Seafood dan Kenangan..

Teluk Ramunia, indah namanya seindah kampungnya (orangnya pun indah2 belaka..hehe). Sebuah perkampungan nelayan dimana tempat aku dibesarkan. Di sinilah tempat bersemadinya kenangan suka dan duka kami adik beradik bersama arwah abah. Dulu selalu arwah abah ajak aku dan adik-adik cari kepah dan ke jeti menunggu nelayan pulang membawa hasil tangkapan.Jangan terkejut kalau harga ketam yang masih hidup di kampungku hanyaRM5.00 je sekilo (kalau kat Auckland, 10 kali ganda mahalnya :-( )

Itu cerita lama...kalau dulu puas kami adik beradik makan seafood yang fresh2, kini keadaan sebaliknya berlaku kat Auckland ni...nak buat macam mana, terpaksalah telan. Hari ini aku ke Ocean NZ untuk membeli ikan dan ketam (mengidam lak..lama betul tak makan...jangan ada yang salah faham perkataan 'mengidam' tu ye :-)), balik2 makan ayam dan daging jer, muka pun dah macam ayam daging, tembam semacam jer. Masuk je kedai Ocean NZ , tiba2 terlihat olehku binatang ala2 bentuk macam kepah... apalagi terus aku tarik tangan hubby "Kita beli ni nak? Dah lama betul tak makan, masa kecik2 dulu selalu makan", disebabkan hubby sayang kat adindanya ini, maka terus jer dia beli..hehe....
Kemudian kami ke Asian Groceries...hubby ternampak ler pulak cencalok..(dah lama hubby nak beli cencalok ni, aku yang tak bagi sebab takut tak terhabis makan sampai hujung tahun, sebab aku tak pernah mencuba untuk makan so kenalah hubby makan cencalok ni sorang2..hehe)
Sampai je kami kat rumah, aku pun apalagi, terus pakai uniform kerjaku cuma nametag jer takde (nama uniform tu kannnn... APRON).....dan lihatlah hasilnya kat bawah ni ek....layannnnn

p/s: Aku pun ada goreng ikan 'Cream Fish", tapi tak sempat ikan tu nak bergambar, dah selamat masuk perut.....hehe

8 comments:

tinta kasturi said...

kasihan ikan, mesti dia merajuk dalam perut tu.

he he.

ummi humaira said...

salam Nida..
wau cincaluk tu kalu kena dgn ulaman segar , mertua lalu di belakang pun tak perasan ek . tapi ummi tak berapa boleh makan nya, gatal hidung.

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

WAHH.. cencalok tue menggiurkan arr.. petai ada tak kat new zealand huhhuhu


p/s: lama tak makan lobster sejak arwah abah dah takde :(a

Nurimo said...

Salam Nida,

Wau ...pandai masak ,orang pandai masak suami sayang he...he...

Bila lihat masakkan awak tu,timbul selera nak makan juga.Tapi hari ni yang ada siput sendut je.Ok jugakan.Seronoknya makan siput sendut isinya kena hisap dulu..sampai bunyi-bunyi.

Cicanluk tu ,saya kurang sikit kerana makan benda tu gatal hidung,kalau orang ada jerawat pun tak digalak makan ,nanti jerawat jadi aktif.

Satu lagi saya suka makan batang keladi masak lemak dan sayur air.Kalau orang tak pandai masak nanti gatal.Jangan silap faham...gatal muluk je....

muqay said...

Fuh sedap siput tu, baru2 ni balik johor ada jugak paktam beli 10 kg. Sampai saki perut belasah dgn sos.

Maksu, ketam kat kg maksu tu masih harga RM 5 Ker?

Jika ya kerap sikit la balik johor. hehe.

ps/ cencalok = budu = air asam = sambal belacan. semua sedap.

Nida said...

Tinta Kasturi:

laaa....takpe, nanti lepas ni saya kasi kawan-kawan dia yang masih belum dimasak dan masih di peti ais tu bergambar puas2.... baru kawan dia dalam perut tu terhibur sikit hatinya..sebab barulah adil :-)

Ummi Humaira:

Saya dah cuba untuk makan..tapi tak masuk2 ke mulut..hehe. Rasanya klu hantu cencalok ni, bukan setakat mertua lalu tak sedar...gajah lalu depan mata pun tak perasan..

Yu:

Uiks, jangan tak tahu petai pun ada jual kat NZ ni tau..tp yg frozen ler...
p/s: Yu tu mmg hantu cencalok, sebab tu masa kahwin hujan..hehe

Nurimo:
Sedapnya siput sedut...tapi saya suka masak goreng berlada siput tu... Sayur keladi pun best..kat sini benda2 tu semua takde :-(

Ustaz Miqdad:
Apa? 10 kilo? Mak oiii..banyaknya, Mak Tam masak apa siput tu... Mak Su kurang pasti lak harga ketam kat Pontian berapa, tapi kalau dulu memang RM5 je sekilo kat kawasan kg Mak Su di Tlk Ramunia tu

muqay said...

Maktam rebus saja makan sambil bergosip haha.

Sedap betul, manis. maksu nanti taknak balik ker? kan 4 tahun dok sana saja.

Nida said...

Amboi sempat lagi bergosip ek...cerita apa yg panas tu...hehe

Mak Su N Pak Nep lagi ler nak balik, jenguk keluarga di Malaysia, tapi fulusnya tak mengizinkan buat masa ini. Disamping kesibukan yang menghambat Pak Nep..hanya doa je lah mampu kami kirimkan buat fmily di sana..