Ala2 Genting Highland Gitu...

Apa yang aku nak kongsi cerita sebenarnya ialah keadaan kat sini yang kerap sangat berkabus ala2 Genting Highland..jarak penglihatan mungkin dalam sekitar 50 meter jer. Sekarang masih lagi musim winter, kalau sejuk tu tak usah nak cakap ler..(dah nama pun winter), pukul 7.30pg pun macam pukul 6.30 pg kat Malaysia...pukul 12 lebih dah masuk Zuhur....kul 5 lebih dah maghrib (sekarang malam lebih panjang dari siang)..boring gak bila cepat sangat gelap ni sebabnya kul 9 mlm dah tidur, klu kat Malaysia kul 9 baru nak keluar cari makan..hehe. Tapi itu musim winter, salah seorang rakan kami memberitahu nanti akan datang bila summer menjengah kul 11 malam baru masuk isyak dan pada masa tu juga kul 4 pagi dah subuh.. (sebab masa tu siang lebih panjang dari malam)..bayangkanlah kalau berpuasa diwaktu tu...perghhhh......lamanya nak tunggu berbuka :-)...itulah cabaran dan dugaan yg kena kita tempuhi...
Sempat lagi tu....:-)

Semalam aku pergi ke Pak n Save beli topup...keluar dari rumah kul 4.45pm, pastu lepas habis beli topup n barang2 dapur, kami pun keluar dari bangunan tu dalam kul 5.30pm...keluar2 jer dah gelap...boring gak ye kalau macam gini, nasib baik ler Malaysia takde 4 musim, kalau tak nanti ada yang masanya malam panjang..siang panjang, sekarang bila tengah malam panjang so beza waktu New Zealand lebih 4 jam ke depan berbanding Malaysia..tapi bila siang panjang nanti so kat sini akan tambah satu jam ke depan..maksudnya NZ akan jadi 5 jam lak ke depan berbanding Malaysia....CONFUSE?????????? don't worry, tak masuk peksa pun :-)

6 comments:

Unknown said...

ermm time pose, malam lebih pnjang tuh yang best kann huhuhuhu

Nida n' Hanafi said...

betul3x...kul 5 lebih sikit dah leh berbuka...tapi kalau kena musim summer...fuhhhh...jenuh nak sampai ke hujung tu..hehe

Asmida said...

So?... bulan depan kan kita pose?.. macam mana tu?.. waktu still sama sekarang ke agak nye?...

Nida n' Hanafi said...

puasa mungkin dalam spring atau winter lagi...yg pasti puasa dalam cuaca sejuk..hehe..bestnyer..

muqayankabut said...

Kepada sesiapa yang belum ganti sila ganti...hehe

suami pun boleh tolong ganti juga jika isteri tidak upaya...

ganti makan jer.

Nida n' Hanafi said...

Betul3x..tapi Mak Su dah lama dah ganti ler...

So sesiapa yg nak puasa sunat..sila2 puasa jgn tak puasa..