Hari ini bersamaan dengan 27 September 2009, tepat pada pukul 1.30pm, family aku, Azlina dan Syaza telah kepergian (hentam je ler labu ayatnya :-) ) ke satu tempat yang aku telah lupa namanya (yg pasti kat tengah bandar Auckland) untuk Gathering Hari Raya MAPSA. First aku nak bagitahu yang anak2ku telah menang acara ala2 treasure hunt (dapat no 3), second, apa yg aku nak bgtahu bahawa aku telah melepaskan gianku untuk berpantun kat atas pentas..hehehehe (syok sendiri gitu).
Bunyi letupan belon kat belakang tu lebih kuat dari bunyi letupan meriam buluh...bapak terkejut aku.... (bahasa orang Kuantan :-) )
Dah macam picnic kat tepi pantai lak aku tengok...siap duduk bersimpuh tu, anak sapa ler ni, ayu sungguh. Tp yg duk kat kerusi tu, yg pakai tudung purple tu control ayu gitu..makan tunduk2 ala tersipu-sipu malu ....macam pengantin baru tengah makan beradap...hehe
Kami tak dapat ikuti acara sampai ke penghujung kerana limit parking untuk kereta kami park kat kawasan tu just 2 hours je...so terpaksa ler balik awal (sepatutnya habis kul 5, tp kul 3.30 kami dah pulang)...tapi kami tak terus balik tau, sebab pastu kami sempat meronda dan berposing kat Botanic Garden sambil melihat bunga2 yang sedang bermekar sempena musim spring ni...ingatkan dekat jer Botanic Garden tu, tapi boleh tahan juga jauhnya, sempat ler aku terlelap sekejap...kenyang makan nasi minyak...Alhamdulillah.
Terpegun budak2 ni tengok aku berpantun...maklumlah kat Auckland ni mana ada Komsas yg ajar pantun2 ni...(berat gak ye angkat bakul sendiri..hehe)
Disebabkan masa terlalu suntuk utk aku mencipta pantun (sebab kena balik awal), so pantun ni rima tengahnya tak sama (tak sempat nak edit), cuma rima belakang jer sempat diedit.. ;-)
Sepuluh jari disusun kini
Ampun dipinta menghapus dosa
Buang yang keruh mengundang harmoni
Khilaf bertamu adat manusia.
Hari Raya disambut meriah
Terjalin ukhuwah mengikat saudara
Salam persahabatan tiadakan goyah
Jalinan kasih bertaut mesra.
Girang si anak meriah bersorak
Berwarna-warni pakaian digaya
Beraneka kuih pelbagai corak
Menjadi hidangan di Hari Raya.
Terbang tinggi si burung Pedada
Hinggap pula di tanah pamah
Warga North Shore melapangkan dada
12 comments:
walau dimana kita berada , yg penting ummat islam bersatu , dapat ler bergembira di hari raya , alangkah seronoknya kalu ummi dapat merasai nikmat beraya diperantauan macam Nida .
Seronok nya maksu...Selamat Hari Raya minta maaf banyak2, nak minta duit banyak mugkin dah terlepas.
Ummi : Betul tu... Bila berkumpul ramai2 ni barulah terasa suasana raya. Dulu masa saya masih di Malaysia juga mpy perasaan spt Ummi, bila dah di sini kadang2 terasa teramat rindu pada keluarga di Malaysia..apa boleh buat hanya doa yg mampu saya kirimkan buat mereka.. Apa2pun kenangan yg pahit yg akan manis utk dikenang
Muqay : hahahaha....tau takpe.. Macamamana raya tahun ni...mesti tak hilang penat lagi, maklumlah raya dari utara ke selatan
sejarah mungkin berulang tak?????? he h eh eheee.... Seronoknyer dapat merasai pengalaman beraya dirantauan....... dapat berkongsi cerita pon jadik lah....
Seronok... masa ni rasa semua org2 Malaysia macam adik beradik sendiri..
Maksu,
Letih sangat sebeb sorang jer pemandunyer.
Balik umah atuk kat ayer baloi, sempat jumpa paktam dan maknyang jer yg lain tak sempat sebabnya saya sampai lewat raya ke 4.
Maksu dan paknep ok ker raya sana?
Kami ok jer...raya tanpa cuti...pandai2 ler buat cuti sendiri, anak2 pun terpaksa ler ponteng sekolah pada raya pertama..
p/s: sure Tok Zauyah seronok tengok cicitnya...Aish pun dah besar
selamat hari raya untuk along sekeluarga dari yu+as+afiq dan azim.. kat sana ada buat kuih raya tak?
Yu'
First time dalam sejarah Along buat kuih raya...siap buat kek coklat rice lagi..hehe
Selamat Hari Raya juga
Cikgu Nida: Mujur takde mic. Kalau tak, sure lapan rangkap! Hehehe... Paling tak tahan ayat intro tu "Sori la ye, hari ni mmg gila kuasa sket". Hehehe... Syabas2!! En Piah tersipu2 malu jer kat bawah (erk, pehal plak?)
p/s: Sayu jer rasa dgr lagu raya. Wpun dah save lagu2 raya kat comp ni sblm dtg sini, sampai la tak dgr2 (or tak sanggup dengar?) lagi. Hehehe... Tapi kalau bukak blog Cikgu Nida, alamat terpaksa gak la dgr (buat2 tak dgr pun ada haha)
hahahahahaaha.....
Mana taknya Cik Bakh, semua orang satu @ 2 rangkap jer... haaa....sekali bila time saya 4 rangkap.. lagipun dah lama tak cakap atas pentas ni..klu dulu selalu naik pentas bila time assembly...tu yg agak2 gila kuasa sikit...heheheehe.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, tak kira di mana anda berada...
Post a Comment