Biarkan Mereka Bebas!

Semalam semasa dalam kelas English, kami ada berbincang mengenai pentadbiran baru Amerika di bawah pemimpin Barack Obama... nampaknya kawan-kawan aku dari negara berbeza memberi respon yang sangat positif terhadap cara pemerintahan Obama terutama bila menyentuh isu di Iraq, salah seorang kawanku dari Switzerland berkata "hope this war will finish soon and back to normal again with no violence", cikgu kelas aku pun harap agar rakyat Iraq dapat hidup aman seperti dahulu. Kagum juga aku melihat manusia yang berlainan agama dengan kita tapi jauh disudut hati mereka menyokong agar Iraq bebas, tidak terus dikongkong oleh rakyat Amerika...jadi masa aku sampai kat rumah, aku termenung seketika....terkesima dengan kejadian tadi..mereka juga sama dengan kita, mengharapkan agar Umat Islam di Iraq mengecapi kemerdekaan dan kebebasan di tanah air sendiri...(aku ni biasalah, nak meluah sesuatu dalam bentuk sajak...so layan jelah ye sajak yg aku cipta ni khas buat rakyat di Iraq)

Kau berjaya mencipta retorik palsu
atas nama keamanan kononnya
Kau akui dirimu polis dunia lagaknya
Nah! Lihatlah penjara ciptaanmu
tiada sekelumit perikemanusiaan
tiada sekilas belas
Angkuh USA mendabik dada
mana payung perlindunganmu?
kronimu lembu dicucuk hidung ibaratnya
persis pemimpin yang buta hatinya
mengapa hipokrasimu terus dibela?

Ku titip madah dengan linangan airmata
bersama sudut hati yang murka dan luka
ingin sekali ku lontarkan suara
Biarkan Iraq bebas! Biarkan Iraq bebas!
Jangan kau terus menabur seksa pada Umat Muhammad
membina konflik dicelah fahaman berbeza
mereka sudah lama berdendang nyanyian derita
ditakluk wajah-wajah Syaitan dunia
ditawan, dihenyak di bumi sendiri
Tidurnya diulit dentuman bom dan mortar
bersama paluan jeritan hiba
Kota Iraq berubah wajah
bermandi darah dan airmata

Terpenanya warkah ini buat menitis rasa
pada saudara dirundung kesengsaraan
kesatlah airmatamu rakyat di bumi Iraq
bangkitkan semangat pada jiwa anak-anak
bangunkan Islam kembali!
bersama iringan doa kami saudaramu
moga damai menjengah tiba.

4 comments:

Unknown said...

mudah-mudahan RAKYAT IRAQ dapat menikmati keamanan dan dijauhi penindasan...

Alone said...

betapa kejamnya manusia2 yang dengki ini! Ya Allah.. bantulah saudara2 kami di sana. Amin..

http://aloneinhome.com

Nida n' Hanafi said...

Insya Allah....Islam akan menang jua akhirnya

syuhada said...

sdihnye pic ats tu...
kte mmpu tlong kn?
doakn & boikot brg2 israel...
tp btul ke kte mmpu??