Aku dan Dirimu...


Last sajak yang aku cipta untuk suami aku ketika ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Hari ini bukanlah ulangtahun perkahwinan kami, malah kesibukan yang menghambat kami di sini ketika diawal permulaan hidup dibumi asing ini menyebabkan aku dan suami terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami telahpun berlalu...(21 Mei). Sudah 9 tahun kami melayari hidup sebagai suami isteri...kehadiran tiga permata hati menyebabkan kehidupan kami semakin ceria.

Hari ini, tiba2 terlintas untuk cipta sajak yang kedua khas buat suamiku...terima kasih kerana membahagiakan dan menjadi pelindung kepada kami...... (hari ni mood jiwang datang, sajak ni belum dimurnikan lagi..hehe)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dikala malam dingin mencengkam rasa
Kau bisikkkan kepadaku seperti selalunya

"Abang minta maaf atas segala kesilapan abang selama ini"

kutafsirkan ayatmu,

jiwamu tulus, hatimu bersih

kau menyediakan kebahagiaan buat ku

tiada secalit dosa dirimu padaku

lantaran kaulah suami yang berjiwa penuh kasih sayang...

Sesekali terkenang segala kenangan
terlukis segala kepayahan
dalam menempuh rintangan alam perkahwinan
namun hati kita tetap belayar bersama
walau banyak mana airmata kita yang tumpah
kita tetap bersama..

Perkahwinan ini menitipkan pelbagai jalur warna
jalur-jalur yang mengajar kita hakikat kehidupan
yang meninggalkan segala kenangan suka dan duka
dalam mendewasakan dan mematangkan kita sebagai sebuah keluarga
jalur-jalur yang menguji kesetiaan antara kita..

Terima kasih suamiku..
Aku tetap di sisimu
menunggu hingga pelayaran kita ke perhentian terakhir
sebelum ajal menjemputku
Andai kau tersadung langkah dalam meniti perjalanan
bangkitlah...kan ku genggam tanganmu seerat-eratnya..
kita berjalan bersama mencari barakah dariNya
Semoga Tuhan memberkati kehidupan kita.

Suamiku...
Kumpullah kudratmu
teruslah melangkah dalam perjuanganmu
dalam meniti keperitan yang hujungnya kelak kau kan tersenyum
aku tetap menemanimu walau diri berkorban segala
lantaran kaulah suamiku..
yang terbaik buat diriku..
Moga doa kita dimakbulkan olehNya
Insya Allah.

8 comments:

Unknown said...

Terima kasih atas segalanya....

jeep said...

buatkan satu untuk anniversary aku nnti yek...

Nida n' Hanafi said...

amboi..hehe. mana aci, tak dari hati tuan punya anniversary

Asmida said...

x leh kacau ni... utk suami isteri...

Nida n' Hanafi said...

hehehehe....

As: takpe...takde rahsia pun entri ni

Ajeep:...kalau nak sajak bgtau bila, jgn sampai Dina tahu...surprise!!! hehe

Unknown said...

hehehhe aku pun ahh aloong buatkan satu sajak utk aku sempena tarikh lahir aku bulan 4 ni huhhhuhh

Nida n' Hanafi said...

HAHAHA...
kalau Along buat sekarang, nak tunggu besday ko bln 4 thun depan ..berkulat dah sajak tu

Unknown said...

oklah tue.. ko simpan baik2.. nanti bulan 4 aku mintak ler kui kui