Terima Kasih Daun Keladi :-)

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia

Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku


Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia


"Dia"...sapa dia????? Emak akulah..nak kata buah hati, buah hati aku dah ada pun kat sini. (sapa lagi kalau bukan Encik Mohd Hanafiah tersayang..hehe). Bila dengar lagu ni boleh buat aku rasa nak terbang...balik ke Malaysia (kan best kalau betul2 leh terbang, tapi taknaklah terbang guna kapal terbang)...tapi apa boleh buat, hanya berangan je ler yg aku boleh, berangan dah ada kat Malaysia....:-)

Suasana nak menyambut hari raya kat sini memanglah suram... macam aku kata sebelum ini takdelah sibuk2 nak shopping2 raya. Aku sekarang memang tak boleh dengar lagu2 raya ni..meruntun perasaan, nanti dari cuaca cerah terang benderang terus bertukar hujan lebat dan ribut petir (atau sinonimnya menangis atau melalak ler, pelakon airmata kannnnnn...)

Dalam keadaan perasaan yang selalu mendung dan berkabus ketika ini, tiba2 sang suria mula menampakkan wajah..mana taknya dapat sekotak hadiah dari kampung kelmarin...masa ni barulah ada sikit semangat nak menyambut kedatangan Syawal (sikit jer..banyak lum lagi :-( ). Jadi kat sini aku nak ucapkan infiniti terima kasih buat mak, Yu (As), Has(Zam), Ijai (Ikin), Jaja, Iki dan semua ahli keluarga yang menjayakan serta menyumbang duit dan keringat membeli dan menghadiahkan barang-barang itu kepada kami, kalau ada rezeki lebih tu hantarlah lagi ek...hehe

Thanks mak kerana belanja untuk pos n for these sepit
Thanks semua..
Thanks Has n Zam
Thanks Jai n Ikin
Thanks Yu n As (thanks juga kerana tolong poskan)
Thanks Jai n Ikin
Merangkap ala2 Lembaga Penapisan Filem

p/s: bilalah agaknya boleh beli songkok, sampin + baju melayu utk anak lelaki ek...hehe..


8 comments:

jeep said...

nak dengor lagu raya ekk?? bukak le radio online...huhuhu..kompem dengor lagu raya...

Nida n' Hanafi said...

tau..tapi taknaklah bukak.....nanti sedih....mak jauh nak pujuk..hehe

muqayankabut said...

Maksu,

Banyak baju perempuan, baju buah hati maksu tak de ker?

Nanti merajuk cmne?

Nida n' Hanafi said...

Baju buah hati dah lama siap..saja taknak tunjuk kat blog..nanti tak surprise..hehe

Unknown said...

alhamdulilah.. dah sampai dah.. risau gaks takut tak sampai sebelum raya nie huhuhuh

Nida n' Hanafi said...

Alhamdulillah....

Kalau tak sampai pakai seluar je ler dipagi raya..hehe

Asiah said...

"baju melayu utk anak lelaki"!!!:) insyaAllah moga tercapai hasrat ini akhirnya..

Nida n' Hanafi said...

Insya Allah......aminnnnnnn