Ku Ingin Pulang...

Dua, tiga hari ni sukar sangat nak melelapkan mata. Banyak sangat yang difikirkan, Nak bergaji semula, nak bantu keluarga dan macam2 lagilah..... kadang2 rasa terlalu rindu untuk bekerja semula..mengajar anak2 bangsa, rindu pada perangai mereka. Memanglah terlalu mencabar untuk mengajar budak2 upper form ni, apatah lagi mereka sudah agak pandai menjawab bila dimarahi..tapi aku anggap itu semua warna2 dalam kehidupan seorang insan yang bernama "GURU".

Teringat arwah abah pernah motornya dulu pelajar masukkan pasir ke dalam tangki minyak (Arwah abah pernah menjadi guru disiplin di sekolah menengah)..pernah juga ibubapa datang ke rumah kerana tak puas hati arwah abah gunting rambut anak lelakinya (sebab rambut pelajar tersebut panjang)... itulah cabaran dan dugaan seorang guru.Tapi cabaran guru sekarang mungkin berbeza dengan dulu, sekarang nak cakap pun kena tapis2..nak cuit lagilah bahaya walaupun sesama jantina, apatah lagi nak merotan... Aku dulu kalau kena marah atau kena rotan dengan cikgu sudah tentu balik tak akan mengadu pada family..sebab apa? Sebab nanti makin kena tambah lagi ada ler... kalau berselisih dengan guru di luar kawasan sekolah, kalau boleh nak disorok muka ni..tapi budak2 sekarang (tak semua), berlanggar bahu dengan guru pun buat tak tahu jer...

Bila hubby dah pergi ke universiti dan anak2 dah ke sekolah, mulalah rasa bosan bertandang (nasib baiklah si Anis ada buat peneman dan penyeri suasana), masa tu rasa macam nak terbang je ke Malaysia dan mengajar semula...nak develop kerjaya, nak bantu family..macam2lah yang ada dibenak rasa... bila lihat jam di dinding sudah tentu fikiran ni melayang ke bumi tercinta "pada waktu ni pasti aku sedang mengajar andainya aku di Malaysia". Entah ye, kenapa sejak 2,3 hari ni aku begitu rindu nak bekerja semula..kadang2 tak terseka juga airmata dari mengalir rindu segalanya yang ditinggalkan sementara di sana..

Tuhan Maha Mengetahui, sedang airmata ini terlalu murah untuk mengalir dikala ini, aku telah mendapat satu emel dari sepupuku (Nurul Affiza)... ayat-ayat dalam tulisannya begitu menyentuh perasaan, seolah-olah memahami apa yang bergelodak dalam jiwaku sekarang ini, sedangkan apa yang ku rasa tiada siapa yang tahu kecuali Dia... tulisannya benar2 membangkitkan semangat ku semula untuk terus mengharungi hari2 di bumi asing ini..

Antara kandungan emel sepupuku Nurul Affiza:

kadang2 terfikir...hidup kita ni tak tau panjang atau pendek...selagi kita bernyawa...selagi itulah kita patut cipta sebanyak mungkin kenangan terutama dengan keluarga kita kan?!!........

6 comments:

Nida n' Hanafi said...

semoga suamiku tabah dan cekal dalam menuntut ilmu...tuntutlah ilmu setinggi mana yg kau mampu dan binalah kerjayamu sejauh mana yg kau boleh...kami sentiasa di sisi memberi semangat dan doa buatmu..

muqayankabut said...

Maksu,

Paknep belom hantar proposal lagi ker? maksu kene ada peneman terbaru..anak negara kiwi.

Nida n' Hanafi said...

hehehe...
ok gak idea tu...akan dipertimbangkan....

P/s:betul ke Owen join MU???? Bukan sepatutnya ayam pencen kena diundurkan dari MU ke???? Apa kes??????

muqayankabut said...

MU cuba mengelakkan pembaziran kewangan dengan pembelian bintang. Jadi Owen merupakan orng lama yg mempunyai banyak pengalaman.

Ayam pencen yg berguna sekiranya diberi peluang dan ruang.

Asmida said...

Hidup perlu diteruskan... setiap saat merupakan pengalaman yang kita lalui... oleh itu ciptalah pengalaman indah yang akan segar selamanya diingatan....(Syukurlah kerana kita menjadi kita sekarang....setiap orang ada rezekinya...)

Nida n' Hanafi said...

Asmida...
Kadang kita alpa akan nikmat yang dikurniakan olehNya.... kita lupa pada segala yang ada apabila satu nikmat ditarik olehNya...

Moga kealpaan itu hanya sementara.... kerana Allah itu maha mengasihani hambaNya.. (muhasabah buat diri ini)