nida n' Hanafi said...

Maklumlah dah tua, tu yang tak tahan silau... budak2 ni muda lagi, keep maintain (ada kaitan ke dengan soalan?)