Lagi beberapa jam genaplah ulang tahun kelahiran Anis yang ketiga ke dunia. Dah besar dah puteri ketiga ibu ni rupanya....rasanya macam baru je keluar dari labour room Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, sakit nak bersalin pun macam masih terbayang je lagi, rupa-rupanya dah tiga tahun pun berlalu...
Sepatutnya due tarikh aku bersalin pada 2 Syawal.... masa tu dah berangan sempatlah aku makan rendang, kuah kacang, lemang, dodol dan beraya sakan. Tup...tup... lagi 8 hari nak 1 Syawal Si Anis dah tak sabar2 nak keluar dari perut ibunya...punah berkecai harapan aku nak beraya sakan raya pertama tu..hehe.
Anis ketika berusia sehari
Kasih sayang kakak kepada adiknya
Masa dah keluar tanda tu, hubby pun hantar le aku ke hospital, tapi yang kelakarnya masa dah sampai kaunter hospital tu baru teringat lupa lak nak bawak kad rawatan ibu mengandung, kenalah patah balik semula ke rumah (nasib baik tak jauh)... Masa tu takde rasa sakit pun nak bersalin, tapi risau juga sebab pengalaman bersalin Akak Azi dulu (anak kedua), tak sempat nurse nak sambut...tau-tau dah keluar, gelabah tahap gaban nurse yang ada kat luar bilik masa tu...hehe....(dalam ertikata yang lebih mudah Azi keluar sendiri...nurse takde kat situ).
Cerita nak bersalinkan Anis pun best juga. Doktor yang check aku masa tu kata aku dah boleh masuk labour room, tapi aku taknaklah masuk 'bilik kuarantin' tu.... puas aku mengayat doktor agar aku tak dimasukkan ke situ..last2 ayat power aku berjaya gak memujuk doktor tu agar terus berada dalam wad (ayat kena power). Pukul 2 pagi contraction semakin kuat, aku pun picit le butang kat kepala katil...berlari nurse kat luar masa tu nak tengok aku...hehe. Pastu aku pun ditolak masuk ke labour room, tak sampai 15 minit si Anis pun keluar.. yang bestnya, lepas Anis keluar je si doktor tu boleh cakap "Akak boleh beranak lagi lapan orang ler macam ni, sebab senang je nak bersalin"... aku pun dengan selamba boleh jawab "Kalau beranak tu sakit macam kena gigit semut je, bukan setakat lapan, lebih sepuluh pun saya boleh beranak..." doktor tu tergelak dengar jawapan aku..hehe.
Kini tarikh kelahiranmu 16 Oktober 2006, 3 tahun sudah berlalu... Semoga Anis menjadi anak yang solehah, seorang anak yang mendengar kata ibu dan abah, bijaksana dan mampu mengharumkan nama bangsa, agama dan negara suatu hari kelak..Insya Allah.... Ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2 ibu dan abah..... terima kasih kerana menceriakan kehidupan kami. Ku bersyukur padamu ya Allah atas kurniaanMu kepada kami. Kami akan menjaga amanah ini sebaik mungkin agar anak2 ini menjadi wanita solehah kebanggaan semua.... aminnnnnnn.
11 comments:
salam dik Nida..
begitu cepat masa berlalu ,tak terasa walau dah 3 thn ,rasa macm smalam aje kan dia hadir kedunia...
apa2 pun semoga Anis menjadi anak solehah penyejuk mata ibu dan ayah..comel dan manis orangnya .mcm ibunya kecik2 dulu ker.
selamat hri lahir utk Anis.. sipi jer tarikh ngan akak, moga ceria :)
Buat anakanda Nur Hanisah...
"Selamat ulang tahun ke tiga abah ucapkan...Moga Anis jadi anak solehah dan adik yang baik pada kakak2. Kami semua sangat sayangkan Anis"
Sanah Helwah Anis! Tahniah utk mama dan abahnya juga..Anak saya, Afiq - 20 Okt..tak jauh tarikhnya cuma thnnya berbeza..
Kak Ummi
Nanti sedar2 dah remaja...:-)
Aminnnnnn.....
Adalah sikit2 ikut muka ibunya masa kecil...tp part mata dan bulu mata banyak ikut abahnya.
Maiyah
Terima kasih dan selamat ulang tahun kelahiran juga buat Maiyah
Kanda Hanafiah
Terima kasih kerana menjadi abah yang terbaik buat anak2 kita..:-)
Ummu Ammar
Syukran Ummu Ammar... selamat ulang tahun juga buat Afiq....
Salam nida...
Salam perkenalan..... comel baby,
Salam Nida,
Masa berlalu bagitu pantas,hinggakan perbezaan bagitu ketara dalam masa 3 tahun.Dok cium-cium..cubit-cubit anak sudah besar,bagaikan tidak terasa.
Selamat menyambut ulan tahun ke tiga.
Hazel:
Selamat mengunjungi blog saya... salam perkenalan jua ku hulurkan...
Nurimo:
Tulah...tapi duk NZ ni 8 bulan saya rasa dah macam 8 tahun, lambatnya masa berlalu.. duk menghitung hari bila nak balik Malaysia.... :-)
allah selamatkan anis 3x
happy birthday to anis from pak ngah, makngah, afiq n azim
b/p Anis:
Thanks ye Pak Ngah... Doakan kami kat sini tau.. Pak Ngah tu jg berat badan... takut nanti bila Anis balik, dah tak kenal mana satu Pak Ngah mana satu Cik Ecah, mana satu Pak Dak...
heppy besday to Anis...Moga sihat dan jadi anak yg solehah....
Post a Comment