Di Suatu Petang Di Kala Hujan Lebat Mengiringi...

Alhamdulillah pada 28 Jun, bertempat di Massey University, dan diiringi dengan hujan lebat, sebahagian penduduk-penduduk di bawah jajahan dan takluk Saudara Azwan Azmi dan pembantunya Puan Norliza (Tok Penghulu dan Mak Penghulu), telah mengadakan bacaan Yasin. Majlis berlangsung pada pukul 2.30 p.m hingga 5.00 p.m, dan Alhamdulillah kami sempat sembahyang Asar berjemaah sebelum acara bacaan Yasin bermula.

Bacaan Yasin kali ini dikhususkan kepada ibu Saudara Ijam yang kini sedang mendapat rawatan di ICU dan ibu Saudara Hanafiah (ibu mertuaku) moga dikurniakan kesihatan yg baik, Insya Allah....
Tu khusyuk ke ngantuk....yang tengah2 tu bukan pengikut Chin Peng ye...
Aik...sempat lagi tu...Tok Penghulu jeling jer tu
Kaum Muslimah...tapi ada terselit dua kaum Muslimat...

Seperti biasa konsep pot luck mesti tak tinggal...berkonsepkan minum petang, maka dengan perut yang lapar (maklumlah hujan2 ni lapar memanjang:-) ) ditambah pula dengan bau Tom Yam yang membuatkan perut kami berkeroncong kerana kelaparan (aku je kot lapar masa tu, hehe, maklumlah favourite aku memang Tom Yam pun) , kami dengan penuh tertib dan penuh kesopanan kerana asyik tunduk menghadap makanan dan dah tak pandang kiri dan kanan dah pun menjamulah segala hidangan yang ada di depan mata (ada ke hidangan yang di belakang mata masa tu ek)....

Siapakah gadis misteri ini..........??????????????????
Bagi ibu dan bapa makan dulu ye.....anak2 jap lagi
Teh tarik satu....kasi kurang manis, kurang teh...semualah kurang
Sungguh ayu dan sopannya...anak siapalah ni ek??? :-)

9 comments:

Unknown said...

mudah-mudahan mak abg anep sentiasa dikurniakan kesihatan...amin.....

Unknown said...

Aminnn...moga mereka semua sihat.

Ida...Siapakah gadis misteri dengan rambut mayang mengurai tu ye? anak2 kita semua pendek jer rambut...

jeep said...

chin peng??wakakaka

muqayankabut said...

Ayu sungguh yang berada disebelah di tengah2 tu...

Mak....su..hehe

Nida n' Hanafi said...

Yu: mudah2an..begitu juga dengan semua keluarga di sana..semoga dikurniakan dengan kesihatan yg baik..aminnn

Abg Anep:biarlah rahsia...hehe

Ajeep: ok apa dari aku kata macam atuk Chin Peng..

muqay: hahaha...welllllllllll....

Asmida said...

Milik siapa kah gadis ini.... bagi berkurun lama kesepian....Ingin aku________:
(jangan lupa lirik)
wa kah kah kah.....

Nida n' Hanafi said...

As...amboi....sempat lagi berjiwang..hehehehe

Azwan said...

MEMANG KITA SEMUA MENGHARAPKAN RAKYAT IRAQ BEBAS DARI CENGKAMAN ZIONIS..TP KENAPA KITA TAK TAHU PUNCA RAKYAT MEREKA BERPECAH SESAMA SENDIRI?? TAU KAH KITA DASAR NEGARA UNCLE SAM TU MENJAGA KEPENTINGAN ISRAEL YG MENJADI DALANG KEPADA KEGANASAN DI BUMI IRAQ? LIGA ARAB TAK BERSATU.. BANTUAN MAKANAN DAN PERUBATAN YG DISALURKAN TIDAK SEMUANYA SAMPAI KE TANGAN RAKYAT DI IRAQ MAHUPUN PALESTIN..

**"ORANG NAMA AZWAN NIE MEMANG BOLEH JADI KETUA YANG HEBAT...TAHNIAH AZWAN AZMI.."

**"TERINGIN NAK BUKA GALERI IKAN AIR MASIN"

Nida n' Hanafi said...

Harap2 dunia Arab akan sedar kelemahan dan kesalahan mereka.... Insya Allah

*Air masin? kesian ikan air tawar, merajuk lak nanti...